Bab 11

52 2 0
                                    

Keesokkan harinya...

Mereka bertiga bersarapan bersama sama .

"Wei korang , hari ni aku keluar tau" kata Izfina.

"Keluar ? Dengan ?" Soal Izzlyna.

"Dengan Khairil" balas Izfina.

"Wah aku pula dengan Afrin , Lyna dengan Fauzan , triple date Ulala" usik Nasrina.

"Erh , bodoh kau yang pergi janji dengan si Fauzan tuh kau lah pergi" kata Izzlyna.

"Mana boleh aku dengan Afrin bukan Fauzan" balas Nasrina.

"Hahaha korang ni aku nak pergi siap dulu kejap lagi Khai datang aku tak siap lagi" kata Izfina sambil bangun dari duduknya dan pergi ke arah biliknya.

"Me too kejap lagi malaun tu datang habis aku" kata Izzlyna.

Sementara Nasrina masih menikmati makanan paginya.

Setelah jam menunjukkan pukul 9.23 minit pagi pintu rumah apartment mereka diketuk .

"Assalamualaikum " kata seseorang dari luar .

Izfina pergi ke arah pintu dan membuka pintu kelihatan dua orang lelaki sedang berada dihadapan rumah mereka.

"Awak dah siap ? Jom" soal Khairil.

"Dah jom" balas Izfina.

"Erm Lyna mana? " Soal Fauzan.

"Owh kejap , kejap ... Lyna!! Fauzan dah sampai" kata Izfina.

"Alah yelah yelah kejap" kata Izzlyna.

"Bye korang have a nice date!" Jerit Nasrina dari dalam rumah sambil melihat kedua dua kawannya berlalu pergi.

Sudah hampir pukul 10 Nasrina masih menunggu kedatangan Afrin yang ingin menjemputnya. Tiba tiba telefon bimbitnya berdering dengan nombor telefon yang tidak dikenalinya.

"Hello?" Soal Nasrina.

"Ni aku Afrin turun bawah sekarang" kata Afrin dengan nada dingin dan terus menamatkan panggilan.

'kenapa dia tak jemput aku dari rumah?' soal Nasrina dalam hati.

Kemudian dia bergegas ke bawah apartmennya.

Dia melihat Afrin sedang bersandar pada sebuah kereta dengan memakai hoodie berwarna hitam dan seluar jeans kelabu .

"Hai" kata Nasrina.

"Dah masuk" kata Afrin .

'kenapa dengan dia ni?' kata Nasrina dalam hati dan terus masuk ke dalam perut kereta.

"Kita nak pergi mana?" Soal Nasrina.

"Ikut je nanti kau tahu lah" balas Afrin.

"Okay" dengan nada yang sudah mula kedengaran sedih.

'kenapa dia layan aku macam ni ? Aku tengok Khai, Fauzan baik je layan kawan kawan aku kenapa dia layan aku macam ni?" Kata Nasrina dalam hati. Hati kecilnya sudah mula berasa sedih sudah lama perasaan sedih ini tidak datang kepadanya hari ini ia sudah kembali semula.

Setelah 40 minit mereka berada di dalam kereta akhirnya mereka tiba di destinasi mereka . Mereka berada di shopping mall .
Setelah Afrin selesai meletakkan kereta di tempatnya.

"Dah jom keluar " kata Afrin.

"Okay " balas Nasrina sambil keluar dari perut kereta.

Afrin sudah berlalu pergi dan Nasrina mengekori langkah Afrin .

Nasrina hanya berdiam diri dia tidak mahu bercakap apa apa kerana dia takut apabila dia bercakap dia hanya menyakitkan hati Afrin.

"Jom pergi shopping" kata Afrin .

"Tapi nak buat apa tak payah lah" balas Nasrina.

"Jom" kata Afrin sambil terus menuju masuk ke kedai kasut Vans.
Nasrina hanya mengekori.

"Kau beli lah kasut apa kau nak" kata Afrin.

"Tak payahlah saya dah ada banyak kasut kat rumah" balas Nasrina.

