Bab 10

48 4 0
                                    

Makanan yang berada di hadapan Nasrina dijamu dengan penuh selera dengan tidak sewenang wenangnya Izzlyna pulang dengan membawa beberapa bungkus plastik yang berisi dengan kuih muih .

"Oi, makan KFC nampak tadi aku baru keluar kejap sepat kau makan KFC kan?" Soal Izzlyna.

"Alah kau ni ada orang bagi aku lah , ada budak food Panda bagi cakap ada orang oderkan dan dah bayar sekali" balas Nasrina.

"Heh untung ler. "Kata Izzlyna sambil duduk bersebelahan Nasrina yang sedang makan . Izzlyna melihat kepada Nasrina.

"Meh ler makan aku nie tak kejam lagi nak kongsi dengan member sendiri" kata Nasrina sambil memberikan dua ketul ayam goreng kepada Izzlyna. Dan mereka pun menikmati makanan makanan itu.

Beberapa jam kemudian...

"Assalamualaikum , Lyna , Rin aku dah balik" kata Izfina sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam apartment mereka.

"Waalaikumussalam , lambat kau balik pukul 3 dah ni dah solat belum?" Soal Izzlyna.

"Belum , nak pergi mandilah ni lepas tuh solat" balas Izfina.

"Okay , okay " kata Izzlyna.

"Kau dah makan belum?" Soal Nasrina.

"Belum , lapar jugak ni" balas Izfina .

"Ha okay , okay nanti lepas kau mandi , solat keluar aku masak me goreng untuk kau kalau kau nak ada lagi seketul ayam goreng lagi aku simpan untuk kau and ada jugak kuih - kuih " balas Nasrina.

"Okay thanks aku pergi mandi dulu" kata Izfina sambil melangkah masuk ke dalam biliknya.

'untungnya aku ada kawan kawan yang ambik tahu pasal aku ni , alhamdulillah' kata Izfina di dalam hati.

Nasrina terus pergi ke dapur dan mula menyediakan bahan bahan untuk memasak . Semasa dia memasak dia mendengar bunyi daripada telefon bimbitnya. Sebuah mesej baru sahaja diterima olehnya Nasrina membaca mesej itu dengan teliti.

Aku harap kau dah sedia nak bertemu dengan ajal kau!

Nasrina terkejut dengan mesej yang diterima olehnya kali ini dia tidak boleh berdiam diri dia menaip ...

Aku tak takut kalau kau nak kan aku datanglah tapi jangan sesekali kau cuba untuk sentuh orang orang yang aku sayang !!

Dia menghantar mesej itu lalu membiarkan telefonnya dan sambung memasak untuk kawan kawannya.

Makanan sudah terhidang di atas meja Izfina keluar daripada biliknya dan terus ke dapur.

"Wah sedapnya korang makanlah sekali jom" kata Izfina.

"Tak pe , kau makan je kitaorang dah makan tadi " balas Izzlyna.

Sementara itu Nasrina kelihatan semakin gelisah akan apa apa yang mungkin berlaku kepada keluarga dan rakannya.

"Rin?? Kau okay?" Soal Izzlyna.

"Yelah Rin kenapa ni?" Soal Izfina pula.

"Aku dapat mesej tu lagi kali ni , dia cakap aku akan berjumpa dengan ajal aku" kata Nasrina.

Mata kedua dua kawannya membulat dan sangat terkejut sementara mata Nasrina sudah mula dibanjiri dengan air mata.

"Wei jangan nangis wei , tak ada apa akan berlaku dekat kau kita orang ada" kata Izfina yang terus bangun dari duduknya dengan niat ingin mengisi perut terus pergi ke Nasrina dan memeluk sahabatnya itu.

"Yelah , Rin kau jangan macam ni kau kene kuat sebab ajal , maut semua Allah yang takdirkan dan bukannya manusia, manusia bukan malaikat maut yang mencabut nyawa" balas Izzlyna.

"Dah , dah kau jangan macam ni okay?" Kata Izfina cuba menenangkan fikiran kawannya itu.

"And yeah aku dah jumpa orang yang boleh tau siapa punya angkara semua ni" tambah Izfina.

"Betul ke?" Soal Nasrina dalam nada yang sedih.

"Yes , Khairil, dia boleh tolong kita" balas Izfina.

"Alhamdulillah ada juga orang boleh tolong kita" balas Nasrina.

"So sekarang kita bertenang je okay?" Soal Izfina.

"Okay" balas Nasrina.

Afrin pov

"Wey khai kenape kau lambat balik hari ni ? Tak bagi tahu apa apa pun terus lesap" soal Afrin.

"Owh aku pergi tolong Izfina tadi fasal kawan dia Nasrina" balas Khairil.

"Haa Nasrina kenapa dengan dia?" Soal Afrin.

"Sebab Nasrina tu ada someone hantar mesej ugutan nak bunuh dia kalau dia dekat dengan kau" balas Khairil.

"Haa dekat dengan aku?" Soal Afrin.

"Ye aku rasa orang yang ugut Nasrina ni tahu kau suka Nasrina tu" balas Khairil.

"Sapa je yang tau aku suka Nasrina selain korang berdua?" Soal Afrin.

"I don't know" balas Khairil.

"Okey tak pe nanti kalau kau dah siap hack number tu bagi aku biar aku yang setel kan masalah yang lain" kata Afrin.

'walau macam mana pun tak ada sapa sapa pun yang boleh sakitkan Nasrina aku' kata Afrin di dalam hati.

End Afrin pov

Hatiku Milikmu Seorang [Completed]Where stories live. Discover now