HARGA KASIH SAYANG

19 2 0
                                    

~Sekolah~

     Bermulalah langkah aku kesekolah pada tahun ini dan kini aku telah menduduki darjah 5. Walaupun berat untuk kesekolah, aku tetap harus berusaha untuk membantu ibu dan ayah yang dalam kesusahan. Masa depan aku adalah masa keemasan buat kedua orang tua aku.
       Seperti biasa, bila disekolah aku adalah salah seorang pelajar yang dikategorikan sebagai seorang yang 'pendiam'.
       Aku nak elak dari banyak berkomunikasi sebab ayah ada cakap bila kita banyak bercakap kita akan tersalah cakap. Bila tersalah cakap yang mungkin mengguris hati orang lain, ia akan mendatangkan dosa.
        Aku ingat pesanan ayah....

~Tempat projek pembinaan~

        "Pak Ijoi!"
Pak Ijoi menoleh mencari gerangan yang memanggilnya.
        "Pak Ijoy tak nak rehat ke?! Jom lah makan!"
Pak Ijoi mengukir senyuman mahupun berada dibawah panasnya matahari.
         Yahya rakannya yang selalu mengambil berat tentangnya. Jika bukan disebabkan Yahya, mungkin sampai sekarang Pak Ijoi tidak mempunyai pekerjaan.
           "Tak pe lah! Kau pegi la dulu!"
           "Nanti lapar pulak Pak Ijoy tak sarapan, saya bungkuskan tau!"
           "Eh tak pe! Tak payah susah-susah. Kejap lagi aku pegi la!"
            "Hah ape?! Pak Ijoy nak?! Ok saya belikan!"
        Setelah lawan menjerit dengan jarak 13 meter, Yahya dengan senyuman nakalnya terus berlari anak meninggalkan Pak Ijoi.
            "Haihh la Yahya..."
      Pak Ijoi menggelengkan kepala apabila setiap hari berdepan dengan perangai Yahya yang degil itu.
       Yahya baru berumur 30 tahun namun akhlaknya dengan Pak Ijoi yang berusia 58 tahun itu tetap dijaga dengan baik.
        Pak Ijoy kembali menyambung kerjanya menyusun batu-bata. Itulah kerja halal yang baru sahaja dijawatnya 2 minggu. Sebelum ini Pak Ijoy hanya berkerja menbasuh pinggan di warung-warung, mencuci kereta dan menjaga parking di mall. Namun semua itu bukanlah kerja tetapnya. Dan kini Ijoy mendapat kerja tetapnya.

~Rumah~

      "Assalamualaikum"
    Pintu rumah ditutup lalu Mustaqim menuju ke kamar ibunya.
      "Ibu...."
      "Ya, anak ibu dah balik?"
Hajar mengukir senyuman kepada anaknya.
   Mustaqim mendekati ibunya yang duduk diatas kerusi roda dihadapan tingkap.
        "Harini anak ibu belajar apa kat sekolah?"
Hajar membelai lembut kepala anaknya.
         "Harini cikgu ajar matematik, Alhamdulillah Mus faham dah."
         "Alhamdulillah, pandai anak ibu ni."
     Puji Hajar lalu Mustaqim memeluknya tanda kasihnya pada seorang wanita bergelar 'ibu'.
         "Mus..."
    Mustaqim memandang redup sayu wajah ibunya.
          "Mus pergi mandi dulu, lepas tu kita solat sama-sama. Ibu nak pergi panaskan lauk kat dapur dulu."
         "Tak pe ibu. Biar Mus yang panaskan. Susahkan ibu je nak pegi dapur. Nanti Mus bawa nasi dengan lauk kat depan je."
      Jelas Mustaqim.
          "Haaa ibu tak payah pergi dapur tau, dapur tu jauh. Nanti Mus besar Mus letak lif kat tangga dapur tu. Senang sikit ibu nak turun."
       Tambah Mustaqim membuatkan Hajar ketawa.
           "Mus nak letak lif?"
       Mustaqim mengangguk.
           "Tak roboh ke rumah kita nanti, Mus?"
       "Roboh? Tak pe, reban ayam ade nanti kita tumpang dulu sementara nak baiki rumah. Mus kan bijak, bu."
      Hajar kembali ketawa dengan karenah anaknya.
          "Dah lah Mus. Merepek je tau. Pergi mandi cepat."
          "Baik, bu."
     Mustaqim terus keluar dari bilik ibunya.
      Hajar tersenyum gembira setelah mendapat sedikit-sebanyak semangat dari anak bongsunya itu.

