"HUGA-HUGA?"
Terkebil semua mata memandang ke arah Faz. Masing-masing mengerutkan dahi tanda pelik. Amar berpeluk tubuh seraya menjeling Faz di hadapan.
"Kau dah kenapa, paus?"
Faz tepuk dahi. Tangannya mula menghentak meja sebelum matanya membulat besar. "Aku ada idea!" Katanya dengan suara lantang. Dia menyinggung satu senyuman ceria. "Apa kata kita buat aktiviti paranormal? Baru nampak lain dari yang lain!"
Semua mengangguk bagai menyertujui cadangan daripada Faz tetapi tidak bagi Syaf. Jantungnya berdebar. Berharap mereka akan menolak cadangan gila itu! Ini tempah maut namanya!
Biel ukir sengihan lebar.
"Lepas tu main spirit of the coin dekat sana! Yeah! Aku setuju, aku setuju!" Biel bersuara girang.
Syaf menggeleng kepala laju. "Nonsense!" Kemudian dia memandang Faz yang berwajah tenang. "Kau apahal bagi suggestion yang mengarut ni? Banyak lagi yang kita boleh buat untuk naikkan channel kita dekat youtube. Bukan paranormal!" Naik pucat wajahnya. Dia memang tak boleh dengan makhluk di alam lain tu. Mengerikan.
Dee menghela nafas perlahan. Muka Syaf yang mula kemerahan dipandang sekejap. Haih. Apa yang nak ditakutkan sangat pun tak tahulah.
"Kau takut?" Wawa menyoal perlahan dan lembut. Tak mahu mengguriskan hati sahabatnya itu.
Syaf diam. Masih segar di ingatan ketika mereka bercuti di sebuah hotel yang berhantu. Cukuplah tiga hari dua malam dia diganggu tanpa henti. Tapi, bila dia cuba memberitahu rakannya yang lain, semua ragu-ragu untuk percaya kata-katanya.
Kerana mereka tak lalui apa yang Syaf lalui.
"Suka hati lah. Aku ikut je." Jeda.
"Asalkan kau orang stay dekat sisi aku." Ucapnya. Syaf tersenyum nipis sebelum beredar daripada bilik yang menjadi studio untuk channel youtube.
Ahli tujuh yang lain hanya memandang batang tubuh Syaf yang sudah berlalu. Masing-masing berpandangan sebelum mengangkat bahu. Perbincangan yang tergendala diteruskan.
-------------------
SATU demi satu langkah diorak dengan penuh berhati-hati dalam kepekatan malam. Dada langit yang dipenuhi kilauan bintang tidak sedikitpun boleh menenangkan mereka bertujuh. Masih sama seperti keadaan sebelum berangkat, masing-masing terketar lutut menahan gementar yang terhasil.
Entah kenapa rasa seperti mahu menyalahkan Faz kerana memberi idea yang tidak masuk dek akal. Sekarang, rasa menyesal pula menyokong Faz.
"Hello guys! Welcome back to our channel. Aish here, and now we gonna do some... em let's call it as a challenge. Are you ready guys?" Aish memulakan intro bagi permulaan video. Nada suaranya juga diperlahankan. Camera miliknya mula merakam detik-detik dimana tujuh sekawan sedang mulai resah. Hari itu berani sangat kan?
Amar masih tenang sambil memegang gopro. Sempat dia tersenyum kecil di hadapan camera. Rambutnya diraup ke belakang.
"Aku nak balik..." Syaf bersuara perlahan dengan intonasi yang sebak. Pemandangan di hadapan mata sungguh berjaya menggetarkan urat sarafnya. Bangunan lama itu diperhatinya sekejap sebelum kepalanya menunduk ke bawah semula. Takut.
Wawa membetulkan kedudukan tudungnya. Tangan Syaf digenggam cuba menyalurkan semangat buat gadis itu. Wawa senyum nipis sebelum mulutnya bergerak membentuk satu ayat.
YOU ARE READING
TUJUH [ SU ]
Fantasy[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA MCO BOOK AWARD 2020 ] Tujuh sekawan. Tujuh identiti. Tujuh kuasa. Semuanya bermula daripada perjumpaan puzzle yang sarat dengan pelbagai cahaya di sebuah bangunan lama ketika mereka ingin membuat aktiviti paranormal. Daripa...