Chapter 3-Tukang Kebun Gila

17 1 0
                                    

  Setelah James mendapat emel dari Smith,James bergegas ke rumah keluarga Judy untuk menyoal siasat ibu bapa Judy. Lebih kurang 30 minit, James tiba di perkarangan rumah keluarga Judy. Kawasan rumah Judy sungguh cantik kerana banyak pokok bunga yang ditanam.

  "Ding, dong!", bunyi loceng rumah Judy. Pintu dibuka oleh seorang lelaki. Jelas itu ialah bapa Judy yang berumur 56 tahun. Lelaki berkaca mata dan botak tengah ini menyambut kedatangan James dengan senyuman. Lalu, James dipersilakan masuk oleh lelaki tersebut. Ibu Judy sedang tidur kerana penat menangis akibat pemergian anaknya.

  "Saya datang cuma nak tanya beberapa soalan sahaja. Ini untuk kes Judy." terang James. "Baiklah, saya akan memberi kerjasama pada awak." kata bapa Judy sambil menghulurkan tangannya dan bersalaman dengan James.
Ketika sesi soal siasat, datang pula seorang lelaki berbadan tegap dan agak tinggi." Tuan, saya nak keluar sekejap, saya nak ke kedai membeli tali. Tali sudah tiada nak ikat pokok.", kata lelaki itu. James memandang lelaki itu dengan pandangan yang tajam.

  "Okay, jangan lupa siram pokok sebelum keluar".kata bapa Judy. "Boleh kita teruskan?", James mencelah.Kemudian, diambil keterangan bapa Judy satu persatu."Encik ada apa-apa masalah tak dengan Judy sejak akhir-akhir ini?",tanya James. "Tiada masalah, dia seorang anak tiri yang baik dan kami jarang bergaduh.",terang bapa Judy. Rupa-rupanya Judy ialah anak tiri bapanya.

  "Baiklah, terima kasih atas keterangan encik.", kata James sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman buat kali kedua sebelum beredar. "Agak menggigil tangan encik", kata James mengusik. "Saya ada parkinson, Tuan", balas lelaki tua itu.

  Sebelum James beredar, James memerhati gambar keluarga Judy yang digantung pada dinding. Ketika di halaman rumah Judy, James ditarik oleh lelaki yang hendak keluar ke kedai tadi. "Kau jangan nak campur urusan keluarga kami.Biar polis yang selesaikannya. Kau bukan polis!", kata lelaki itu yang dilabel sebagai tukang kebun oleh James.

  James terlihat ada kesan luka pada tangan lelaki itu. James mengangguk dan segera beredar dari rumah Judy. "Tukang kebun gila", kata James di dalam hati.James pun pulang ke pejabatnya dan masih memilkirkan kes Judy ini. Walaupun tidak banyak bukti, James akan berusaha sehingga menjumpai dalang disebalik pembunuhan ini.

Pembunuh  Di Pearl StreetWhere stories live. Discover now