Aku Tasya, aku tak liar macam orang kat luar sana. Aku bertudung labuh, berjubah, berpurdah, dan aku menjaga akhlak aku didepan orang-orang.
Tapi masalah aku satu je. Aku mengaku yang aku ni malas nak solat.
Tapi aku solat jugak cuma tak baca apa je, kadangnya aku nyanyi atau teringatkan drama-drama.
Kadang kalau tak ada sesiapa kat rumah aku akan tinggalkan solat.
Kalau mama tanya, aku jawab la dah solat.
Itulah kehidupan aku...~Masak~
"Sya, tuang air dua cawan dalam periuk tu."
Mama aku tak de la tua mana, baru 49 tahun.
Aku menurut perintah sang mama yang sebenarnya berwatak garang.
"Dah Asar dah ni, boleh la kecilkan api lepastu Sya pegi solat ye."
"Haaa, ye mama."
Alahhhh.. acah je kau Tasya, entah solat ke tidak nanti.
Aku berlalu kebilikku setelah mengecilkan api seperti yang diarahkan tadi.
Pintu ditutup, penghawa dingin dipasang, katil tempat ku beristirahat.
Telefon aku dicapai untuk melihat instagram yang menjadi laman sosial kegemaran aku.
Banyak chat dari kawan-kawan masuk dan aku membalasnya sehingga leka meneroka gambar-gambar masyarakat sekarang.
~Dapur~
Setelah 20 minit terperuk didalam bilik, aku keluar dan menuju kedapur.
"Dah solat?"
"Dah, mama."
Haiihhh la kau Tasya... punya kusyuk main fon bila la kau solat.
"Mama dah siap masak ke?"
"Dah... Tasya hidangkan kejap mama nak pergi solat."
"Ok mama."
Mama berlalu pergi dan aku mulakan kerja aku iaitu menghidangkan lauk keatas meja makan.
~Malam~
"Tasya, jom solat jemaah dengan mama papa."
Muka papa aku tenung lama.
Papa ni kalau terlebih rajin, mesti ajak aku solat jemaah. Kalau rajin sikit je, solat jemaah dengan mama je. Kalau malas, last-last minit baru nak solat, solat sorang pulak tu.
Tapi okeylah tu, papa solat. Daripada aku ni tak solat.
"Haa ye papa, kejap ehh."
Aku terus berlalu kebilik dan masuk kebilik air untuk mengambil wudhuk. Namun wudhuk ku cuma diwajah dan tangan. Biar nampak basah ala-ala baru ambil wudhuk.
Telekung aku pakai lalu aku keluar dari bilik menuju ke ruang solat yang bersebelahan dengan ruang tamu.
Papa mengimamkan solat maghrib dengan bacaan yang sedap umpama syeikh alafasy punya bacaan.
Namun malangnya semasa mengangkat takbir aku tidak niat, didalam solat aku terkumat-kamit ala-ala membaca surah namun hakikatnya itu cuma lakonan, ruang fikiranku dipenuhi dengan drama-drama dan sebagainya.
Itulah diri aku yang aku kenal. Aku tau aku takut masuk neraka, sakit diseksa, penuh derita disana, tapi aku tetap mahu menjadi saudara syaitan.
Aku sedar apa yang aku buat ni salah, aku nak masuk syurga tapi aku tetap buat salah.
Aku takut bila dah nak kiamat tapi aku masih leka dan teruskan apa yang aku buat sepanjang hari tanpa berubah.~Ruang tamu~
Aku dan mama papa duduk diruang tamu menonton drama apa entah.
Aku melayan laman sosial tanpa menghiraukan televisyen yang dari tadi memekak.
"Tasya.. main insta lagi ke?"
"Ye papa, ni tengah chat kawan. Biasalah lama tak jumpa."
Aku kalau bab-bab alasan ni boleh la bagi nombor satu ni.
"Main telefon tu buat benda yang berfaedah je. Jangan nak lagha sangat. Bahaya."
"Haa ye ye."
Nada menyampah aku dah keluar.
"Tengok la youtube, cari motivasi ke ceramah-ceramah ke bab-bab belajar ke, tak pun tengok syeikh-syeikh baca Quran."
"Haa ye ye."
Muka menyampah aku sudah berleluasa.
Papa kembali menonton dramanya. Beberapa minit kemudian aku bangun lalu terus ke bilik.
Malas duduk depan, asyik kena ceramah.
YOU ARE READING
Tarbiah Kita
Short StoryHidup pasti ada juga dugaan yang ditempuh oleh semua masyarakat tidak kira yang muda atau yang tua, yang kaya atau yang miskin, seorang bapa atau seorang anak, seorang suami atau seorang isteri. Cerita ini mengisahkan beberapa dugaan didalam kehidup...