Chapter 2-Detektif James

18 1 0
                                    

"Kring,kring! ', bunyi deringan telefon.Lalu diangkat oleh James."Ya James Niel bercakap", kata James memulakan percakapan."Ada satu pembunuhan berlaku,di Pearl Street, mayat seorang wanita muda berumur lingkungan 20-an,tiada saksi, boleh datang ke sini segera?", kata Inspektor Smith.

"Saya sampai dalam 20 minit", kata James. Lalu dia meletakkan ganggang telefon, mencapai jaketnya dan terus keluar dari pejabatnya yang terletak tidak jauh dari Pearl Street.James seorang detektif berumur 35 tahun yang berbakat dalam mengesan dan mencari penjenayah. Beliau pernah menjadi polis tetapi bersara awal.

20 minit kemudian, James tiba di tempat kejadian. "Apa yang awak dapat untuk saya inspektor?", kata James selamba kerana Smith merupakan rakan setugasnya dahulu. "Kami mengesyaki wanita ini bernama Judy, seorang pelajar universiti dan dia ramai kenalan di sekitar sini. Kami telah menghubungi keluarganya. Mayatnya masih baru sekitar 7 jam. Setakat ini tiada saksi dan tiada sesiapa yang tahu apa yang berlaku', jelas Inspektor Smith.

James mendengar penjelasan Inspektor dan memerhati keadaan sekeliling tempat kejadian. Tiada kesan darah atau apa apa yang dapat diambil dari tempat kejadian. Cuma, seutas tali. Mayat wanita itu masih terbaring. James menghampiri mayat wanita itu.

James mendapati tiada kesan hentakan atau tikaman pada wanita tersebut. Cuma bekas pada lehernya membuktikan bahawa wanita itu telah dijerut menggunakan tali. Ini bermakna tali yang dilihat James tadi mungkin ada kena mengena dengan pembunuhan wanita ini.

James memerhati lagi keadaan di tempat kejadian. Kelihatan banyak sampah bertaburan di sekitar tempat kejadian. Ada sebuah botol kaca yang sudah pecah. Ini menimbulkan persoalan dalam kepala James. Lalu disentuhnya botol tersebut. "Kesan ini masih baru", bisik James di dalam hati. Dia cukup handal dalam meneka usia sesuatu kesan yang dia jumpai.

"Saya akan beredar dahulu. Emel pada saya segala-galanya tentang kes ni.",kata James. Smith angguk faham kerana sudah masak dengan sikap rakan sekerjanya itu. Lalu James meninggalkan tempat kejadian.

Pembunuh  Di Pearl StreetWhere stories live. Discover now