2 | Cahaya

557 127 226
                                    

"MANA hilangnya puzzle itu?! Siapa yang berani-berani tikam belakang aku?! Jawab!" Raja Marlen bersuara lantang sambil matanya terbuntang memandang seorang demi seorang wajah yang sedang menghadapnya. Marah dengan pengkhianat yang masih menetap dalam alam Fantano.

Orang bawahan Laksamana Darsh menolak tubuh yang sudah terkulai layu kerana dihentam teruk oleh Laksamana Darsh apabila perkara penting ini sudah sampai ke pengetahuannya. Bibirnya digigit kuat. Sudah tahu ke mana hala tajunya selepas ini. Ajal sudah menantinya.

"Jimmy..." Raja Marlen tertawa sinis seraya menepuk tangan perlahan. Kelakar kerana orang yang dia percayai mula menjadi pengkhianat. Belakangkan raja? Memang mati jawabnya.

Raja Marlen menapak ke arah Jimmy. Jarinya yang dipenuhi cincin permata mencengkam rambut Jimmy. Terus meringis kesakitan lelaki itu. Sudahlah dia hanya seorang hamba biasa yang tidak mempunyai sebarang kuasa. Raja Marlen ni pula antara orang yang terhebat dengan tiga kuasanya yang berada di dalam tongkat.

Memang tidak adil.

"Beritahu pada aku, Jimmy." Raja Marlen mendekatkan mukanya dengan muka Jimmy. Wajahnya yang tadi bersahaja sudah bertukar bengis. "Siapa upah kau untuk buang puzzle di alam Nyata! Kau tahu kan itu kepunyaan alam Fantano! Bullshit!"

Amik kau. Raja pun mencarut.

Jimmy tak menjawab sebaliknya dia mengherot segaris senyuman sinis berbaur ejekan.

"Tuanku tamak! Sepatutnya puzzle itu kepunyaan isteri Tuanku, Permaisuri Vensa! Bukan Tuanku!"

Terkejut semua yang berada di sekeliling mereka. Laksamana Darsh turut memaparkan reaksi yang sukar ditafsir. Apa Jimmy ni tak takut mati ke ha? Melawan seorang raja bagaikan sedang bergaduh dengan kawan baik sendiri. Budak ni dah gila!

"Vensa yang suruh?" Soal Raja Marlen.

"Tak! Patik sendiri yang lakukan semua ni. Dua alam akan hancur disebabkan sifat tamak Tuanku! Jadi, patik ambil tindakan untuk buang puzzle tu!" Usai sahaja Jimmy berkata begitu, terus tubuhnya melayang jauh disebabkan tamparan kuat oleh Raja Marlen terhadapnya. Jimmy berdecit perlahan.

Jimmy mengesot ke belakang tatkala Raja Marlen merapati tubuhnya yang tidak bermaya. Raja Marlen berdiri tegak di hadapan Jimmy yang terbaring.

"Temenggung Haze,"

"Ya Tuanku?"

"Campakkan dia ke dalam air panas yang menggelegak." Jimmy tersentak. Terasa tubir matanya makin panas akibat rasa takut yang menggunung. Dia buat semua ni, demi seseorang. Jimmy harap, pengorbanannya kali ini tidak sia-sia. Dia mahukan hasil yang positif.

Temenggung Haze menurut. Pantas orang bawahan Temenggung Haze mengheret Jimmy.

Raja Marlen menghampiri tempat duduknya semula. Rakyat-rakyat jelata di bawahnya, dipandang dengan senyuman senget. Jelas rakyatnya menggigil halus kerana takut. Dia akan pastikan tiada siapa dapat hidup selepas berjaya mengkhianati raja sendiri.

"Laksamana Darsh,"

Laksamana Darsh menjawab, pantas tubuh ditundukkan memberi hormat sebelum dia menghadap Raja Marlen.

"Cari semula puzzle milik alam Fantano."

Dia sudah menyumpah seranah Jimmy sang pengkhianat itu. Puzzle itu masih dalam proses ingin dibaikpulih. Kini, Jimmy pula menjadi penghalang angan-angannya yang sudah lama dia inginkan.

10 kuasa, yang bakal menjadi miliknya untuk tawan dua alam. Atau erti kata lain, menjadi orang paling berkuasa dalam dunia ini. Itulah impiannya.

TUJUH [ SU ]Where stories live. Discover now