PROLOG

56 2 0
                                    

"Pada 16 September 2019, PWTC telah diserang dan dibom oleh sekumpulan pengganas yang tidak dikenali. Polis kini sedang menyiasat dalang - dalang yang dikaitkan dengan serangan tersebut."

"Adik tiri kepada Kim Jong Il, Kim Jong Nam telah dibunuh pada tanggal 13 December 2019. Keputusan forensic menyatakan pembunuh menggunakan agen saraf VX iaitu bahan kimia yang sangat toksik dan beracun. Sehingga kini, tiada berita tentang siapa disebalik dalang pembunuhan Kim Jong Nam," kata pemberita yang menyampaikan berita di saluran TV3.

Malaysia, negara yang aman dan merdeka sejak tahun 1957. Sejak serangan komunis tamat, negara ini terus berkembang maju dan bebas dari peperangan. Namun, perkembangan teknologi yang canggih membuatkan ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan kekayaan. Ada yang kaya secara baik dan ada yang kaya secara melakukan kejahatan. Lebih teruk, ada yang mahu menguasai dunia. Di situlah lahirnya kumpulan pengganas yang akan melakukan apa sahaja untuk menguasai dunia.

M.I.A, Malaysia Intelligence Agency adalah agensi perisikan Malaysia. Tujuan agensi tersebut adalah mengumpul,menganalisi dan menilai data dan maklumat dan juga melakukan tindakan secara rahsia (covert action). Sejak Perdana Menteri ke 4, Tun Dr Mahathir memperkenalkan M.I.A kepada Malaysia, negara kita dapat menghalang serangan dari luar dan dalam negara.

................................................................................................................................................................

"This is Dragon-1. We are in position."

"Dragon-1, this is Bravo. Stand by."

Pasukan Unit Tindakan M.I.A dalam posisi di atas bukit untuk menyerang musuh di sebuah gudang terbiar. Jarak antara bukit dengan gudang hanya 400 meter.

Sementara menunggu arahan, terlihat seorang lelaki muncul di luar gudang diikuti 4 orang lelaki lengkap bersenjata AK-7.

"5 tango at 12. Confirm target, over," kata Kapten Rizal yang mengetuai pasukan Dragon.

Sementara di HQ, pasukan Bravo membuat pengenal pastian musuh. Musuh yang tersenarai dalam Interpol Top 10 Wanted List, Abu Jahal. Dia dikehendaki kerana seludup dadah dan senjata dari luar ke dalam Malaysia dan negara yang lain.

"Dragon-1, target confirmed. Shoot to kill."

Setiap seorang pasukan Dragon akan menyasarkan seorang musuh yang berada di luar gudang.

DUSHH! DUSHH! DUSHHH! DUSHH! DUSHH!

Bunyi 5 das tembakan telah dilepaskan ke arah 4 orang musuh dengan menggunakan Barrett M107A1 dengan attachment suppressor.

"Tango terminated!" kata Kapten Rizal.

Tiba-tiba, terdengar satu das tembakan dilepaskan dari belakang mereka. Tembakan itu terkena pada salah seorang pasukan Dragon di kepala. Selepas itu, muncul sekumpulan musuh menembak mereka menggunakan AK47.

"Man down! Man down! We're heavily under fire! Request backup!"

Tembakan demi tembakan terkena pada pasukan Dragon tanpa sempat melarikan diri dari tempat tersebut. Kesemua ahli pasukan terkorban kecuali Kapten Rizal kerana hanya terkena tembakan di bahu.

Kapten Rizal cuba melarikan diri ke arah gudang sambil memegang kesan tembakan di bahu sementara pasukan bantuan M.I.A datang.

Tiba-tiba, salah seorang dari musuh menembak kaki Kapten Rizal sehingga dia terjatuh dan meraung kesakitan.

Orang itu datang kepada Kapten Rizal dengan menghalakan senjata kearah dia.

"Arghhh! Siapa kau?" tanya Kapten Rizal kepada musuh dengan nada marah.

"Aku takkan bagitahu siapa aku but since I'm going to kill you, I'm going to tell you who I am. I am your biggest nightmare!" kata lelaki itu sambil mengacukan pistol Desert Eagle ke arah kepala Kapten Rizal.

BANG!

................................................................................................................................................................

Intelligence AgencyWhere stories live. Discover now