"Eiii...bosannya! Habis kelas saja dah duduk terperuk dalam bilik! Macam manalah aku boleh belajar di ceruk hutan ni!" aku membebel, bercakap kepada diri sendiri.
Masuk sahaja bilik asrama, badan rasa melayang. Beg kuliah aku letak dihujung katil dua tingkat itu. Lalu, aku hempas badan di atas tilam. Terus terlentang. Nikmatnya...sebab baru balik dari kelas sesi petang.
Kepala aku landing betul-betul di atas bantal yang bersarung bantal gambar anak panah dan busar.
Aku sebenarnya addicted tentang apa sahaja berkaitan dengan anak panah dan busar. Maklumlah, aku peminat setia cerita ala-ala Robinhood. Malah, aku juga peminat setia pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad. Oh..aksi memanah atlet negara itu amat dekat di hatiku. Aku suka melihat aksinya melakukan panahan kerana banyak mengajar erti kesabaran dan ketepatan.
Semasa berbaring, aku sekejap mengiring ke kiri dan ke kanan. Dalam pada masa itu, mataku asyik menangkap kepulan sawang yang bergulung lembut di atas kepala katil.
Aku tiba-tiba jadi serabut! Semak betul mataku melihat sawang itu.
Aku mula geram....
"Hanim!" aku menjerit dan serentak itu, bergegar katil double decker umpama berlaku gempa bumi berukuran enam skala richter.
Agak-agaknya Hanim melompat setelah mendengar suara aku tadi, kut?
Kasihan... tentu Hanim yang tidu di katil timgkat atas itu sedang bermimpi indah. Malangnya, tidurnya terganggu apabila mendengar jeritanku tadi.
Hanim mendengus dan akhirnya dia memekik. Aku sudah memekap kedua-dua telinga ku.
"Woi, Naura! Yang kau terjerit-jerit, apa hal? Aku tengah syok mimpi indah, kau kacau pula. Hampeh betul!" rungut Hanim dari atas tilam.
Aku tergelak sambil menekup mulut setelah mendengar Hanim merungut. Syok juga mengacau si Hanim ni...ni mesti mimpi berdating dengan si Azim aka boyfriend gadis itu.
Aku menjenguk Hanim yang masih berada di atas katil double decker. Aku lihat Hanim sedang mencangkung sambil mata masih terpejam.
Kasihan...letih betul si Hanim ni. Yelah, hari ni masa Hanim dipenuhi dengan menghadiri class. Habis je class, ni lah peluang si Hanim tu untuk melelapkan mata. Tapi, semua harapan Hanim itu terganggu gara-gara aku menjerit sebentar tadi.
"Semaklah katil kau..haish. Boleh tak kau buang sawang-sawang ni!" aku mendengus.
"Ahh....ni kan katil aku, aku punya pasallah nak kemas ke tak," kata Hanim dan menghempas badannya ke katil semula.
Aku terus turun katil bawah. Dalam diam-diam, aku jerkah dan mengeletek Hanim dengan harapan yang Hanim akan bangun semula.
Walaupun digeletek, Hanim tak memperdulikan aku. Dia terus menekup muka nya dengan bantal. Kemudian aku terdengar Hanim berdengkur. Aku tahu, Hanim bukan tidur pun, dia pura-pura je tu sebab tak mahu aku kacau...
(I know this part is so boring but don't worry another parts will come, so stay tune. Much love from, dee✌🏻)
YOU ARE READING
Cinta dalam diam
Romance"I hate you, Adrian...." "But i love you, Mikayla. Always..." balas Adrian. I really dont know how to make the description so sorry. My bad but hopefully you guys will enjoy this story🤭