5 tahun yang lepas...
"Agent X, walau apa pun yang berlaku, kamu harus selesaikan juga biarpun nyawa sendiri melayang. Tunjukkan kesetiaan kamu pada negara!!" kata Chief Operation, Colonel Mirza yang sedang memegang walkie-talkie.
"Baik, tuan." jawab agent X yang menuju ke Hotel Shangri-La yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur.
Sesampai di hotel tersebut, dia terus ke bilik hotel yang telahpun dijadikan sebagai temporary mission base. Dia mengambil pistol jenis Walther P99 yang dilengkapi dengan suppressor sebagai attachment. Sambil menunggu target tiba ke perkarangan hotel, agent X memberi arahan kepada semua ahli pasukannya untuk bersiap sedia.
"X, tango telah tiba di lobby dan sedang menuju ke lif." kata ahli pasukannya yang sedang melihat laptopnya.
Agent X datang mendekati dan melihat skrin laptop itu yang menunjukkan cctv di lobby hotel. Target misi sudah dipastikan, cuma X tidak pasti bilangan bodyguard yang melindungi target. Dia tidak mahu misi ini gagal.
"Miss K, aku perlukan bilangan bodyguard yang ada. Sambil kau tengah goda dia nanti, pastikan bilangan yang betul bodyguard dia. Jangan risau. Kau boleh lakukan. Dia adalah playboy. Jadi, senang untuk pancing."
"Okay, X." jawab Miss K. Sambil menuggu lif, target dihampiri Miss X untuk jalankan tugas misi untuk mengorek maklumat tentang aktiviti pengganas. Pintu lif pun terbuka dan mereka semua masuk ke dalam lif. Terlihat di dalam lif hanya terdapat 4 orang bodyguard yang lengkap bersenjata dan 6 bodyguard menunggu di lobby untuk berjaga.
"Maafkan saya, boleh tolong tekan nombor 15? Thank you." Miss K mulakan permainannya. Target memandang atas bawah Miss K yang memakai dress berwarna merah.
"Hai. Hanya seorang? Alang-alang kita berdua tingkat yang sama, apa kata saya jemput awak datang ke Presidential Suite saya? Mungkin, kita boleh berkenalan. Oh, lupa pula saya. Nama saya Razmi. Nama awak?" sapa target sambil menghulurkan tangannya kepada Miss K.
"Umpan kena," jawab Miss K dalam hati.
"Hai. Saya Katherine. Iya, betul tu. Saya cuma seorang kerana ada urusan kerja di sini. Wah. Awak sewa Presidential Suite? Awak mesti kaya. Boleh juga saya datang. Terima kasih sudi menjemput saya." jawab Miss K sambil mencapai tangan Razmi.
Pintu lif pun terbuka tanda mereka sudah sampai ke tingkat 15. Mereka semua menuju ke arah bilik Razmi yang terletak di hujung koridor hotel. Mereka semua masuk ke dalam bilik tersebut kecuali bodyguard Razmi berjaga di luar bilik hotel.
"Inilah bilik Presidential Suite. Besar dan mewah. Tapi terlalu besar untuk saya seorang. Sebab itulah saya ajak awak untuk teman saya." kata Razmi sambil memimpin Katherine masuk ke dalam bilik.
"Wah. Besarnya. Kesiankan awak keseorangan. Tak apa. Saya disini datang untuk memenuhi kesunyian awak." Miss K yang bermain permainannya.
"Hehehe. Awak sangat sweet dan nakal. Buatkan saya jatuh cinta dengan awak. Hahahaha. Saya hanya bergurau tapi saya sukakan awak. Jadi, awak mahukan minuman apa? Champagne atau red wine?" tanya Razmi.
"Thank you. Champagne pun boleh." jawab Katherine. Razmi yang menyediakan minuman champagne dilihat terliti oleh Katherine termasuklah waktu Razmi memasukkan ubat tidur ke dalam minuman Katherine. Lalu datang Razmi dengan 2 gelas champagne ke ruang tamu dan meletakkan minuman tersebut di atas meja. "Oh, saya mahu ke tandas sebentar. Awak jangan ke mana-mana. Buat seperti rumah sendiri. Hehehe", kata Razmi sebelum pergi ke tandas.
Katherine ambil masa itu dengan menukarkan gelasnya dengan gelas Razmi. 6 minit kemudian, Razmi datang dengan berpakaian t-shirt polo dan seluar slack jeans.
"Maafkan saya kerana lambat. Saya tukar pakaian saya tadi. Kenapa awak tidak minum? Silakan minum. Itulah champagne yang termahal. Jadi, sayang kalau dibiarkan begitu saja. Minumlah. Jangan segan-segan." kata Razmi. Mendengar kata Razmi, Katherine pun ambil gelasnya dan minum minuman itu. Dalam mase 30 saat, kepalanya seperti berat dan pergerakannya seperti kaku. Razmi memandangnya dengan senyuman sambil mengeluarkan pistol. Dia menghampiri Katherine dan mengambil microphone yang terletak di dada dalam baju Katherine.
"Muahahahaha. Agent X ataupun Encik Danial. Kau fikir aku bodoh? Kau fikir aku tak tahu M.I.A sedang target aku? Aku takkan bodoh-bodoh keluar dari persembunyian aku macam itu saja. Kau suka dadah terbaru aku? Ia masih dalam fasa percubaan. Aku anggap agent kau ni sebagai human-testing untuk dadah aku ni. Katty Tan, agent M.I.A yang cantik, lawa dan sexy. Malangnya, aku terpaksa bunuh dia untuk bagi kau amaran supaya jangan berani hampiri aku lagi. Hahahahaha. Say bye." kata Razmi yang memegang mikrofon dan sebelah lagi pistol yang diacukan ke kepala Katherine.
Agent X yang sedar akan situasi itu, dia terus bergegas ke tingkat 15 dari tingkat 7 menggunakan tangga. Bang!! Bunyi tembakan dari pistol suppressor yang ditembak ke kepala Katherine yang boleh didengari melalui mikrofon Katherine. Apabila sampai, presidential suite itu menjadi sunyi dan hanya mayat Katherine yang X nampak terkujur di atas lantai dengan lumuran darah dari kepalanya.
................................................................................................................................................................
Masa kini...
Ahli pasukan Danial sedang set-up tempat disafe house itu dengan peralatan yang canggih. Ia mengambil masa dalam 2 jam untuk jadikan safe house tersebut sebagai temporary mission base.
"Taehyung, boleh kita bercakap di tempat yang privacy sikit?" tanya Danial.
Taehyung tidak berkata apa-apa, lalu dia menunjukkan isyarat untuk mengikutinya ke arah bilik yang kosong di safe house tersebut.
"Jadi, kau adalah solo best-man dari N.I.S. Aku dapat tahu kau buat kerja secara solo. Tapi, aku cuma nak kepastian, kenapa kau decide untuk join misi ini dengan M.I.A? Aku bukan nak menyoal kau punya personaliti tapi, aku cuma nak tahu sama ada orang yang aku berkerja ni boleh dipercayai atau tidak." kata Danial.
Taehyung merenung mata Danial sambil berkata "Aku boleh dipercayai. Aku kerja secara solo kerana aku enjoy membuat kerja tanpa gangguan. Aku decide untuk join operasi ini pun sebab aku tak ada pilihan lain. Aku anggap misi ini akan menjadi pengalaman yang bagus untuk aku tingkatkan skill aku. Kalau kau tiada soalan yang lain, aku minta diri dulu untuk ke HQ N.I.S."
Danial hanya mampu lihat Taehyung berlalu menuju ke arah pintu utama. Dia hanya mampu senyum akan jawapan Taehyung. Selepas beberapa minit di bilik tersebut, Danial lalu keluar untuk membantu ahli kumpulannya untuk set-up tempat itu.
................................................................................................................................................................
YOU ARE READING
Intelligence Agency
ActionDanial, seorang perisik negara yang berkhidmat untuk Malaysia. Namun, pasukan dia telah dikhianati oleh seseorang yang dipercayainya. Saksikan update untuk novel ni! 13 tahun ke atas sahaja!