BAB 15

3.6K 172 2
                                    

Sedar tidak sedar, sudah sebulan masa berlalu dan hari ini merupakan hari di mana seorang Sharifah Airish Mikhayla akan menjadi isteri kepada Farish.

Farish merupakan bakal suami Airish atas pilihan orang tuanya. Airish hanya ambil tahu namanya sahaja kerana dia tidak mahu melihat bakal suaminya kecuali di hari pernikahan mereka nanti. Airish redha dengan semua ini.

Dia tahu umi dengan babah mesti akan buat yang terbaik kepadanya. Dua hanya ikuti saja kerana pilihan orang tua sentiasa terbaik. Airish hanya ingin membuat yang terbaik untuk kedua orang tuanya bahagia kerana dia tidak dapat membalas segala pengorbanan mereka membesarkannya selama ini.

Airish memikirkan siapalah bakal suaminya.

Tok! Tok!

Airish menoleh ke arah pintu apabila pintu biliknya di ketuk dari luar. Dia melihat kelibat Syikin masuk ke dalam biliknya dengan muka tidak percaya. Syikin menghampiri dirinya yang tenang duduk di atas kerusi meja solek.

"Wehhh serius la kau nak nikah dengan mamat itu? " Tanya Syikin dengan muka geli.

Reaksi Syikin cukup mengambarkan yang bakal suami Airish tidak bergitu elok.

"Serius! Lah kenapa Syikin. Kau jangan buat aku takut boleh tak?" Airish sudah membuat muka cuak.

"Euw buruk gila kot muka bakal laki kau. Kenapa kau setuju nak kahwin dengan mamat itu" Serius saja muka Syikin bertanya.

"Kau ni biar betul? Entahlah kenapa aku main setuju aje. Serius lah Syikin muka dia buruk? Aci tak kalau aku lari dari rumah?" Airish meminta pendapat dari  Syikin dengan suara cemas.

Serius dia rasa macam nak lari betul-betul. Tadi dia redha tapi sekarang dia tak redha dah. Macam mana ini.

Airish berlalu pergi ke arah tingkap biliknya.

Nohh Rokiahhh..

Tinggi gila bilik dia. Kalau dia terjun karang ada yang patah riuk badan dia nanti.

"Kau jangan nak buat kerja gila Airish. Kau dah buat keputusan kau. Mahu atau tak kau kena juga kahwin dengan mamat tu. Handsome ke tak janji dia boleh jaga kau." Nasihat Syikin panjang lebar.

Dalam hati dia sudah tergelak. Tadi pun dia sudah mahu hampir pengsan melihat bakal suami Airish. Memang kuat jodoh kau orang berdua ni Airish.

"Macam mana ni?" Airish tujuk wajah riak gelisah.

"Macam mana apa? Kau kena kahwin juga jawabnya. Dah jom turun bawah. Semua orang dah tunggu kau." Syikin menarik tangan Airish keluar dari bilik.

Airish hanya menurut perintah Syikin kerana dia sudah tiada pilihan lain. Mahu atau tak, dia mahu kena teruskan majlis ini.

Dia sudah redha dengan semua ini semoga Allah permudahkan segala  urusannya selepas ini.

Airish duduk di tempat khas pengantin. Dia mencuba melihat bakal suaminya tetapi tidak nampak kerana bakal suaminya membelakanginya.

Tapi kalau di lihat dari belakang macam okey aje. Semua perfect, mana tang buruknya macam yang Syikin bagitahunya tadi.

Tapikan, kalau gigi dia jongang macam mana?

"Woi yang kau ini dah kenapa? Cuba lah duduk elok-elok sikit. Jangan jakun sangat boleh tak? Aku tahu lah yang kau tak sabar nak malam pertama dengan laki kau." Bisik Syikin di telinga Airish. Jelas nada mengusik.

Airish menjeling geram. Dia ini kan memang mintak kaki betul. Nasib baik kawan merangkap sepupu tersayang. Kalau tak dah lama dia humban Syikin dalam sangkar buaya.

𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️Where stories live. Discover now