twenty seven

302 29 22
                                    

3 weeks later~•

San sudah tidak memakai 'cast'di tangannya kerana luka tersebut sudah pulih sepenuhnya dan dia jugak telah masuk kerja seperti biasa kembali.

San masuk ke biliknya dengan tersenyum riang. Hari pertama dia masuk kerja lepas 3 minggu bercuti macam tu la. Tambah pula apa yang mama dan appa dia cakap dekat dia semalam bertambah berbunga hati dia.

Flashback~

Sepanjang tempoh cuti San ni memang dia ada di rumah keluarganya sahaja jadi Haneul nak melawat memang dia kena datang ke sini. Tapi Haneul tak boleh datang harini kerana kerja yang bertimbun dekat pejabat

San yang tersandar di sofa dengan mata yang tertumpu di screen phonenya. Bukan buat apa pun bukak ig la apa lagi. Tak lain tak bukan Stalk Haneul. Paling kurang pun chat la dengan Haneul.

"tersengih-sengih tahu la berbunga hati tu chat dengan kesayangan" sergah appa San membuatkan dia mengawal riak mukanya kembali dan membetulkan cara duduknya.

"ala appa pun macam tu jugak kan bila dengan mama? "

"ehh sorry sikit... Appa dah tua lah muda-muda boleh la cakap"

San hanya tersengih dengan balasan appanya yang tak ubah seperti seorang diva.

"ni haa appa nak cakap ni... Benda ni pihak keluarga Haneul yang cakap.. Appa sampaikan dekat kamu je"

"benda apa tu? "

"diorang nak majlis kahwin kamu dijalankan bulan depan"

Terkedu San dibuatnya. Kahwin? Bulan depan?

"san? Hello? SAN! " laju tangan appa San hinggap di mukanya. Sampai nak terjatuh dia dari sofa. Nasib luka makin pulih jadi tak rasa sakit sangat.

End of flashback~

"weh San! " kepala San ditunjal seseorang membuatkan dia kembali ke realiti.

"pe ni main tunjal kepala orang.. Aku hilang ingatan habis tak leh kahwin" marah San sambil memperkemaskan rambutnya.

"banyak la kau.. Dah nak kahwin ni jadi gedik ehh.. Habis lupa kawan kau" orang itu ambil tempat duduknya di depan San sambil menjeling apabila melihat San tersengih sorang-sorang bila tengok phone dia.

"aku maybe la lupa kawan aku.. Tapi kau dengan wooyoung..ni macam adik beradik aku.. Nak lupa buat apanya" San meletakkan phonenya ditepi lalu memberi perhatiannya pada yeosang.

"kau datang ni kenapa? Nak kata lunch. Aku breakfast pun belum" perli San sambil membelek fail di depannya.

"ish kau ni.. Tak la nak tanya.. Kau memang tarik balik laporan Minhhwa tu ke?"

"ye la dah selesai dah pun kes dia"

"ouh gituuu"

"pahal? Sudah terpaut ke hati tuuu" usik San pada Yeosang yang dah mula blushing tapi cuba disoroknya

"ehh tibe.. Aku tanya pun masalah ke? " yeosang cuba melarikan pandangannya dari San.

"ok confirm! Yeosang dah ada crush! Bro aku bangga dengan kau hahaha sebab first time aku tengok kau minat orang" San memetik jarinya sambil menunjuk ke arah yeosang.

"betulkan kau crush dekat dia kan kan? " San bertanya pada Yeosang sekali lagi sambil mengangkat keningnya berkali-kali.

"hmm.. Kalau aku cakap ya? " yeosang cuba memprovoke San.

"nice bro! Tak la aku restu je kau dengan woo nak date sape yang tak restu kalau korang date sekali"

"best ni aku report dekat Haneul confirm dia aturkan date korang fuhh"

[C] - Phone - | CSNWhere stories live. Discover now