-BAB 42- (Honeymoon)

537 15 0
                                    

Iqmal tiba di hadapan pintu rumah Mak Long kemudian dia mengetuk pintu. Ucapan salam dilaungkan. Beberapa ketika, pintu ditolak dari dalam. Mak Long menjemput Iqmal masuk.

"Mak long, Diya dah bersiap ke belum?" Soal Iqmal sebaik sahaja Mak Long menutup pintu.

"Mak Long dah kejut tadi. Diya kata dah siap." Beritahu Mak Long sambil melangkah ke dapur.

Aku perlahan-lahan mengikut wanita itu juga ke dapur.

"Mak long, tolong panggilkan Diya, boleh?"

Mak long menoleh dengan wajah pelik.

"Eh, eh kamu ni Iqmal. Nak tiak isteri sendiri pun nak suruh Mak Long?" Wanita itu kemudian menggeleng kepala. Uncang teh dikeluarkan daripada kotak dan diisi ke dalam sebuah jag.

Iqmal memuncungkan bibir dan masih tercegat mengharapkan belas ihsan daripada Mak Long untuk menolongnya.

"Alah, Mak Long... Macam tak tahu pulak yang Diya tengah marah dengan Mal. Tolonglah Iqmal, Mak Long. Sekali aje."

Mak long tidak layan. Dia membawa jag yang sudah dibancuh dengan air teh ke ruang tamu.

Lalu di sisi Iqmal, Mak Long menghadiahkan satu cubitan pada lengannya. Iqmal mengaduh sakit sambil mengusap lengannya.

"Pergi naik atas tu! Nak panggil bini pun nak suruh Mak Long."

Iqmal terpaksa juga akur apabila melihat Mak Long sudah selesa duduk di sofa sambil menuang air ke dalam cawan. Wanita itu melarikan anak mata ke arah tingkat atas untuk menggesa Iqmal naik.

Iqmal melangkah dengan longlai ke tingkat atas. Langkah kakinya dihayun dengan perasaan yang sebal. Tiba di hadapan pintu bilik Diya, tangan Iqmal yang mahu mengetuk berjeda seketika. Dia jadi serba salah pula mahu mengganggu Diya kalau-kalau isterinya itu masih bersiap.

Iqmal tunduk memandang lantai dan berkira-kira untuk memulas tombol pintu atau tidak.

Pintu tiba-tiba terbuka sendiri daripada dalam. Diya memandang Iqmal dengan berwajah bingung.

"Hm?" Soal Diya sekadar menggumam suara.

Iqmal tiba-tiba diterpa perasaan terkejut yang amat. Terketar-ketar bibirnya mahu berbicara.

"Sa...saya...nak jemput awak..." Luah Iqmal dengan gagap.

Bibir Diya yang sering kali mencetuskan ketawa kecil tidak lagi seperti dahulu. Dia sekadar melongo dan mengambil begnya keluar daripada bilik. Iqmal sedikit kecewa dengan Diya yang tiada menunjukkan reaksi ceria.

Langkah Diya menuruni anak tangga Iqmal ekori sehingga ke muka pintu.

"Baik-baik bawa kereta tu Iqmal! Jangan laju sangat." Pesan Mak Long.

Diya menyalami tangan Mak Long. Iqmal mengangguk sahaja dengan pesanan Mak Long dan mengangkat beg Diya untuk dibawa keluar. Namun, dia tiba-tiba ditahan dengan tegahan daripada Diya.

"Eh, tak payah angkat beg saya! Bukan keutamaan awak untuk angkat barang-barang saya. Saya boleh bawa sendirilah." Ujar Diya sambil mengambil bagasi dan begnya daripada tangan Iqmal.

Kecil hati Iqmal apabila Diya berkata begitu. Dia sekadar memandang Diya memasukkan beg-begnya ke dalam bonet kereta. Beg itu berat. Jelas berkerut dahi Diya apabila cuba mengangkat bagasi besar itu. Tapi Iqmal boleh buat apa? Diya merajuk.

Dan bila Diya merajuk, memang jadi degillah dia.

Setelah semua bagasi dimasukkan ke dalam perut kereta, Iqmal menghidupkan enjin kereta. Destinasi perjalanan ke Langkawi menjadi pilihan Iqmal sempena bulan madu kali pertama dengan Diya. Dan untuk menjadi pemujuk hati Diya ketika di sana. Harapnya pulang nanti Diya sudah sejuk hati dan terima Iqmal seperti sedia kala.

"Diya, awak masih marahkan saya?" Soal Iqmal.

Diya diam membisu dan sekadar memandang ke tingkap luar. Dia menoleh sekejap pada Iqmal.

"Kenapa nak perlu tahu?"

Diya kembali menyambung melihat pemandangan.

Iqmal kecewa. Diya betul-betul dah lain. Dia tak pernah tanya aku dengan soalan macam tu. Semakin bertambah rasa bersalah dalam diri Iqmal.

Iqmal jadi malas mahu bertanya. Dia pula yang rasa nak marah dengan kelakuan Diya yang sebegitu. Sebelum dia pula yang naik angin, Iqmal zip mulut. Biarlah perjalanan yang beribu batu senyap sunyi daripada huru-hara dengan gaduh mulut pula nanti.

Sorry sebab lambat update dan hiatus mode. Minta maaf sangat-sangat... :(

Cinta Yang Pergi [COMPLETED]✔️Where stories live. Discover now