Part 1

66 4 0
                                        

Yeah you makin' me a girl with love💕

Yo! Wassup guys...nama aku Kim Sofea. Seorang anak yatim piatu yang tinggal di...hospital?¿ Ye...H.O.S.P.I.T.A.L😎. Aku berusia 20 tahun.

Mesti korang ingat aku gila kan? Bukan gila ya sis² sekalian...aku kemalangan. 2 bulan yang lepas.

Doktor ada cakap mamat yang selamatkan aku tu namanya,Kim Seokjin. Siap bayarkan bil dan kos pembedahan lagi. Waitt...jap,pembedahan????!!😱 OMG!!!! Ya,aku terpaksa membuang beberapa urat di kaki ku yang sudah habis dilenyek dengan sebuah lori. Hmm,bahenol!!! Langgar lari pula tu,2x bahenol🤣

Awalnya aku ingat dia yang langgar aku. Tapi,rupa-rupanya dia lah yang telah menyelamatkan aku ya wahai pembaca!😍 Oh no,he save my life....(tau ....BI aku teruk).

Mana dia? Entah. Lepas dia hantar aku dan setelkan apa yang patut...dia terus hilang. Nak kata misteri...ni bukan Hotel Del Luna. Aku just nak ucap terima kasih je. Kau tahu tak pembedahan dan bil hospital ni mahal! Maklumlah,ekonomi dah berubah....mujur ada mamat ni,kalau tak.....celah mana aku nak sekup duit? Tetiba teringat Go Go

Aku nak cari dia. Tapi sebelum tu aku kena keluar dulu dari neraka ni. Ups! Tak,hospital ni bau busuk. Bukan busuk apa,tapi bau ubat dia tu buat aku rasa loya.

Makanan pun tak sedap (tapi taklah seteruk yang aku dan Soobin pernah makan). Sofea,sila bersyukur! Dahlah kos semua orang tanggung,dasar!

Bersyukur Sofea. BERSYUKUR! B to the E to the R to the S to the Y,U to the K to the U and R!

"Selamat pagi Sofea"

Pagi-pagi dah dengar suara abe Gucci. Uhuk! Abe Tae. Doktor V? Doktor kesukaanku.

"Yo! Selamat pagi doktor"

Dah 2 bulan aku dok menghadap muka doktor ni je. Hensem dan baik orangnya,tapi tak kahwin-kahwin. Kahwin dengan saya jelah doktor. Hekhekhek...

"So,macam mana kaki awak? Dah boleh gerak?"

"Mestilah boleh,cuma jalan tu tak betul lagi lerrr"

"Memanglah tak betul,mana ada orang sakit terus baik Sofea oiii. Ishhh...."

Comelnya doktor marah. Lagi best kalau duduk sini selama 100 tahun lagi.

Lepas check kaki aku,dia pun ambil pen birunya lalu memasukkannya ke dalam poket kot doktor dia tu hah. Lepas dah isi maklumat,terus blah.

Aku rasa macam princess kat sini. Yela,semua orang layan aku dengan baik. Macam keluarga dah aku anggap diorang. Tetiba rindu pulak kat Soobin dan Yeonjun. Apalah yang diorang tengah buat sekarang? Tapi aku tak tenang selagi tak jumpa si mamat Jin tu.

Kenapa dia tak tunggu aku sedar. Ni tak,dah 2 bulan kat sini satu ucapan 'terima kasih' aku kat dia pun tak dapat lagi. Wahai jejaka Kim Seokjin,kau gimana hah?!

🌺🌺🌺🌺🌺

Aku berjalan masuk ke dalam bilik aku. Eh,doktor V pun ada tengah tunggu sebelah katil. Kat sebelah dia ada lagi 2 orang nurse @ cousin si doktor ni.

Macam biasa,kalau dia datang bilik aku just untuk check kaki aku ni. Kenapa tak checknya aku sekali?¿

"Dia ni merayap je kerja. Macam lipas kudung! Kaki tu bukannya elok sangat pun"

Alololo.....daddy Yeontan ni dah marah lagi lahhh.

Bebel apa doktor? Dah memang rutin aku gi jenguk Park Jihyo dengan Park Chaeyoung...lagipun diorang tua 3 tahun dari aku...kesian,3 minggu lepas diorang sama-sama terjatuh waktu acara lumba lari. Atlet weyyhhh...jangan memain. Aku takde kawan,so kitorang bi memang rapat gila ii.

Aku hilang parents aku waktu umur aku 16 tahun. Bagi aku,umur macam tu pun still boleh lagi handle perkara-perkara lain. So,aku dengan dua orang adik kembar aku : Soobin dan Yeonjun menumpang teduh kat  lorong sebelah KLCC.

"Suka hatilah"

Aku duduk atas katil sambil silangkan tangan. Doktor V hanya gelak je tengok aku buat perangai.

"Doktor"

Panggil aku perlahan.

"Yes,kenapa"

Soalnya sambil matanya tertumpu pada helaian kertas tersebut.

"Eee...doktor. Pandanglah muka saya yang comel ni"

"Ha,ya apa dia"

Soalnya lagi sambil meletakkan beberapa helai kertas di atas meja sebelah katil aku.

"Orang yang selamatkan saya tu,namanya Kim Seokjin kan?"

Tanya aku tanpa segan silu. Ala...doktor V je kot.

"Haah,jadi?"

"Rupa dia macam mana? Tinggi tak? Handsome tak? Ada iras-iras Jin BTS tak?"

Well,bertubi-tubi soalan aku bagi kat dia. Yelah,dia je saksi yang nampak Jin sumbat aku dalam hospital ni.

"Banyaknya"

Ujarnya sambil memegang kepalanya dan menggeleng-gelengkannya.

"Macam manalah saya nak ingat apa yang terjadi 2 bulan lepas? Ramai pesakit kottt..."

Aku hanya diam dan berfikir. Aku masih ligat meneka rupa Jin dalam fikiran aku. Mesti comel!

"Doktor,Jin tu suka saya kan? Sebab tu dia selamatkan saya"

Hoi bendul. Takkanlah dia nak tinggal kau tengah jalan pulak"

"Hah"

Kurang jelas apa yang dia cakap. Nevermind.

"Esok doktor kejut saya awal tau. Kita borak pasal Kim Seokjin"

Aku terus baring dan menarik selimut sehingga ke leher ku. Tau,pelik cara aku tidur. Kesah apa aku?

"Banyak songeh betul dia ni. Tak habis² pasal Kim Seokjin dia tu"

Ujar doktor V sambil menutup lampu dan langsir bilik aku.
Dia tahu yang aku lebih suka duduk dalam suasana gelap macam ni. Dia tak pernah lupa nak buat camtu.

Dia keluar dari bilik aku. Aku pun cepat² ambil buku nota,pen dan lampu suluh. Sambil tu amu pun meneka rupa Kim Seokjin ni dengan melukis. Ikut lah otak aku fikir apa...







Crush (ft. Kim Seokjin)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang