(1)

1.6K 78 8
                                    

"BOBOIBOY BLAZE!!! MANA KAU NAK LARI?!!! "

Jeritan nyaring dari suara seseorang memecah kesunyian yang ada di sekitar kawasan sekolah menengah itu. Sesiapa yang baru pertama kali mendengar jeritan itu pasti akan terkejut dan sangkakan bahawa ada guruh yang sedang berdentum. Namun ia sama sekali tidak menjadil hal bagi para penghuni sekolah menegah tersebut kerana mereka sudah terbiasa dengan jeritan itu.

Jeritan tadi berasal dari seorang guru disiplin yang amat terkenal dengan ketegasannya. Siapa lagi kalau bukan Halilintar? Seorang cikgu yang sememangnya tegas mengalahkan pengetua dan garang mengalahkan singa! Dan nampaknya kali ini ada seseorang yang telah mengejutkan sanga tersebut.

"Wahahaahha!!! Lari cepat weeyy!! "

Ah, baru je nak sebut. Itulah dia. Seorang pelajar lelaki yang sudah cukup terkenal di dalam dunia sekolah menegah itu. Boboiboy Blaze. Dia sudah terkenal di kalangan pelajar dan guru sekolah itu kerana tingkahnya yang nakal dan suka mengganggu orang lain. Bersamanya, Taufan dan Thorn ialah kawan baiknya. Mereka bertiga sering digelar Trio Trouble Maker kerana hanya mereka yang sering menimbulkan huru-hara dan kekecohan di sekolah tersebut. Dan kuat mereka ialah Blaze sendiri.

Nampaknya kali ini mereka bertiga sudah membuat cikgu disiplin mereka mengamuk! Entah apalah yang mereka sudah lakukan itu.

"Huff... Huff... Penat weyh. Rehat jom. "

Blaze mengheret tangan 2 sahabatnya dan mereka bertiga pun menuju ke arah belakang bangunan pentadbiran lalu mereka melabuhkan punggung masing-masing di atas lantai bersimen itu. Masing-masing menarik nafas dengan keadaan tercungap-cungap kerana kelelahan berlari tadi.

"Huff... Nampaknya misi kita berjaya lagi, Blaze. "

Taufan menoleh ke arah Blaze sambil tersenyum senang. Manakala Blaze sudah tertawa puas hati.

"Hahaha! Betul tu! Puas hati aku tengok muka Cikgu Jalan Tar tu bengang. "

Mengimbas kembali akan wajah cikgu disiplin mereka yang kemerahan dan bengang dengan perangai mereka bertiga, terus mereka tertawakannya.

"Tapi... Takpe ke kita buat macam tu, Blaze? Nanti cikgu adu dekat mak ayah kau macam mana? "

Thorn bertanya bagi cuba memastikan risiko perbuatan mereka tadi.

"Alah, aku bukannya nak kacau dia saja-saja. Lagipun korang tak perasan ke? Cikgu Jalan Tar tu asyik monyok je memanjang. Tak salah lah kan kalau aku saja nak ubah mood dia? "

"Hahahah! Aku setuju! Dia punya monyok tu dan macam jalan tar je aku tengok! "

"Hahaahha! Kaann!! "

Mereke bertiga terus menyambung sesi mentertawakan cikgu disiplin mereka. Tidak sedar akan bala yang bakal menimpa, mereka terus berada dalam keadaan sebegitu sehinggalah datangnya satu aura aneh.

"Ouhh... Kat sini korang, huh? "

Tersontak mereka bertiga kerana terkejut. Dengan perlahan-lahan, mereka bertiga menoleh lalu teserlah wajah cikgu disiplin mereka iaitu Cikgu Halilintar.

"Alamak! Cikgu?! "

"Korang takkan dapat lari lagi!!!"

"WAAAAAA!!! AMPUNKAN KAMI CIKGU!!!!"

BOOOOOMMM!!!

SKIP TIME

"Haish... Tak pasal-pasal kita kena balik lambat... "

Blaze memuncungkan bibirnya kerana protes. Manakala Taufan dan Thorn sudah berdiam diri kerana cukup lelah didenda untuk mencuci kelas mereka dan 3 tandas di bangunan kelas mereka secara bergilir-gilir. Masing-masing memikul beg sekolah mereka dengan wajah yang kepenatan.

Love You, Teacher! [✅✔✅]Where stories live. Discover now