goda°°12

2.3K 194 20
                                    





"Nanti kalau ada pape hal call je aku ,bye!" Setelah menurunkan pasangan itu di hadapan pintu rumah, Jung Hoseok laju menekan minyak keluar dari perkarangan rumah Ayshaeriey

Ayshaeriey mengangguk dan tergelak kecil, takutlah tu

"So ni rumah kau?" Taehyung memusingkan kepalanya kebelakang melihat rumah banglo 2 tingkat itu

"Yaa rumah aku, jom masuk" gadis itu menarik bagasinya kepintu rumah diikuti Taehyung dibelakang

Pintu dikuak oleh Ayshaeriey keadaan rumahnya sama seperti dulu. Dindingnya dicat warna putih bersih, habuk dan kotoran juga tiada

Bagus betul kerja Hoseok

"Jom Taehyung, aku tunjuk mana bilik kau tapi kau kena kemas sikitlah" Ayshae menarik begnya naik ketingkat atas, Taehyung pula hanya mengangguk dan dan mengikuti gadis itu naik keatas

"Ni bilik kau, nanti kalau ada apa apa ketuk jela pintu bilik aku ni haa, yang depan ni, aku nak masuk bilik dulu nak rehat" Ayshaeriey menunjukkan bilik Taehyung. Kemas, dicat menggunakan cat biru cair dan agak luas

"Okayyy" Taehyung mengangguk angguk sambil tersenyum

Ayshaeriey memusingkan badannya masuk kedalam bilik, penat seharian menaiki flight. Sudahlah perutnya belum dialas apa apa sejak turun dari flight

"Kejap" Taehyung memegang tangan Ayshae menghalang gadis itu dari masuk kebilik

"Ada apa Taehyung?" Ayshae menjungkitkan sebelah keningnya

"Terima kasih sebab berusaha untuk tolong aku dan terima kasih untuk layanan yang baik ni" Taehyung tersenyum manis kearah gadis itu

"Iyaaa, sama sama kasih ahahahaha" pasangan itu tergelak suka dan terus kembali ke bilik masing masing




























"Hm tae kau nak order apa?" Ayshae menanya Taehyung yang berada dibelakangnya, sementara mereka beratur untuk membuat pesanan

"Aku nak set A ar banyak sikit ayam, aku lapar ehehe" Taehyung tergelak kecil

"Kalau macam tu kita ambil dua" Ayshae memberi kata putus, disebabkan tahap malas yang menggunung untuk masak, mereka berdua membuat keputusan untuk membeli makanan diluar

"Eh Shae"

Gerangan suara yang menegur Ayshaeriey itu membuatkan pasangan itu serentak memandang ketepi, mereka baru saja hendak keluar dari kedai

"Oh kai" Ayshaeriey menjawab sepatah agak kekok apabila berjumpa dengan crushnya semasa sekolah menengah dahulu

"How's your life? Ok? Kenapa saya jarang nampak awak dekat korea dah?" Jejaka bernama Kai itu menanya ramah

"My life getting better, and suka hati akulah aku nak duduk kat mana. Sayang jom" Tangan Taehyung ditarik laju, keluar dari kedai makan tersebut

Sakit hatinya apabila diingat semula apa yang berlaku ketika majlis prom night semasa di bersekolah menengah



Flashback

"Weh Shae, kau ni betul betul ke nak confess dekat si Soo Bang Kai tu?" Seokjin menanya penuh kerisauan. Bukannya dirinya takkenal dengan Bang Kai yang diminati ramai itu. Tersangatlah kenal!

(C)Gadis Penggoda|KTH|Where stories live. Discover now