19/12/2019
Yep. Here we are. Hari yg ditunggukan sudah tiba. Masa korang baca ni, bermakna aku tak berduka dengan result aku. Malah aku bangga dengan result aku.Aku mengaku aku memang dari form 1 sampai form 3 aku tak pernah dapat top student or principal list. Aku bukan lah budak target and so on.
Jujur aku cakap... Aku ibarat beban kepada batch aku. Yang sentiasa menjatuhkan pointer sekolah. But its okay. For me selagi aku tak kena hadap pengetua.. Aku dikira OK kot.
Tapi masa trial pt3... Aku tersangat down. Kawan kawan lain semua lagi banyak A. Aku jadi sasaran cikgu as budak lemah. Aku sedih sebab result mid year aku tak mengecewakan tapi akhirnya aku kecundang time trial.
Geo tah kemana.. Sejarah tah ke mana.. Sains aku? HAHAHHA
Even Pendidikan Islam pon aku merayu ustaz supaya naikkan satu lagi markah sbb aku dpt 84.
Aku rasa aku kena betray gila bapak dengan geografi sebab awal tahun aku A. Sejak dia tukar format. Result satu batch aku jatuh. Betul. Jadi batch yang diuji ni susah.
Geografi sekolah aku tinggal seorang je. Cikgu geo sebelum ni pindah. So aku end up kesiankan gila dengan cikgu Geo aku. Dia boleh dikatakan veteran. Dia always cakap dia sentiasa akan berikan yang terbaik untuk kitorang. Sanggup habiskan masa semata mata nak tolong kitorang yang masih terkontang kanting dalam bab menulis essay geo.
I mean.. After trial. Aku jatuh. Allah bagi aku satu kekuatan untuk bangkit semula. Ya, aku akur. Aku memang anak murid yang tiada apa apa. Tidak mengharumkan nama sekolah. Hanya menumpang pada nama sahaja. Aku teringin naik pentas. Aku tekad. Aku mula kan semula belajar dari bawah. Aku sedar aku tak cukup masa. Akhirnya, dengan budak2 dorm. Member kelas... Support each other. Dalam dorm.. Tiba2 buat pop quiz. Diorang langsung tak jatuhkan member yang lalai. Tegur dgn cara baik. Gurau.
Sekali lagi before exam, batch aku diuji sekali lagi dengan beberapa ujian. Sampai buatkan cikgu tak leh handle. Batch kucar kacir. Alhamdulillah lagi seminggu exam settle semua benda.
Then, batch kami diuji sekali lagi dgn berita kertas pekse pt3 bocor. Kami sgt hampa dgn org yg bocor kan soalan tu. Alhamdulillah sbb kami x perlu repeat soalan.
(skip)
Setelah habis exam. Pengetua jumpa batch kami dan terangkan tentang aliran yang akan ada pada tahun hadapan tetapi berakhir dengan keluhan kecewa dari hati dia. Dia cakap sesuatu yang sangat menusuk kalbu semua orang.
Aku tercabar. Aku sangat tercabar. Tapi aku tak boleh buat apa. Kertas exam dah pon dihantar. Yang tinggal hanya berdoa.
Akhirnya hari 19/12 pon tiba.
Walaupun pointer pt3 kami tidak mencapai target sekolah. Tetapi masih mengalahkan pointer batch sebelum ni.
Alhamdulillah kami bangkit dan tunjukkan dkt cikgu yg batch kitorang boleh. And what. Muka cikgu bangga. Aku suka tgk muka cikgu. Happy.
Walaupun apa yang aku target tak tercapai. Aku still bersyukur sbb result yang aku capai tu mampu buat kan mak bapak aku bangga.
Bukan lagi result yang aku dapat time trial. Aku dah buktikan kat cikgu aku ni bukan anak murid lemah lagi.
Tapi siapa tahu?
Tahun depan aku akan melangkah ke era baru.
Aku tahu, sains tulen bukannya senang. Jadi aku tak boleh main main dengan sains tulen....
And yeah. For those yang baca buku ni and tetiba terbaca bab ni sekali. Ini hanya cerita yang aku ingin sampaikan.
And para readers batch 04 sekalian. Teruskan haluan anda. Jangan mengalah setengah jalan. Ini merupakan langkah baru. Walaupun batch kita sentiasa diuji dengan silibus baru and so on. Kau anggap ni sebagai cabaran untuk kau. Lagipun jgn pernah berputus harap dengan tuhan atau diri kau sendiri. Ok?
Cheer up little bit. Skang ni kita tunggu SPM
Ciao
(^o^)(^o^)
QamiMian(ini bukan cerita rekaan.)
YOU ARE READING
FAKTA ASRAMA
DiversosTAK DE BENDA MENARIK PON PSL ASRAMA AKU NI. TAPI. TERIMALAH FAKTA DARI DIRI AKU SENDIRI TENTANG KAWAN AKU JUNIOR AKU SENIOR AKU DAN JENG JENG JENG SEKOLAH YANG AKU CHENTAIII 😁❤️❤️ TAK EKCELI INI BUKAN FAKTA BUT PENGALAMAN SELAMA AKU KAT ASRAMA NI ...