| Love Service |
Seperti yang bidadara Kim janjikan , dia mendukung Lee Jung dari rumah mewah gadis itu sampailah ke pantai .
" Turunkan aku , Tae . " Pinta Jung perlahan . Dengan gerak lemah dia turun dari belakang tubuh bidadara Kim sebaik lelaki itu membongkokkan tubuhnya .
Kakinya dibiar tidak tersarung selipar . Kakinya direndam ke dalam air laut yang datang membasahi kakinya .
Sejuk .
Mungkin ini kali terakhir dia dapat merasa sejuknya air laut . Memandangkan kanser usus yang dia hidap semakin teruk . Menandakan waktunya sudah tidak lama lagi .
" Jung , aku dah tahu apa hajat sebenar kau . Selain daripada mahu ada peneman kau ada satu lagi hajat , kan ? " Soalan daripada bidadara kacak itu menyentakkan Lee Jung .
Macam mana dia tahu ?
" Macam mana aku tahu , itu tak penting . Sekarang , aku bukan saja diutuskan untuk beri service cinta kepada kau . Aku juga perlu makbulkan hajat terakhir kau . "
" Seperti apa yang kau hajatkan , aku bidadara Kim akan kahwin dengan kau bidadari bumi Lee Jung . " Pinggang ramping gadis itu dirangkul seraya menarik rapat tubuh kecil itu melekap pada tubuhnya .
Jung tersentak . Ya , itu memang hasrat terakhirnya . Kalau boleh dia mahu merasa perasaan bahagianya ketika berkahwin itu sebelum dijemput malaikat maut .
" Jung , kita kahwin ya ? "
+
YOU ARE READING
Love Service - kth [ C ]
Fantasy" 𝓘𝓼 𝓽𝓱𝓮𝓻𝓮 𝓪𝓷𝔂𝓽𝓱𝓲𝓷𝓰 𝔂𝓸𝓾 𝓷𝓮𝓮𝓭 𝓯𝓻𝓸𝓶 𝓶𝓮 , 𝓼𝔀𝓮𝓮𝓽𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 ? " A Kim Taehyung Short Story . 30 Dec 2019 [ C ]