BAB 2

32 2 6
                                    

Pemandangan tasik di luar rumah dapat menenangkan hati seorang manusia tapi tidaklah kepada manusia yang kejam, yang ingin menguasai dunia. Sambil menghisap cerut buatan Colombia, lelaki itu bercakap seorang diri.

"Abu Jahal, bagus juga kau jadi umpan aku. Nasib baik aku tak sampai awal ke gudang tu sebab aku dah tahu agensi akan serbu tempat tu. Kalau mereka dapat aku, how the fuck will I'm going to conquer the world?"

Tiba-tiba, datang seorang wanita berpakaian seksi membawa telefon yang berdering. Lelaki itu pun melihat telefon itu dan mengambilnya dari tangan wanita tersebut sambil membelai tangan wanita itu. Sebelum wanita itu pergi, lelaki itu sempat menampar punggung wanita itu kerana geram akan punggung yang besar itu.

'Geram aku. Nantilah kau malam nanti,' kata hati lelaki itu. Lalu dia menjawab telefon itu. "Yes hello."

"Tuan, barang istimewa dari Thailand dah sampai." Lalu lelaki itu meletakkan telefon tersebut.

'Akhirnya, dengan device tersebut, aku dapat mengusai dunia,' kata hati lelaki itu sambil mendongak ke langit sambil tersenyum.

"Ayah, akhirnya saya dapat kecapi impian ayah. Saya berjanji saya akan bunuh setiap ketua negara yang membunuh ayah!", teriak lelaki itu dengan nada marah.

................................................................................................................................................................

Kim Jung Suk, seorang lelaki lelahiran Korea-Amerika. Mahir bercakap dalam 20 bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Cina. Anak sulung kepada seorang billionaire yang bertukar menjadi ketua mafia Korea, Kim Yeong Jim. 

Dia ingin menjadi bisnesman yang berjaya tapi kerana perasaan balas dendam, dia ingin membunuh setiap orang yang terlibat dalam hukuman mati ayahnya. Kim Jung Suk mempunyai seorang adik lelaki, Kim Tae Hyung ataupun nama panggilannya, V.

Taehyung seorang petani tapi hakikatnya seorang perisik yang berkerja dibawah National Intelligence Service South Korea, NIS Demi menyimpan rahsia tentang dirinya, Taehyung terpaksa membelot keluarganya ketika ayahnya masih hidup supaya dia dibuang keluarga. Sejak itu, dia menjadi petani sebagai undercover.

Taehyung dalam perjalanan ke HQ NIS untuk lapor diri setelah sebulan bercuti. Setelah lapor diri, Pengarah NIS memanggilnya untuk masuk ke dalam ofis.

"V, in my office!" arahnya, ringkas.

Taehyung membuka pintu untuk masuk ke dalam pejabat Pengarah NIS.  "Tuan, ada apa berjumpa dengan saya?"

"Sebelum itu, macam mana cuti kamu?" tanya pengarah tersebut.

"Semuanya okay tuan. Terima kasih kerana memberi cuti bergaji kepada saya. I really appreciate it," jawab Taehyung.

"Baguslah begitu. Kau layak untuk menerima hadiah sebegitu dari agensi ini. Taehyung, esok akan ada pasukan MIA datang ke sini untuk kerjasama dengan kita untuk selesaikan satu misi penting. Jadi, aku nak kau ambil mereka di Lapangan Terbang Incheon. Kau adalah agent terbaik NIS. Jadi, aku pilih kau untuk selesaikan misi ini bersama MIA."

"Baik tuan!" jawab Taehyung, ringkas.

Setelah keluar dari pejabat pengarah, kawan rapatnya menyapanya.

"Yo, V! How's your holiday man?"

"Hey, Ben! Long time no see! Aku okay je. Kau macam mana? Dengar cerita, kau dah kerja di on-field? Good for you man, good for you," kata Taehyung.

"Oh. Aku pun okay juga. Yes. Aku kerja di lapangan sekarang. No more doing office stuff. Hahahahaha!!!" gelak Ben.

"Ben, aku kena gerak dulu. Ada benda kena settle. Jumpa lagi. Anything, just give me a call. Kita boleh meluangkan masa dengan soju. Drinks on me."

"Okay dude. Anytime, man, anytime."

Mereka berdua berjalan melawan arah masing-masing. 

Ben adalah rakan sekerja Taehyung ketika dulu. Mereka berdua diterima ke NIS pada hari yang sama tahun yang sama. Disebabkan itu, mereka menjadi rakan sekerja sehinggalah satu peristiwa yang membuat mereka berdua berpisah.

Taehyung berjalan menuju ke cafe di dalam NIS. Dia memesan 1 hot chocolate memandangkan Korea Selatan dilanda musim sejuk. Tidak lama lagi, mereka akan menyambut krismas.

Sambil menghirup minumannya, Taehyung termenung jauh teringatkan peristiwa pahitnya ketika menjalankan misinya yang dahulu. Dia tidak dapat melupakan apa yang terjadi. Sejak peristiwa itu, dia tidak dapat memaafkan dirinya sendiri sedangkan agent-agent dalam NIS tahu itu bukanlah silapnya. Disebabkan bergelumang dengan kesedihan dan rasa bersalah akan peristiwa itu, Taehyung berlatih setiap hari setiap masa untuk menjadi yang terbaik supaya sejarah lama tidak berulang.

................................................................................................................................................................

Intelligence AgencyWhere stories live. Discover now