10

21 4 0
                                    

Wahai hati .. pd pukul 7 : 19 pm .. aku luahkan pd kau .. ape yg terpendam selama ini ..

Mungkin .. ade juga di luar sana yg merasa seperti ape yang aku rasakan .. berasa sedih .. putus asa .. resah .. hilang harapan .. hilang segala keyakinan .. hilang segala kekuatan selama ini .. inilah coretan aynag aku akan coretkan di sini ..

Duhai manusia .. tidakkah engkau berasa kasihan pd diri ini .. yg selalu dimaki , dihina .. dilakukan seperti tidak pernah ade kene mengena dalam hidupmu .. kau mengungkit segala perkara yang telah kau lakukan pd aku selama ini .. dan aku .. ?? Hnya berdiam diri .. dan terus mendiamkan diri .. kau mengungkit telah menjaga aku selama aku sakit .. di waktu 2 , 3 pagi .. berjaga hanya semata - mata untuk menjaga aku .. kau ckp diriku ini hanya menyusahkan kau .. pernah kau fikir ape yg aku rase .. ?? Pernahkah terlintas di fikiran kau yg aku inginkan penyakit .. pernah .. ?? Tidak pernah sekali pon aku meminta utk mndpt penyakit sebegini rupa .. kerana .. aku tahu .. aku hanya akan menyusahkan manusia di sekelililng aku .. tdk pernah terlintas di hatiku ingin menyusahlan hidupmu apatah lagi membebanimu .. jika diberi peluang atau pilihan .. inginku pilih utk mati dari terus hidup .. kerana org yg selama ini menjagaku hanya mahu mengungkit perkara yang telah dilakukan dan dikorbankan demi aku .. dikorbankan dirinya demi untuk menjaga aku .. duhaii manusia .. sejujurnya tdk prnh ku ingin hidup sebegini .. dilahirkan dan dibesarkan dgn cara begini .. tidakkah pernah kau berfikir yg aku sendiri sudah tdk tahan lgi utk meneruskam hidup .. tidakkah pernah kau berfikir yang aku tdk prnh minta utk dilahirkan dan menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran .. " Ya Allah , bantulah hambamu ini .. Hamba yang serba kekurangan dan tdk pernah ingin diuji sebegini rupa .. " .. Wahai manusia .. akan ku kenang setiap pengorbananmu terhadap diriku .. akan ku ingat sampai akhir hayatku setiap perkataan dan cacian yang dilemparkan ke atas diriku .. manusia hanya melihat aku tersenyum dan ketawa di hadapan mereka .. sedangkan ....... aku hanya mampu kelihatan berlagak kuat di siang hari di hadapan semua orang .. manakala di malam hari .. ?? Akulah manusia danhamba yang paling lemah .. cukup lemah .. di malam hari diterangi dengan lampu jalan raya yang menerangi bilik tidurku .. aku menagis kesepian seorang diri .. menanti akan manusia yang akan mengasihani diriku .. mengasihani nasib diriku ini ..yang penuh dengan kekurangan .. akankah mampu aku untuk teruskan perjalanan hidup ini .. ?? Aku tau .. masih jauh .. dan panjang lgi perjalanan hidupku .. namun aku sering merasakan ingin menghentikan langkahku untuk sampai di sini sahaja .. untuk kesekalian kalinya .. ingin ku beritahu bahawa aku sudah hampir putus asa .. namun dengan iringan doa dari sahabat sahabat ku yang sering bersama ku di waktu aku sedang jatuh dan bangun .. aku berjaya dan mampu untuk terus memruskam hidup dan menjalani liku - liku kehidupan ini .. yang penuh dengn pelbagai cabaran dan rintangan .. duhai hati .. bersabarlah engkau .. bertabahlah engkau .. hilangkanlah sifat untuk berputus asa itu dalam diri kau dari ia akan terus merbak ke seluruh hati kau yang akan membuatkan kau mudah dan cepat berputus asa .. yang akan membinasakan diri kau .. simpanlah setiap titisan air mata kau .. jangan biarkan ia terus berguguran membasahi wajah kau .. cukuplah .. cukuplah sampai di sini saja kau mengeluarkan air mata jernih kau keluar dari kelopak mata kau .. aku sendiri tidak mampu untuk melihat guguran titisan air mata jernih yu keluar dari tubir mata ini .. akankah aku punyai peluang kedua untuk aku tidak melukai mana mana pihak .. mana mana insan yang pernah aku bebani dan susahkan mereka .. ?? Akankah aku diberi peluang utk tidak meneruskan hidup lagi di dunia yang penuh dengan macam - macam perkara yang bakal menguji diriku .. ?? Aku sentiasa percaya dengan kata - kata ini .. ' Selepas hujan , pasti munculnya pelangi ' .. namun .. aku sering terfikir dan mula berfikir .. kadang kadang tak semestinya slps hujan pasti ada pelangi .. aku masih tetap percaya bahawa ' Setiap perkara yang berlaku , psti ada hikmahnya ' .. jadi .. aku jug percaya dengan ayat ini ' Selepas derita , pasti bahagia akan muncul ' .. jadi .. aku hanya mengharapkan .. dunia penderitaan ini akan berakhir jua sama ada cepat atau lambat ..

Coretanku ini akhirnya berakhir pada pukul 7 : 46 minit malam .. pada tarikh 27 December 2019 .. dan .. pada hari Jumaat ..



Jadi , itu sajalah coretan aku pada kali ini ..

Sekian ..



- Puteri roses -

































30 . 12 . 2019 .

Life is nothing ..Where stories live. Discover now