Chapter 1-Pearl Street

25 1 0
                                    

  Malam yang sepi dan dingin.Jalan di Pearl Street agak sunyi dan hanya ada beberapa orang sahaja sedang lalu-lalang.Jam menunjukkan pukul 10.30 malam."Aku kena pulang ke rumah segera kalau tidak ibu dan bapaku akan marah", kata Judy.Gadis berusia 23 tahun itu mempercepatkan langkahnya agar dia bisa pulang ke rumah dengan cepat.

  Ianya tidak elok untuk seorang wanita muda seperti Judy untuk berjalan seorang diri pada waktu hampir tengah malam. Judy, seorang pelajar Universiti Colorado Boulder, tinggi lebih kurang 164cm dan berambut perang ini merupakan anak tunggal dalam keluarganya.Ibu dan bapanya hanya bekerja sendiri untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

  Judy dalam perjalanan pulang dari rumah rakan universitinya iaitu Lisa.Lisa rakan Judy dan sebaya dengan Judy.Mereka berdua sangat rapat dan sering keluar membeli-belah bersama-sama.Biasanya,Judy akan pulang awal ke rumah sekiranya dia melawat Lisa.Namun, malam ini Judy agak sedikit lewat kerana Lisa mengadakan parti hari jadi di rumahnya.

  "Malam ini agak sejuk seperti biasa", bisik Judy. Entah kenapa dia berasa tidak selamat.Judy memeluk beg tangannya sendiri kerana angin yang dingin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Judy sekali-sekala memandang ke belakang untuk memastikan keadaan baginya sentiasa selamat."Tang!!!",tiba tiba ada bunyi seperti seseorang melanggar sesuatu yang keras. Judy menoleh ke belakang.

  "Tidak ada sesiapa di belakang?!!", dia berasa hairan dan mula mempercepatkan langkahnya. Judy berasa takut kerana dia mendengar bunyi dan tidak ada sesiapa berdekatan."Itu hantu ke?, ke aku diekori?",bisik Judy di dalam hati. Langkahnya semakin pantas.

  Tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang berlari di belakangnya. Namun, kali ini Judy tidak berani menoleh ke belakang.Dia merasakan sesuata yang tidak kena. Seperti seseorang sedang mengekorinya.Dia mula berlari dan mencari tempat yang ramai orang."Tap!,tap!,tap!",bunyi tapak kaki berselang-seli dengan bunyi larian Judy. Memang tidak syak lagi, Judy telah diekori!

  Dengan berat hatinya Judy menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat seorang lelaki berbadan tegap mengejarnya.Lelaki tersebut tingginya lebih kurang 169 cm dan berjambang, berlari sambil memegang tali.Judy tidak menjerit kerana dia seakan terkejut. Muka lelaki tersebut amat bengis seperti muka orang yang baru ditumbuk berkali-kali.

  Judy berlari sekuat hati. Lelaki tersebut masih mengejarnya dari belakang. Namun,lelaki ini sangat pantas.Akhirnya,beg tangan Judy ditarik oleh lelaki ini. Disebabkan Judy menyilangkan beg tangannya pada badannya, dia tertarik sekali. Lelaki tersebut memeluk Judy dan menutup mulut Judy dengan tangannya yang memakai sarung tangan hitam.Nafas lelaki itu agak berbau seperti baru sahaja meminum alkhohol. Judy meronta-ronta untuk melepaskan diri.

  Tapi, apakan daya, kudrat Judy tidak terlawan kudrat si lelaki bengis itu. Lelaki itu menarik Judy ke lorong di celah-celah bangunan.Itulah kali terakhirnya sebelum semuanya senyap seperti tiada hidupan di muka bumi ini.

Pembunuh  Di Pearl StreetWhere stories live. Discover now