BAB 4

182 13 2
                                    

    "Jezlyn, are you okay?" Eh? Tak kan lah "benda" tu boleh bercakap dan kenapa aku rasa aku kenal dengan suara tu. Setelah beberapa saat aku memberanikan diri untuk menoleh kearah belakang. Ceh! Patutlah macam kenal suara tu, rupa rupanya WILDAN yang tepuk bahu aku!

"What are you doing here? Eh kau nak apa dari aku?" Kenapalah mamat ni boleh datang kat sini, aku memang dah lama lupakan kewujudan Wildan Bin Zamri ni. Dulu aku sampai tak makan 4 hari sebab si Wildan ajak aku putus, kena gastrik sampai kena tahan dekat hospital 2 hari. Bila aku kenangkan balik kejadian 5 tahun yang lalu rasa sakit tu boleh datang balik, waktu tu aku bodoh dan angau dengan perasaan cinta sampai aku boleh mencederakan diri sendiri. Aku ingat dengan cara tu Wildan akan kembali kepangkuan aku tapi aku salah hubungan kami yang telah kami pupuk selama 3 tahun berakhir hanya kerana malu akan fizikal aku.

"Im so sorry, saya tak berniat nak buat awak takut. Saya datang sebab i miss you, all these year saya asyik teringat kat awak. Saya betul betul rasa bersalah, dulu saya tak matang sampai boleh lukakan awak. Dah lama saya cari awak, sekarang baru saya jumpa" WOW!! Aku kasi 10 bintang untuk lakonan si Wildan ni. Kalau betul dia cari aku dia akan cuba untuk mesej dan telefon aku sebab number phone yang aku pakai sekarang memang number yang aku guna since 8 tahun yang lalu. Rindu? Rindu tahi kucing lahh!!

"Kau ni memang dah gila eh? X malu ke cari aku? Mana kau tahu aku kerja kat sini? Kau stalk aku? Wow! Aku tak sangka kau sanggup buat benda macam ni?! Dahlah kau pergi balik, aku memang tak ada masa nak layan kau" langkah aku mula terhenti kerana Wildan mencengkam pergelanggan  tangan aku dengan kuat sehinggakan aku tak boleh nak lawan balik. Walaupun aku gemuk dan nampak gagah pada luaran tapi aku jenis yang hati tisu dan cepat mengalah, lagipun aku juga wanita tak boleh nak lawan kekuatan lelaki. Wildan pun sado orangnya.

"Saya minta maaf, tolonglah saya rindu awak" aku meronta ronta dan cuba untuk melepaskan tangan ku darinya.

"Sakitlah!! Lepasskan aku" mohon ku. Entah kenapa air mata ku tiba tiba mengalir, aishhh nampak lemahnya aku!

Tiba tiba datang seorang pemuda kearah kami dan dia segera menumbuk Wildan dan akhirnya aku terlepas dari Wildan. Wildan kelihatan sangat tidak puas hati akan tindakkan lelaki tersebut. Bukan Wildan saja yang terkejut aku pun terkejut dengan tindakkan pemuda tersebut. Aku rasa macam pernah nampak muka pemuda tersebut tapi aku lupa dekat mana.

"Kau siapa bro?! Kau jangan nak masuk campur urusan aku" Sergah Wildan.

"Aku tunang dia! kenapa kau buat tunang aku macam tu? kau pergi berambus sekarang sebelum aku telefon polis" ugut pemuda tersebut. Wildan tersengih dan mula meninggalkan kami disitu.

"Terima kasih encik" ucapku ringkas

"Sama sama" itu saja yang dia balas, pemuda tersebut terus meninggalkan aku sendiri disitu. Tanpa melengahkan masa aku terus masuk kedalam kereta dan beredar dengan cepat. Aku mencuba untuk ingat kembali dimana aku pernah lihat wajah pemuda yang selamatkan aku. Alhamdulillah Allah kirimkan seseorang untuk selamatkan aku, aku sangat sangat bersyukur. Sampai sahaja aku dirumah, aku menceritakan kejadian tadi kepada Helina. Helina kalau aku sebut saja nama Wildan dia terus mengamuk dan membebel alahaii sebab tu lah aku sayang sangat dekat Helina. Dialah kawan aku dunia akhirat.

Setelah selesai solat isya aku mengambil telefon bimbit ku dan melihat ada satu pesanan ringkas dari nombor yang sama yang mesej aku siang tadi.

"See you soon" uishhh creepy betul, aku mengambil keputusan untuk "block" nombor tersebut kerana dengan cara tersebut orang tu tak akan ganggu aku lagi.

Keesokkan harinya, aku pergi lagi ke office Tengku Shahril Adnan untuk berjumpa dengan dia. Miss mary tak habis habis ingatkan aku untuk jumpa boss baru kami. Aku memang tak pernah tengok muka Tengku tu kalau nama tu aku tahu lah itu pun aku dapat tahu dari Helina. Helina cakap Tengku Shahril Adnan ni muka dia macam pelakon korea, tapi aku mana minat korean drama ke kpop ke sebab benda benda macam ni hanya melalaikan manusia. Nasib baik aku bukan jenis yang terikut dengan trend.

"Lyn.. Tengku suruh kau masuk" kata Tya kepada aku. Entah kenapa aku rasa bedebar dan gelisah bila nak masuk ke dalam office Tengku Shahril. Sebelum ni aku mana reti nak bedebar ke gelisah ke kalau nak jumpa dengan orang. Aku membaca doa sebelum masuk kedalam office Tengku Shahril. Aku ketuk pintu dan masuk bila ketukan aku di sahut dengan "masuk". Aku masuk dengan perlahan lahan, bila masuk aku lihat Tengku Shahril duduk dikerusinya tapi aku tak boleh nak tengok muka dia sebab kedudukan kerusinya membelakangi aku.

"Mary ada cakap dekat saya yang awak ni kiranya wakil untuk department awak" Aku hanya mengiyakan soalannya.

"Jezlyn Armanda Binti Jason Lee, sedap nama awak" aku terpinga setelah mendapat pujian secara tiba tiba.

"Ter...." Belum sempat aku nak habis ucapkan terima kasih, Tengku Shahril memusingkan kerusinya dan kami bertentangan mata. Aku sangat sangat terkesima kerana rupa rupanya Tengku Shahril Adnan Bin Tengku Hamzah adalah pemuda yang selamatkan aku dari Wildan semalam, kebetulan apakah ini? Malunya aku! Kalau aku tahu pemuda semalam ialah Tengku Shahril tak mungkinlah aku nak pegang tangan dia. Disebabkan kekecohan semalam aku tidak sengaja untuk memegang erat tangan Tengku Shahril, dalam masa yang sama aku menangis dihadapan dia! MALUNYA!!!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BIAR AKU MENUNGGUWhere stories live. Discover now