"Beli je " kata Afrin dan Nasrina terus memilih sepasang kasut berwarna hitam kerana tidak mahu mengingkari arahan Afrin . Dan Afrin terus membayar kasut itu dan pergi masuk ke kedai kedai lain . Dia membelikan pelbagai barang barangan baru untuk Nasrina juga sebuah telefon bimbit yang baru dengan nombor baru kerana Afrin sudah tahu akan masalah yang dihadapi oleh Nasrina .

Setelah 2 jam mereka membeli belah mereka makan di restoran sebelum mereka pulang .

Kelihatan tiada langsung kegembiraan yang terpancar di wajah Nasrina pada masa itu . Tetapi Nasrina menguatkan hatinya dan berkata ...

"Terima kasih sebab belikan saya semua ni , maaf kalau saya menyusahkan awak" kata Nasrina.

"Menyusahkan ? Bukan ni ke yang perempuan nak ? Barang barang cantik , duit dan macam macam lagi " balas Afrin .

"Awak, awak nak cakap saya ni macam mata duitan ke? Golddigger? Macam tu ? Awak tak semua perempuan mata duitan awak jangan senang senang nak cakap saya macam tu . Saya tak nak semua ni kalau macam tu lah apa yang awak fikirkan fasal saya tak apa awak ambil balik semua barang awak ni saya balik naik grab jangan cari saya" kata Nasrina sambil meninggalkan Afrin seorang diri di restoran itu dan berlalu pergi dari Mall itu.

'sampai hati dia samakan aku dengan perempuan perempuan lain dekat luar sana , aku bukan macam tu lah !" Kata Nasrina didalam hati air matanya sudah mula membasahi pipinya dan dia terus berlalu pulang ke rumah .

Setelah tiba di apartment dia terus berlalu pergi kedalam biliknya dan mengurungkan diri sehingga kawan kawannya pulang dia masih lagi berkurung di dalam biliknya.

"Rin kau kenapa ni? , Kau okay tak? Ada orang nak jumpa kau nie" kata Izfina.

Tiada sahutan.

"Rin Afrin nak jumpa kau ni" kata Izfina lagi.

"Dia nak apa lagi tak cukup ke dengan apa yang dia dah cakap dekat aku datang sini nak apa lagi ? Balik lah!! " Kata Nasrina dengan nada yang marah .

"Hermm Afrin aku rasa lebih baik kita balik , Nasrina tak nak jumpa kau tuh " kata Khairil.

"Tapi aku tak tau apa aku buat ?" Balas Afrin.

"Dah lah korang balik dulu " kata Izzlyna.

"Okay, nanti barang barang ni bagi dekat Nasrina" kata Afrin sambil memberikan barang barang yang dibeli olehnya tadi beraama kepada Izzlyna.

Dan mereka berlalu pergi.

Afrin pov

Semasa perjalanan pulang ke rumah mereka .

"Bro apa kau cakap dekat Nasrina tadi?" Soal Fauzan .

"Aku cakap benda yang betul dia cakap dia tak nak menyusahkan aku sebab beli dia banyak barang , bukan tu ke perempuan zaman sekarang nak duit , barang barang lawa , salah ke apa aku ckp ?" Soal Afrin pula.

"Bro kau dah silap ni tak kesemua perempuan gilakan harta dan cintakan seseorang hanya kerana segala pemberian. Perempuan ni kita kene tunjuk kat diorang yang kita sirius dengan diorang beri diorang attention yang cukup , jaga hati dia , kita kene lemah lembut dengan diorang . Ni tak kau nak cakap yang dorang semua gilakan duit ye .. memang ada perempuan macam tu tapi tak kesemuanya bro kau kene tahu tuh " balas Fauzan .

"Yeah bro nanti kalau Nasrina dah betul betul benci kau sebab ni tak ada sapa sapa yang boleh tolong kau so kalau kau sayang dia , cintakan dia , jaga dia elok elok . Kau jangan terlampau keras dengan dia, perempuan ni cepat terasa kau kena faham" sambung Khairil.

"Okay aku akan cuba" balas Afrin.

' maafkan aku Nasrina aku akan cuba jadi yang terbaik untuk kau , aku janji "kata Afrin didalam hati .

End Afrin pov

Hatiku Milikmu Seorang [Completed]Where stories live. Discover now