Bab 5

63 4 0
                                    

Keesokkan harinya..

izfina melangkah keluar dari biliknya pada pukul 6.04 pagi setelah dia selesai menunaikan solat subuh . Dia melangkah ke dapur dan mula melakukan rutin hariannya dengan menyiapkan sarapan pagi untuk mereka bertiga . Hari ini dia memasak roti bakar dan menggoreng sedikit nugget ayam dan sosej untuk sarapan pagi .

Setelah dia menyiapkan makanan pagi dia pergi ke biliknya untuk bersiap - siap ke kolej . Kemudian dia masuk ke bilik Nasrina untuk mengejutkannya daripada tidur .

"Rin bangun" kata izfina.

Kemudian Nasrina bangun dengan keadaan seperti orang yang kelihatan tidak cukup tidur .

"Rin kau tidur ke tak semalam?" Soal izfina.

"Kol 4 aku tidur semalam , tak dapat tidur lah" balas Nasrina.

"Haih dah cepat siap lepas tuh sarapan aku nak kejutkan Lyna pulak" kata izfina.

"Okay" balas Nasrina.

Kemudian Nasrina terus mencapai tuala mandinya dan pergi ke bilik mandi .

Setelah mereka bertiga bersarapan .

"Wey Rin kau okay Tak ? " Soal izzlyna.

"Okay je" balas Nasrina.

"Yeke ? Kau tak cukup tidur sebab hal semalam ke? " Soal izfina.

"Herm ... Haah" balas Nasrina.

"Haih apa kita nak buat ehh ?" Soal izzlyna.

"Macam nie kau jangan dekat dengan afrin okay?" Cadang izfina.

"Aku tak dekat dengan dia pun kenapa orang tuh nak ugut aku?" Kata Nasrina.

"Maybe ada sebab - sebab yang tertentu? Tak pe buat masa nie kau jaga diri elok - elok apa apa bagitau kiteorang kalau makin teruk kita report polis, okey?" Kata izfina.

"Herm okey" balas Nasrina.

"Dah jom pergi kolej" kata izfina.

Mereka keluar dari pada aparment mereka, pergi ke kereta mereka dan menuju ke kolej mereka.

Setelah tiba di kolej mereka.

"Okey lah korang aku nak pergi library sebab kelas aku start lambat lagi" kata Nasrina.

"Okey aku nak kene pergi dulu nie , apa apa roger and tengah hari lunch like usually okey? See yaa" kata izzlyna

"Aku pun gerak dulu , take care auu bye" kata izfina.

"Byee" balas Nasrina.

Nasrina memulakkan langkahnya menuju ke perpustakaan.

Izfina pov

' haih malas betul lah nak pergi kelas awal - awal nie aku teman Rin dekat library kan okey' rungut izfina di dalam hati .

Semasa izfina berjalan dengan tiba - tiba ada seseorang melanggarnya dari arah depan sehingga buku - buku yang dibawa oleh nya tadi terjatuh ke atas lantai.

"Oh my gosh... Sorry , sorry I'm so sorry , I didn't means to ..." Kata - kat lelaki itu terhenti apabila melihat wajah izfina.

Izfina dan lelaki itu bertentangan mata beberapa saat bagaikan masa terhenti dan hanya mereka berdua sahaja disitu . Apabila izfina menyedari tentang itu dia segera menoleh ke arah bertentangan bagi mengelakkan terjadinya zina mata. Rupa rupanya lelaki itu ialah Khairil.

Hatiku Milikmu Seorang [Completed]Where stories live. Discover now