Aku, Jaladi Adrian bin Abdullah, sudah mencecah umur 25 tahun. Aku kini sudahpun menetap di Taiping dan kehidupan aku kini semakin stabil. Aku bekerja di salah sebuah butik biasa dan kewangan aku sudahpun stabil. Seperti biasa hari-hari aku kini sudah menjadi normal, kehidupan aku sudahpun membaik. Walaupun aku tinggal seorang diri di kampung, aku tetap disini. Terima kasih kepada sepupu arwah ibu aku, aku memanggilnya acik mah atau lebih kepada acik sahaja. Dia sudahpun memberi aku satu tempat tinggal yang aku rasa cukup untuk aku menyewa. Aku kini mampu membezakan kehidupan aku yang dulu dan sekarang. Tidak perlu menjadi kaya untuk mencapai kemahuan kita kerana berada dalam kehidupan yang sederhana itu sudah memadai untuk aku bergerak bebas seperti manusia biasa walaupun aku masih gay hehehe.
Barangan-barangan arwah ibu aku bawa pulang ke kampung Bersamaku. Terima kasih kepada abang wadi yang menjaga aku dengan baik. Kini dia sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki yang bernama Muhammad Adi sempena namaku katanya. Dia sudahpun mendapat kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Aku? Disini menjalani hari-hari aku tanpa apa-apa beban yang mendatang. Akan tetapi walaupun kehidupanku kini stabil, aku tetap memikirkan tentang ayahku. Diamanakah dia, sihatkah dia, adakah dia masih hidup, kenapa dia tidak mencari aku, semua menjadi tanda tanya dalam hidupku. Siapa yang tidak terfikir tentang ibu dan ayah mereka bukanlah orang yang normal. Sudahun kita tahu betapa penting dan lengkapnya kehidupan kita bersama ayah dan ibu kandung kita sendiri, dan membesar dihadapan mata mereka sendiri.
Walaupun aku disini Bersama acik, aku jarang bertemu dengan beliau, kerana aku selalunya menghabiskan masaku bekerja sampai malam bagi menambah sedikit wang saku. Aku hanya akan bertemu dengannya apabila aku cuti dan itupun sekiranya dia tidak mengikuti suaminya. Anaknya aisyah dan atikah kini sudahpun ke universiti. Anak sulungnya yang lebih selesa dipanggil Along kini sudahpun bekerja di ibu kota. Tinggallah mereka berdua dan setidaknya mereka masih punya aku untuk melawat mereka di hari cuti.
5 Julai 2019 (Jumaat)
Hari ini adalah hari cuti aku. Setelah selesai solat jumaat aku terus kerumah acik. Dengan berjalan kaki sejauh 500 meter, aku menuju kerumahnya dahulu sebelum kerumahku kerana ianya memakan masa Cuma 5 minit dari rumah acik mah.
"assalamuaalaikum. Cik mah?" jerit aku kecil sambal aku membuka pagar rumahnya.
"waalaikumsalam. Haaaaa adi, masuklah acik mah menyaut. Aku pun masuk ke dalam rumah dan duduk di sofa rotan miliknya. baru balik ye adi".
"aah acik, baru je balik. Acik sihat ka? Pakcik akob tak balik lagi?" soal aku.
"belum lagi. Kejap acik buat air untuk kau dan pakcik sekali".
"eh tak apa lah acik, adi okay je ni. Adi nak tanya kalua acik nak ke kebun lepas ni? Boleh adi ikut ke? Kot la boleh je adi nak tolong tebas-tebas apa yang patut" soalku.
"ha boleh juga. Dalam pukul 3.30 lah ye? Kamu pon baru je balik ni" balas acik mah.
"haaa boleh la acik. Kalau macam tu adi balik dulu lah. Bagi adi siap-siap dulu".
"haaaa ye lah adi" balas acik mah tersenyum.
"kirim salam pakcik ye acik".
"haaa yelah nanti acik sampaikan dekat pakcik kau tu".
Dalam aku sibuk menguis selipar aku, sebuah motorsikal masuk dan kelihatan pakcik akob yang baru pulang dari masjid Bersama rakannya. haaaa pakcik, aku segera mencapai tangannya berjabat tangan bersamanya dan juga rakannya setelah mereka memberhentikan kenderaan yang dipandu.
"haaa pakcik. Kejap lagi adi nak ke kebun sekali boleh ke pakcik?" soalku.
"eh , kenapa tak boleh pula adi. Kebun tu kebun kau juga. Kau bukan orang lain, anak ros juga. Keluarga kami" aku tersenyum saja. Hujahnya mengingatkan aku kepada si ibu yang telah melahirkan aku. Aku segera pulang ke rumah. Dalam terkenangkan ibu, aku turut berfikir, kenapa ayah tidak pernah mencari aku? Ya aku pindah sewaktu aku kecil. Akan tetapi takkan sampai sekarang dia masih tidak mencari aku?
YOU ARE READING
JALADI : JILID 2
Teen Fictionjaladi kini kembali mencari bapa kandungnya. sudah tiba masanya dia mencari seseorang yang dia benar-benar mahu percaya. apa yang berlaku kepada jaladi sepanjang misi pencarian beliau mencari bapanya? nantikan.