Birthday

84 7 0
                                    

Maybe aku ada cerita pasal birthday before this.

Dah masuk tahun ke empat kat asrama ni, rupa rupanya ada banyak cara kami menyambut birthday.

1. Air tadahan
Ni laki pompuan buat. Cara nak buat, dia ambik air tadahan dan campurkan dengan bubur, milo, oat, susu dan macam ii lagi then gaul. Seret birthday girl ke tengah court and simbah dari pelbagai arah. Lepas dah kena simbah tu, dia kena bagi ucapan dan diakhiri dengan sesi pelukan (sesi kejar mengejar sebenarnya). Kalau boys, birthday boy tu kena kunci dalam kubikel tandas and baldi tu akan disimbah dari atas.

2. Simbah air biasa
Ni korang mesti pikir tak seteruk air tadahan kan. Salah. Walaupun dia air biasa, perit gak woo. Sebab, air tadahan tu buat dalam asrama, air biasa ni, buat after sekolah. Contoh, kat sekolah aku, habis sekolah pukul 4 petang, dalam perjalanan nak balik asrama tu, or lebih tepat lagi lepas asar, birthday boy or girl ni barang dia kena sorok. Then, dia kena cari barang di and at the same time jangan kena simbah. Kalau dah kena, berbotol air lah dia dapat. Pernah ni, dari kepala sampai kasut dia basah. Berair dia balik asrama.

3. Tepung and telur.
Dekat asrama aku jarang orang pakai combination ni, selalunya dia pakai salah satu. Last aku tengok orang pakai tepung telur ni masa aku form 1.

4. Air kolah. (perempuan)
Nak dijadikan cerita, kolah asrama selalu beruk bermandi manda di situ. Jadi air tu kotot lah kan. Kalau member malas sangat nak sediakan air tadahan tapi nak extreme, member sanggup angkut ramai ramai dan campak ke dalam kolah. Then kunci pintu bilik kolah. Sian birthday girl

5.colgate (boy)
Lelaki ni, diorang takde kolah. Jadi, diorang pakai colgate or apa2 jenis ubat gigi. Selalunya birthday boy tu akan dibawa ke mana mana before balik asrama sementara member lain ambik colgate, and colgate semua barang dia. Start dari katil, cadar, bantal and so on. Kalau dia tak kunci loker, nahas lah. Semua barang dia kena. Kalau boleh, diorang beli colgate tu nak habiskan jugak masa birthday tu.

6. Susu
Ni dia sama je macam air tadahan, cuma dia pakai air biasa campur susu and plus ubat gigi.

7. Watercolour
Beli watercolour, campur dengan air, simbah, spray sampai berwarna warni muka budak tu.

8. Bedak
Kalau dah tak de budget sangat and malas, ambik bedak dalam loker, tabur atas katil. Author pernah kena, balik dorm dari kena simbah, tengok katil dah penuh dengan bedak plus ada patung yang dipenuhi bedak atas katil. Lawa depa susun. Sian ade tulisan pakai bedak. Jenuh nak bersihkan before tidur tu.

Ok tu je setakat ni yang pernah berlaku, maybe ade lagi tapi author terlepas pandang.

Cer share sikit korang sume pernah kena apa atau kenakan orang apa time birthday

Ciao

FAKTA ASRAMAWhere stories live. Discover now