Airish Mikhayla menjalankan kehidupannya seperti biasa dan dia mengambil keputusan malas mahu mengambil berat tentang hal dia mahu berkahwin.
Hari ini majlis akad nikah Mikhail dengan Rhea. Majlis akad nikah Mikhail dengan Rhea akan berlangsung sebentar lagi di kediaman milik keluarga Rhea.
Setibanya di rumah keluarga bakal kaka iparnya. Dia mengikut langkah umi duduk di tepi besannya.
"Assalamualaikum Raidhah." Sapa Puan Zahra kepada besannya.
"Waalaikumsalam kak, duduklah dulu." Balasnya sambil tersenyum manis. Mereka bersalaman.
Airish juga turut bersalaman dengan ibu kepada Rhea. Memang tidak di nafikan wajah ibunya Rhea memang cantik patutlah anaknya lawa.
Airish menanyakan di mana tempat Rhea di solek kepada ibu Rhea.
Setelah itu di beritahu. Dia menuju ke bilik Rhea kerana dia bakal menjadi pengapit Rhea seperti yang di pintanya semalam sewaktu Rhea menelefon dirinya. Untuk memberi tahu tentang itu.Pada mulanya dia tidak mahu kerana pengapit Mikhail adalah si Elman muka acah-acah handsome. Tetapi Rhea memaksanya juga. Setelah di pujuk di rayu beserta membuat ayat sedih. Dia akhirnya bersetuju. Dia kalau orang dah buat ayat sedih memang cepat mengalah.
Sesampai di bilik pengantin. Airish terpengun dengan kecantikkan yang di milikki oleh Rhea. Memang patut Mikhail pilih Rhea dah lah cantik, pandai masak dan berpelajaran tinggi pula itu.
"Kak long dah sedia ke? Kalau dah jom kita ke bawah. Tok kadi dengan along dah tunggu dekat bawah." Gurau Airish untuk menutup debaran yang di rasanya.
"Ishh adik ni! kak long tengah bedebar ni." Rhea jeling Airish manja.
"Okey... Dah jom kita turun bawah tok kadi dah tunggu. Tapi sebelum tu kak long, adik nak cakap sikit dekat kak long boleh?" Pinta Airish dengan kerdipan mata.
"Cakaplah. Kenapa ni adik?" Soal Rhea dengan lembut.
"Kak long janji dengan adik akan jaga along baik-baikm Kalau dia buat hal kak long lenpang laju aje dia tak lun bagi tahi dekat adik, tahu lah nanti macam mana adik nak ajar dia." Pesan Airish dengan gurauan.
"Kalau adik tak mintak pun kak long akan cuba buat yang terbaik untuk along adik. Kak long dah janji dengan diri kak long untuk sehidup semati dengan along melainkan ajal yang memisahkan kami." Tungkas Rhea dengan nada sebak.
"Alahhh. Kak long ini jangan lah macam ni tak elok dah make up kak long. Orang memain aje lah.
Nanti apa along cakap dekat adik bila dapat tahu isteri dia menangis di sebabkan adik!"Airish terus menarik Rhea ke dalam pelukannya untuk menenangkan hati Rhea.
"Dah jom kita turun bawah. Nanti lari pula along bila tunggu bakal isteri dia lambat turun. Naya tak jadi kahwin nanti." Airish ketawa kecil.
"Amboi mulut ni nak kena cabai ke?" Marah Rhea manja.
"Okey dah jom" Airish menarik tangannya dengan lembut dan menuruni tangga dengan perlahan.
Kalau laju-laju mahu tersungkur nanti. Airish merasakan tangannya sedikit sakit apabila tangan Rhea mencengkam tangannya erat. Nak kahwin pun macam nak pergi berperang pulak dia tengok.
Airish membawa Rhea duduk di tempat khas untuk pengantin duduk. Airish duduk di sisi uminya yang sudah tersenyum gembira. Gembiralah itu dapat menantu pertama, menantu perempuan pula itu.
Airish melihat ke arah Mikhail yang tidak berkelip matanya apabila melihat kak Rhea di atas pelamin.
Dia mencebik. Dia tahu lah Rhea cantik, tapi perlu ke tengok macam itu. Melebih pula Mikhail dia tengok.
YOU ARE READING
𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️
De Todo𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔𝓵𝓶𝓪𝓷 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼𝓱×𝓢𝓱𝓪𝓻𝓲𝓯𝓪𝓱 𝓐𝓲𝓻𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱𝓪𝔂𝓵𝓪 Tengku Elman Farish, jutawan muda yang terkenal dengan kejayaannya di dunia korporat, memiliki sikap yang agak sengal di luar pejabat. Ketika sebuah insiden perlangg...