Kini hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum SPM yang sebenar bermula. Dan juga tinggal beberapa hari lagi untuk Gempa pergi menyambung semula pembelajarannya di IPG.
Waktu pulang telah tiba. Kebanyakan guru telah pulang ke rumah mereka bagi meluangkan masa bersama-sama keluarga yang disayangi. Namun tidak bagi Gempa seorang.
Gempa termenung di mejanya. Sudah banyak hari dia dan Blaze tidak bertemu semenjak kejadian beberapa hari yang lalu. Dan setiap kali dia menunggu ketibaan Blaze untuk kelas tambahan mereka, pasti Blaze akhirnya tidak memunculkan diri.
Gempa mendesah kecewa. Dia tidak tahu harus buat apa sekarang. Fikirannya masih bercelaru tidak tahu harus buat apa lagi sekarang. Gempa membenamkan wajahnya di tangannya di atas meja miliknya.
Pintu bilik guru terbuka dan seseorang melangkah masuk ke dalam ruang yang sunyi tersebut. Gempa langsung tidak menyedari kehadiran seseorang itu yang kini semakin menghampirinya.
Orang itu berdiri di sebelah Gempa. Dia menatap sedih ke arah guru itu dan secara tidak sengaja tangannya terangkat dan ia terus mengusap kepala Gempa.
Gempa sudah tentunya terkejut akan hal itu dan dia pun terus mengangkat kepalanya. Alangkah terkejutnya Gempa apabila dia melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya dan di rindunya kini berada di hadapannya.
"Blaze... "
Blaze tetap dengan wajah sedihnya. Bibirnya diketap seolah-olah menahan rasa kesalnya pada diri sendiri.
"Gempa... Maafkan aku kerana terlalu ikutkan perasaan. Aku... Memang tak dapat nak menafikan diri aku sendiri yang... Aku betul-betul sayangkan kau. "
Gempa mula mengalirkan air matanya. Dia menatap Blaze dengan tatapan yang sukar ditafsirkan. Jiwanya sedang kacau. Tidak tahu harus gembira, sedih, marah, kesal atau apa. Semuanya berlaku dengan cepat dan tiba-tiba.
"A-aku... Pun... Sukakan Blaze..! "
Gempa menakup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya. Sungguh dia tidak sangka bahawa dia akhirnya kalah dengan pelajar yang sering berlegar di dalam kepalanya. Namun Gempa mengabaikannya. Dia dapat merasakan bahawa kehangatan mula mengalir dari hatinya.
Blaze juga turut senang hati. Dia tidak sangka bahawa cintanya akan berbalas semula. Kali ini dia mula bersedia dengan cabaran yang akan datang. Dia juga semakin bersedia untuk ujian SPM nya yang akan datang.
SKIP TIME
Kini Gempa dan Blaze sedang berjalan menuju ke arah garaj tempat parking kereta. Mereka berjalan dalam keadaan senyap tanpa ada sesiapa pun membuka suara.
Sebaik sahaja tiba, mereka berdua serentak berhenti di sebelah kereta milik Gempa.
Gempa menatap ke arah Blaze beserta senyuman manisnya.
"Itu sahaja yang mampu saya ajar pada awak, Blaze. Maaf jika ada salah silap dan kurang dengan ajaran saya tu. "
Blaze hanya terkekeh-kekeh ketawa.
"Alah, itu aku pun sudah belajar dan fahami lah. Kacang je nak ingat formula untuk bulatan tu. Lagipun ia menyeronokkan juga. "
Gempa tersenyum bangga mendengarnya. Sungguh dia berpuas hati dengan perkembangan Blaze. Jauh berbeza sewaktu pertama kali dia harus mengajar Blaze, pelajar itu sangat sukar untuk memahami ajarannya. Namun kali ini sangat berbeza. Blaze mampu menguasai segala formula dan mengingati banyak nota penting yang dapat membantunya dalam peperiksaan.
Dan nampaknya Gempa boleh kembali belajar dengan tenang.
Tiba-tiba raut wajah Gempa berubah sedih. Dia mula menundukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Love You, Teacher! [✅✔✅]
Fanfiction[COMPLETE!] Blaze x Fem! Gempa Blaze, atlet sukan sekolah yang terkenal dengan kenakalannya yang suka mengusik setiap orang tidak kira yang lagi muda darinya ataupun lagi tua darinya. Namun erti 'buli' tidak pernah dilakukannya kerana segala usikann...