1

36 5 37
                                    

Yoongi memainkan lagu-lagu kegemaran Areum pada sebuah piano kesayangannya. Areum menepuk tangannya sebaik suaminya menghabiskan not-not muzik terakhir.

"Ara... Bila besar nanti main piano macam abah Ara, ya?" Kata Areum kepada roh yang berada di dalam rahimnya.

Yoongi tersenyum bangga melihat Areum gembira dengan bakatnya.

"Terima kasih sebab sokong saya. Saya cinta awak seorang je, Areum," lafaz Yoongi kepada isterinya.

"Hehe, sama-sama..."

Yoongi meninggalkan piano dan mendekati isterinya yang duduk di katil, tidak jauh dengan piano. Dia melabuhkan punggung di sebelah Areum.

"Sini, sandar dekat saya," kata Yoongi.

Areum menyandarkan kepalanya pada bahu Yoongi. Yoongi menggenggam tangan Areum dan mengelus tangan isterinya yang mulus itu.

"Ingat lagi macam mana saya  jatuh cinta dengan awak. Masa tu papa saya anjurkan pertandingan main alat muzik. Pemenang akan main alat muzik di majlis hari lahir saya."

Hati Yoongi berbunga setiap kali Areum menceritakan kembali detik-detik yang mengubah seluruh hidup Yoongi. Daripada seorang yang keras hati kepada seorang yang lebih lembut dan bersyukur.

"Awak menang dan awak mainkan piano di majlis. Saya terus bagitau papa yang saya suka awak, hahaha," sambung Areum sambil gelak geli hati.

"Dan papa awak terus datang pada saya," bisik Yoongi.

"Dan minta awak kahwin dengan saya," balas Areum.

Mereka berdua terus senyap buat beberapa ketika, menggamit kembali kenangan-kenangan lama.

"Saya kejam ke?" Soal Areum secara tiba-tiba.

Yoongi menolak badan Areum perlahan-lahan. Mereka berdua saling bertatapan.

"Apa maksud Areum? Kenapa kejam?"

Areum mengalihkan pandangan sebelum menjelaskan maksud kata-katanya.

"Saya terus minta awak kahwin dengan saya, sedangkan saya tak tahu pasal awak. Mungkin hati awak dah ada pada orang lain waktu tu..."

"Habistu kenapa saya kahwin dengan awak? Sebab saya miskin dan awak kaya? Sebab saya penulis lirik yang tak di kreditkan karyanya???"

"Sampai hati awak bersangka buruk pada saya, Min Yoongi," kata Areum berkecil hati.

Yoongi bangun dengan kasar dan berjalan ke jendela besar. Dia duduk di sofa kecil dan merenung kosong ke luar jendela.

"Siapa Haesoo?"

"Jadi awak dah tahu pasal Haesoo?" Soal Yoongi tanpa menoleh ke belakang.

Areum tersenyum mendengar soalan Yoongi. Dia mendekati Yoongi dan berdiri di belakang kerusi. Bahu Yoongi di urut-urut.

Yoongi melihat biasan isterinya di kaca jendela. Dia jadi sayu melihat isterinya yang sentiasa tenang.

"Awak rasa saya curang?" Soal Yoongi.

"Tak, sebabtu awak berani sebut nama dia. Saya tahu awak tak ada niat... Tapi terus teranglah, siapa Haesoo?"

Yoongi mendongakkan kepalanya. Areum tersenyum dan mengucup lembut wajah suaminya.

"Saya terjumpa dia di sebuah bangunan di mana penggubah lagu jalanan mencuba nasib dan menjual lagu mereka di sana. Dia bernasib malang seperti saya, duit lagu yang di jual tak di bayar penuh. Malah syarikat juga tak kreditkan namanya. Haesoo jadi tak betul dan selalu merayau-rayau dalam bangunan tersebut. Lepas saya kawan dengan dia baru dia berhenti merayau, dan lepak dengan saya," cerita Yoongi dengan jujur.

Areum puas hati dengar alasan Yoongi. Dia percaya pada Yoongi dengan sepenuh hatinya.

Telefon Yoongi bergetar menandakan pesanan masuk.

"Yoongi... Yoongi buat apa? Haesoo ada buat lagu baru. Yoongi nak dengar? Datanglah sini." ㅡHae Soo.

Yoongi meletakkan telefonnya ke atas meja kecil di sisinya. Dia menyandar dan sambung nikmati urutan Areum.

"Haesoo?" Soal Areum.

"Ya," jawab Yoongi sepatah.

"Awak taknak bawa saya jumpa dia?"

"Nanti... Lepas awak lahirkan Ara, okey? Haesoo ni jenis ganas sikit. Mood ikut suka dia je. Saya taknak awak dan anak kita cedera."

"Baik... Malam nanti kita shopping barang-barang Ara, nak?"

"Nak! Saya nak beli anak patung watak-watak Marvel dan Avengers," kata Yoongi dengan teruja.

"Min Yoongi... Anak kita perempuan! Belilah Barbie!"

"Saya nak suruh anak patung tu semua jaga anak kita. Bila ada nyamuk datang kan... Thor pukul nyamuk tu."

"Ish awak ni! Hahaha," kata Areum diiringi gelak tawanya yang manja.

Mereka berdua terus berborak hingga beberapa jam. Angan-angan dan cita-cita besar untuk anaknya menjadi salah satu topik besar mereka berdua. Yoongi dan Areum ingin Ara membesar menjadi seorang yang paling bertuah, kerana di sayangi dan di cintai sepenuhnya.

© Agust D: Cinta atau Simpati?Where stories live. Discover now