Aku masuk kedalam rumah setelah lama aku melepak bersama kawan-kawan di cyber cafe.
Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Pukul 6 pagi aku harus bersiap untuk kesekolah. Letih.
Tiba-tiba kelihatan abang Izat di sofa ruang tamu.
'Kenapa balik lambat lagi?'
Abang Izat menggunakan bahasa komunikasi bisu kerana dia ada masalah peti suaranya.
"Aahhh.. biasa la ni."
Abang Izat bangun dari kerusi lalu mendekatiku.
'Abang sayangkan kau, sebab tu abang tak bagi kau balik lambat. Abang sayang kau. Abang penat la macam ni, banyak kali abang cakap kau tetap tak nak dengar abang tau abang bisu. Tolong la dengar cakap abang.'
"Abang ni kenapa?! Kamal ni lelaki bukan perempuan nak terperuk je dalam rumah buruk ni!"
Abang Izat kaku setelah ditengking.
"Abang dengar sini. Kalau abang dah penat dengan Kamal, abang tak payah susah-susah tegur Kamal. Sebab memang Kamal takkan dengar pun."
Penjelasan aku membuatkan abang Izat sebak.
"Dah la aku penat baru balik, pastu nak kena hadap si bisu macam kau ni pulak! Hah!"
Aku terus berlalu membiarkan abang Izat dengan lenangan air matanya akibat terasa dengan apa yang aku katakan tadi.
Hahhh... aku peduli apa!
Penat bila dapat bisu kuat membebel macam tu. Nasib baik bisu, kalau ada suara dah lama bernanah telinga aku. Tak silap-silap habis berulat telinga aku hari-hari dengar dia membebel.~6:30 a.m~
Aku membuka mataku setelah jam berbunyi tepat pada masanya. Mata aku pedih, mengantuk menguasai. Tapi aku gagahi juga sebab harini aku ada latihan bola sepak.
Tiba-tiba abang Izat datang kebilik. Mungkin untuk mengejutkan aku untuk bersiap kesekolah.
'Pergi mandi cepat nanti lambat.'
Aku terus bangun dari katil lalu pergi begitu sahaja tanpa apa-apa isyarat kepada abang Izat.
Aku masih sakit hati tentang semalam. Perlukah dia buat aku macam budak-budak?
Tapi aku pelik. Dia tak ada perasaan ke? Aku dah buat dia menangis semalam tapi pagi ni dia datang kejutkan aku. Dia okey tak ni?
Haihhh lantak kau la Izat...~Sekolah~
"Haishhhh lambat pulak.."
Aku berjalan dengan berhati-hati takut-takut terserempak dengan guard atau cikgu disiplin.
Memang lumrah aku lepas mandi tidur balik. Bila dah lambat baru tahu seksanya kena denda.
Tapi ni jiwa jantan...
Tak pernah menyesal.
"Kamal Johari Bin Samad!"
Aku terkaku. Seperti aku kenal suara dibelakang ku itu.
"Alamak... sekali nama bapak aku dia panggil."
Aku mengeluh lalu perlahan-lahan aku pusing kebelakang sambil mengukir senyuman lebar selebar empangan kearah Cikgu Bahar.
"Hari-hari senyum!"
Suara cikgu Bahar boleh tahan juga. Speaker pun kalah.
"Haa cikgu.. senyum kan satu sedekah yang kita sebagai umat Islam perlu lakukan kepada sesama manusia agar pahala diperolehi dengan banyak untuk perhitungan hari akhirat nanti. Dan...."
"Dah!"
Aku tergamam. Habis air liur aku ditegup. Kering pulak mulut rasanya.
"Kau nak ceramah ye? Meh sini cikgu ajar."
Sudahhh....
Tengok senyuman sinis Cikgu Bahar pun aku dah bergetar lutut sampai nak tercabut, ni kan pula nak hadapi denda dia.
Tu lah.. hari-hari kena denda..
Abang Izat la ni tak kejutkan aku.
~Perhimpunan~
"Emmm.. Errrr.."
Aku tak tau apa nak cakap!
Fuhh.. ni kali pertama aku pegang mic.
Ehh tak! Ni kali yang kedua.
Kali pertama aku pegang masa nasyid tahun lepas, hampeh tak sedap! Sengau habis!
"ERR ERR APA?!"
Sergah Cikgu Bahar.
"Eh mak kau tercekik kicap mati bergolek."
Aku terkejut sampai nak mampus dibuatnya. Mungkin macam ni la perasaan terkejut abang Izat masa aku tengking dia semalam.
Pelajar-pelajar mula mentertawakan aku.
Aduhhh malu aku!
"Cakap cepat. Tadi nak ceramah sangat."
Aku hanya mengangguk dengan senyuman kerang busukku.
"Assalamualaikum. Saya Kamal Johari, budak kelas saya panggil saya Kamal Jebon. Harini.."
Pelajar-pelajar ketawa dengan kuat apabila mendengar nama panggilanku dikelas.
Termasuklah.....
Hanisah.. gadis cantik pujaan hati kekanda Kamal Johari Samad.
Senyuman dia manis, muka dia cantik, putih gebu, haihhh la bidadari betul la pompuan ni! Perfect!
"Woi!"
Suara petir Cikgu Bahar kembali.
"Ya ya ya cikgu.."
Aku gelabah.
YOU ARE READING
Tarbiah Kita
Short StoryHidup pasti ada juga dugaan yang ditempuh oleh semua masyarakat tidak kira yang muda atau yang tua, yang kaya atau yang miskin, seorang bapa atau seorang anak, seorang suami atau seorang isteri. Cerita ini mengisahkan beberapa dugaan didalam kehidup...