"Weyh lisa harini aku tidur lain eh hehe"
"Haa nak tidur bilik sape tinggal aku sorang uhh"
"Alaa kau ni aku hari-hari dah tidur dengan kau sebelah katil plak tu haa"
"Yelahhh kau tidur mane ?" Mengeluh Lisa
"Aku tidur dekat bilik Anith" Jawab Ida
"Wow hahaha yelah pergi lah sejak-sejak ade scandal pantang tak jumpa mesti cari jalan nak jumpa"
"He he biar lah.. takpelah aku gerak dulu ape-ape kau cari aku kat sane.. nak chat sebelum tidur pon boleh" Ida mengenyit mata gedik ke arah Lisa lalu beredar dari situ.
Tokk tokk tokk....
"Sape plak datang malam-malam ni nak kata Fiza dia dah berambus awal dulu pergi tidur bilik lain" Keluh Anith yang bangun dari katil tengah lali kerana sudah masuk waktu tidurnya.
Anith buka pintu..
"Haii!!!!" Ida menyapa begitu bersemangat.
Mata Anith terus celik dengan luas
'Weyh budak ni datang aduh cantiknye malam-malam dia ni' berkata anith dalam hati sambil mata melihat susuk tubuh Ida yang seksi walaupon pakaian nya masih menutup susuk tubuh tersebut."Aku kacau kau tidur ke Anith ? Weyh sorry lambat jangan marah aku"
"Aku ingat kau tak datang tu yang aku baring je tapi tak tidur lagi.. dah jom lah masuk buat ape lagi duk luar nanti nyamuk gigit aku tak bertanggungjawab haa" Jelas Anith panjang lebar.
Ida masuk lalu dia membuka seluar dia bertukar menjadi short pants manakala sweater yang dipakai nya di buka. Terbeliak biji mata Anith tengok baju Ida. Nampak biasa tapi bila dipakaikan pada tubuh Ida ia kelihatan seksi sekali.
"Kau dah kenape buang tabiat ke nak goda aku ke haa ?" Anith pura-pura tanya biarpon suka.
"Eh memang pakaian tidur aku macam ni lah kenape salah ke kalau ye pon aku nak goda kau hahahaha dalam chat kau main ayat sweet.. pick up line semua tu.. ape dia ? Bukan goda ke nama dia haa hahahaha" Ulas Ida panjang lebar sambil gerak geri tubuh nya ke kiri ke kanan seperti hendak menggoda Anith
"Yang tu aku saje je kau ni" Telinga Anith sudah kebas menahan malu dek kerana kata-kata Ida.
"Dah laa jom tidur banyak cakap ni aku cium nanti baru tahu haa" Cepat-cepat Ida pergi sebelah Anith
"Berani sangat cium orang" Anith terdiam apabila satu bibir lembut singgah pada bibir nya membuatkan dia terkejut.
"Weyh ! ape kau buat ni" Anith mengelap bibir nya ini dan toleh ke arah lain. Muka merah kebas tahan malu semua ade.
"Tu laa ingat aku tak berani ke haa mulut jangan cakap main sedap eh aku boleh buat lebih dari tu"
"Erhh psycho laa perempuan ni.. ingat aku tak berani ke haa" geram Anith lalu menerkam bibir Ida kembali. Ida terkejut dengan perbuatan anith. Anith cepat-cepat merangkul pinggang Ida.
Terdengar bunyi desahan dari Ida. Selepas beberapa minit Anith melepaskan ciuman mereka Anith terus tertidur dek kerana terlampau penat. Ida merenung Anith.
'Aku suka dia ke hmm Anith' keluh Ida dalam hati sambil merenung muka Anith. 'Ape lah yang dia buat siang tadi sampai penat sangat'
Pada waktu malam Anith terjaga dengan pantas dia menarik Ida dalam pelukkan nya sambil berbisik
'Aku sayang kau Daa, jangan tinggal aku' sambil mencium umbun-umbun Ida.
Ida tidak menyedari dek kerana dia tidur mati. Kalau bunyi bom pon confirm tak bangun.
YOU ARE READING
Cute but 'DEVILISH' inside (gxg)
RomanceSatu persahabatan yang terjalin bertukar menjadi cinta. "Berani sangat cium orang" Anith terdiam apabila satu bibir lembut singgah pada bibir nya membuatkan dia terkejut. "Weyh ! ape kau buat ni" Anith mengelap bibir nya ini dan toleh ke arah lain...