~Tapak Pembinaan~

       Pak Ijoi dan Yahya menikmati nasi lemak ayam yang dibeli oleh Yahya tadi.
            "Pak Ijoy, nak tanya sikit ni."
            "Hmm.. apa dia?"
            "Emmm... anak-anak Pak Ijoy bila nak balik?"
         Pak Ijoi terus terhenti dari menyuap. Hilang selera makannya.
             "Eh, saya bukannya apa. Hmm.. saya minta maaf lah tanya-tanya pula pasal hal keluarga orang ni. Maaf ye"
          Yahya kesal. Dia rasa bersalah apabila melihat Pak Ijoi termenung jauh.
             "Tak pe.."
           Pak Ijoi bersuara.
             "Aku ni dah 58 tahun hidup, bini aku dah 54 tahun hidup siap menderita penyakit lagi."
             "Eh, penyakit apa tu Pak Ijoy?"
             "Sakit malas bangun."
          Yahya sedikit keliru.
             "Aku tak tau kenapa dengan bini aku tu, sejak berat badan 89.6kg ni kerja dia nak duduk atas kerusi roda je. Bukannya cacat. Tu lah, tak larat nak bawak lemak banyak sangat tu."
           Tersembur tawa Pak Ijoy dan Yahya.
              "Anak aku..."
           Pak Ijoy terhenti.
    Yahya setia menanti sambungannya yang mungkin akan mengalirkan air mata kerana dengar cerita orang sekeliling kisah keluarga Pak Ijoy ini sangat mengharukan.
              "Sofea tu dah setahun 4 bulan jadi doktor kat Jepun tu. Sebelum ni dia belajar kat U.K tu. Tak salah aku dia dah 6 tahun juga lah tak balik sini. InsyaAllah nanti balik la tu.."
             "Ghazali tu pula chef kat atas kapal. Aku tak tau la kapal apa entah yang macam titanic tu. Dia pun dah 6 tahun tak tinggalkan bumi Australia dia tu. Dia tu pun InsyaAllah nanti balik la tu."
             "Zinnirah belajar kat Jepun. Dia tinggal dengan si Sofea tu. Dia ambil bahagian Kejuruteraan. Dari dia tingkatan 4 lagi dia memang dah tinggal kat Jepun tu dengan kakak dia. Sekarang dah besar dah budak tu, entah la lawa ke tidak."
               "Jasmin pun sambung belajar, tapi tak de lah jauh sangat. Kat Shah Alam je. Tapi tu lah, nak sara hidup lah katanya. Dia kerja part time banyak. 2 tahun jugak la tak balik lagi."
              "Anak-anak aku semua dah ada kereta sendiri, duit sendiri. Boleh duduk jauh-jauh tak de masalah duit tu aku lega lah jugak sikit."
       Yahya mengangguk-angguk mendengar cerita Pak Ijoy.
              "Mustaqim tu tak payah cerita lahh.. kau pun kenal."
      Pak Ijoi dan Yahya ketawa.
              "Tapi kan, anak-anak Pak Ijoy. ada contact Pak Ijoy?"
         Soalan Yahya membuatkan Pak Ijoy terdiam.

Tarbiah KitaWhere stories live. Discover now