goda°°6

2.5K 214 24
                                    


Tangan kecil gadis itu ligat menaip sesuatu di dalam laptop miliknya. Taehyung disebelahnya yang masih sakit dibiarkan buat seketika

"Lee Senah, Lee Senah, Lee Senah. Ah! Got it!"

Gadis itu menggodam data peribadi Lee Senah kerana tawaran yang dibuat kepada sahabatnya

Biodata
Nama:Lee Senah
Umur:21 tahun
Alamat: No 21 Jalan JinHit, Taman Micasa

Gadis itu meneliti biodata crush kawannya itu dan terus memberikannya kepada Jungkook

"Done"

Laptop ditutup dan diletakkan ditepi, kakinya melangkah semula kekatil. Hari sudah lewat malam tapi Taehyung masih lagi tidak bermaya .

Mungkin pagi esok dia akan okey, kan?

Tubuhnya dibaringkan perlahan lahan diatas katil kerana tidak mahu mengganggu tidur jejaka itu

"Umh"

Taehyung meraih tangan gadis itu, digenggamnya erat.

"Ya tae, aku ada kat sini jangan risau , aku teman kau okayyy"

"Hmmm" Taehyung mengumam sambil menarik belakang badan gadis itu mendekati dirinya

Ayshaeriey pov

Aku memandang muka Taehyung yang berjarak beberapa inci dari muka aku. Dia ni mamai ke do? Ke kena sampuk lepas demam?

"Tidur jelah, jangan pandang muka kacak aku. Takselesa"

Adeh babi. Dia yang tarik aku sampai dekat dekat dia pulak tak kasi aku tengok muka dia. Sepak tengah kang, mandul padan muka.

No one pov

Ayshaeriey menarik comforter menutupi badan mereka berdua dan hanyut ke alam mimpi

~~~~~~~~~~~~~~


Pranggggggggggggggggg

Bunyi kaca pecah menyebabkan gadis itu terjaga dari lenanya. Taehyung disebelah tidak kelihatan. Cepat cepat kakinya melangkah turun kekatil mencari dari mana datangnya bunyi kaca pecah tadi

"Taehyung!"

Ayshaeriey turun dari katil dan melangkah keruang tamu. Terlihat Taehyung yang sedang dipapah oleh Jimin dan Seokjin

"Dia jatuh waktu nak ambil air"

Seokjin berkata sambil meletakkan Taehyung diatas sofa. Gadis itu melangkah mendekati mereka

"Ambilkan air Jim"

"Okay"

Jimin ke dapur dan kembali semula bersama segelas air kosong. Ayshaeriey mencapainya dan menyuakan kemulut Taehyung

"Asal tak kejut aku? Aku boleh je ambilkan air untuk kau"

"Hm"

Bisu dah agaknya si Taehyung ni dari semalam duk hm hm hm

"Shae" bahu gadis itu disentuh sedikit oleh Seokjin dari belakang

"Apa?" Ayshaeriey memandang Seokjin yang teragak agak untuk memberitahu sesuatu

"Semalam ayah kau call, dia tanya bila nak-"

"Bila nak balik korea?" Belum sempat Seokjin menghabiskan ayatnya Shae terlebih dahulu memintas

Jejaka itu menganggukkan kepala, mengiyakan apa yang keluar dari mulut gadis itu

"Kau tahu apa yang berlakukan Seokjin? Kenapa perlu beritahu aku sedangkan kau tahu jawapan aku tidak?" Gadis itu menjeling abang angkatnya, nanti dicakap lebih lebih, bergaduh pula.

"Ayah kata, mak kau sakit"

Ayshaeriey mengalihkan pandangan ketempat lain, perasaan risau bertandang didalam diri. Memang dia berdendam dengan ayahnya tetapi bukan ibunya














Tbc

Vote and comments❤

(C)Gadis Penggoda|KTH|Where stories live. Discover now