"HAI nasi goreng, hai sungguh lazat, sungguh sedap, sungguh enak dimakan begitu saja, gardenia... Eh tu lagu lainlah bengap!"
Tujuh sekawan hanya memandang belakang tubuh Faz yang sedang memasak. Entah apa yang dia nyanyi pun tak tahulah. Mengarut je perempuan ni.
Dagu ditongkat menggunakan kedua tangan. Mata masing-masing sudah mulai layu. Lama sangat Faz ni berperang dekat dapur. Padahal masak gunakan perencah nasi goreng adabi je pun. Dia punya lama tu macam nak buat ikan siakap tiga rasa!
"Nasi goreng is done!"
Daripada lena, terus Syaf beriak teruja. Lantas dia mengambil pinggan sebelum disenduk ke dalam pinggan itu. Sudu turut dicapai. Baru sahaja suapan hendak dimulakan, tiba-tiba...
Sudunya terapung.
Matanya terus memandang Wawa. Turut di sebelah gadis itu ialah Alice si lebah. Benda nak makan je pun, yang dia pergi angkut si Alice ni apahal.
Bising tahu bising?
"Tunggu dulu semua ready. Then we can eat together-gether, ha gitu. Doa pun tak baca lagi." pesan Wawa. Bibir Syaf terus muncung ke hadapan tanda tak berpuas hati. Lambat sangatlah!
"Amar, disebabkan kau handsome, kau kena baca doa macam pak ustaz."
Pulak?
Tapi kerana sikap Amar yang jenis tak suka membantah, dia hanya turuti sahaja. "Okay."
Selesai mengaminkan doa, masing-masing terus menjamu selera. Syaf makan dengan gelojoh, bagi saka makan ke apa entah. Aish pula sebelum makan sempat dia menangkap beberapa keping gambar, buat kenangan katanya. Biel senyap melayan perasaan. Faz yang masih tersarung topi chef di kepalanya. Amar hanya membisu dan Wawa sibuk berbual kosong bersama Alice.
Dee? Rasanya Dee orang paling rimas ketika makan. Sebab?
'Tuan, saya lapar ni. Keluarkan saya!'
Dee merengus kegeraman. Bila aku nak makan, sibuk nak keluar. Dahlah suara tu tak sedap. Apa malang sangatlah dapat haiwan macam ni!
"Ada nasi goreng jelah hanat. Kau tu makan tikus, rumah kita orang ni bersih. Takde tikus!"
'Siapa kata saya nak makan tikus? Saya nak makan nasi goreng!'
Dasar burung tak sedar diri. Dah binatang tu binatang jelah. Sibuk nak makan nasi pulak.
"Asal Dee?" soal Biel. Daripada tadi tujuh sekawan hanya memerhatikan gadis itu. Tampak macam tak tenang dan dilanda masalah. Lihat dari riak muka pun sudah tahu Dee tak senang duduk. Asyik menguis nasi pakai sudu sahaja. Makan tidak pula. Macam ada sesuatu yang mengganggu gadis itu.
Dee mengeluh berat.
"Ada nasi goreng lebih tak? Si Danzen ni sibuk nak makan." Tanya Dee sambil memandang Faz. Faz angguk kepalanya. "Ada sikit, kat dalam kuali. Kejap, aku ambilkan pinggan polestrin." ujar Faz. Dee cuma mengangguk sahaja. Danzen punya pasallah ni. Mengada sangat. Keras kepala!
'Saya nak pinggan kaca macam Tuan!'
Nafas Dee turun naik. Bibir diketap menahan geram. Ada jugak aku bunuh burung ni karang. Dah bagi betis nak peha. Aku bagi kaki aku kang melayang ke kutub utara. Ha biar dia beku dekat sana.
YOU ARE READING
TUJUH [ SU ]
Fantasy[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA MCO BOOK AWARD 2020 ] Tujuh sekawan. Tujuh identiti. Tujuh kuasa. Semuanya bermula daripada perjumpaan puzzle yang sarat dengan pelbagai cahaya di sebuah bangunan lama ketika mereka ingin membuat aktiviti paranormal. Daripa...