Ayshaeriey masuk kedalam rumah. Suis lampu dibuka, sedikit terkejut apabila mendengar bunyi pancuran air dari arah dapur.Sempat matanya mengerling kearah baju dan seluar lelaki yang berada diatas sofa
"Aku rasa aku dah berhenti jadi penggoda, laki ni silap alamat ke acaner?"
Gadis itu bermonolog sendiri sebelum kakinya membuka langkah perlahan kearah dapur. Sudahlah dia berseorangan kerana anaknya dia tinggalkan dirumah Jungkook
Dirinya berdiri dihadapan pintu bilik air, teragak agak dia hendak mengetuk pintu
Tok tok tok!
Serentak dengan bunyi ketukan, bunyi pancuran air tadi berhenti dan dalam beberapa saat pintu dibuka
"Hai sayang"
"T-taehyun-gg" Ayshaeriey menekup mulutnya, tidak disangka sangka Taehyung akan balik secara mengejut
Jejaka itu memeluk tubuh gadis dihadapannya melepaskan rindu yang sangat lama dipendam
"Aku minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk balik kerumah, aku minta maaf sayang"
Ayshaeriey mengeratkan pelukan sungguh dia rindu dengan jejaka itu. 3 tahun bukanlah suatu masa yang singkat kalau diikutkan. Menanggung rasa rindu selama tiga tahun adalah sangat perit bagi dirinya
"Aku rindukan kau Taehyung"
"Aku juga rindukan kau" pelukan dilepaskan dan bibirnya dicium sekilas oleh Taehyung
"Mana anak kita?" Taehyung memandang sekeliling mencari keberadaan anak perempuannya Kim Aeyoon tetapi tidak kelihatan
"Aku tinggalkan dia kat rumah Jungkook, sebab dia merengek nak duduk dengan Jungkook. Hmph! Dia gatal ikut perangai kaulah ni!"
"Eh aku pulak, siapa dulu yang pegang title penggoda? Aku ke kau sayang? Ingat sikit eh"
"Hmph" Ayshaeriey menarik muka acah acah merajuk
"Tapikan alang alang anak kita takda, apa kata kita-" ayatnya dibiarkan tergantung dan bibirnya menguntum senyuman sinis
"Apa kita? Sayang jangan main main, Shae tengah period ni"
"Aku dah perhatikan kau 2 tahun dah sayang, period kau pun aku boleh hafal bila. Ala sayang jomlah"
Tanpa menunggu jawapan dari Ayshaeriey, jejaka itu mencempung tubuh gadis kesayangannya dan dibawa masuk kebilik
"Taehyung!!"
Lepastu korang takpayah tahu jadi apa, habiskan belajar dululah dey!
~~~~~~~~~~~
"
Oh kau balik sini, senyap senyap eh. Tahu tahu dah balik,nasib baik balik kalau tak puaslah aku kena dengar si Shae ni zikir nama kau tiap tiap hari-auch"
Shae mencubit bahu jejaka itu kuat, suka suka hati je tabur fitnah sana sini. Jangan contohi jengkuuk ni ya kawan kawan
Taehyung pula hanya tersengih, anaknya yang berada didalam dakapan Jungkook ditarik kedalam dukungannya pula
"Anak kita comel macam kau sayang"
"Aku tahu"
"So nikmatilah perjumpaan keluarga ini HOHO aku ngan Senah nak g date jap, kan sayang kan, jom!" Jungkook menarik tangan Lee Senah keluar dari kawasan rumah Ayshaeriey
Tidak mahu menjadi pengacau perjumpaan semula keluarga kecil itu
"Sayang"
"Ya Taehyung?"
"Aku nak kau tahu yang aku akan sayangkan kau dan anak kita sampai akhir hayat aku"
"Aku pun tetap akan sayangkan kau Taehyung dan aku bersyukur kau dah balik semula"
Ayshaeriey menarik senyuman nipis, bahagia , hanya itulah yang boleh diungkapkan sekarang
"Oh ya sebelum aku terlupa, aku kena balik rumah sewa aku kemas barang then baru aku boleh duduk dengan kau kat sini, ok?" Taehyung menyerahkan anak mereka kearah Ayshaeriey dia bangun dari kerusi dan terus mencapai kunci kereta
"Lama ke pergi kemas barang?" Ayshaeriey turut bangun membuntuti jejaka itu dari belakang
"Alelelele rindu lah tu! Lama lah juga sebab barang aku banyak HAHA. Alah janganlah sedih nanti kita jumpa juga, aku g ambil eh" Jejaka itu menyarungkan kasut
"Yalah yalah, jangan lama sangat"
"Sini meh aku peluk sikit, orang pergi sekejap je dah nak rindu"
"Mestilah!" Tubuh gadis itu dipeluk oleh Taehyung, bibir gadis itu dikucup sekilas diikuti dengan dahi anaknya
"Byebye anak papa!"
~~~~~~~~~~
Ayshaeriey menyediakan lauk untuk makan tengah hari, jam sudah menunjukkan pukul 1 petang tetapi Taehyung masih lagi belum balik
Dum!
"Shae! Shae!"
Terkejut dirinya taktala kelima lima kawannya menyerbu masuk kedalam rumahnya
"Kenapa korang ni?"
"Remote! Remote tv mana? Remote tv?" Jimin berlari lari sambil bertanya keberadaan remote tv
Laju saja tangan Seokjin mencapai remote tv yang berada diatas sofa dan terus membuka saluran berita
"Didapati 2 mangsa maut dalam kemalangan berikut, mangsa pertama ialah Encik Kim Taehyung dan mangsa kedua adalah Encik Yoon Jeong Han, punca kemalangan adala-"
Gadis itu jatuh terjelopok, airmatanya mula mengalir. Jadi tadi adalah saat terakhir dia meluangkan masa bersama Taehyung ?
"Tuhan hadirkan Taehyung seketika supaya aku tak terkilan dengan pemergian si dia"
Completed√
YOU ARE READING
(C)Gadis Penggoda|KTH|
FanfictionMuka handsome macam model Gucci tapi gay! Started: 16/12/2019 Ended: 24/2/2020