Sudah 5 bulan mereka berdua berbaik seperti pasangan suami isteri di luar sana. Entah mengapa beberapa hari yang lepas Elman selalu balik lewat dan kurang bercakap dengannya. Kalau bercakap pun, Elman nak sesuatu baru dia bercakap dengannya.
Tipulah kalau dia cakap dia tidak berkecil hati dengan sikap Elman. Dia pun tidak tahu apa yang dia sudah buat sampaikan Elman berubah.
Dia mencuba berfikiran positive yang Elman cuma busy dan letih. Dia jadi bergitu mungkin banyak kerja di office barangkali. Semenjak dari itu jugalah dia kurang bercakap dengan orang lain kecuali dengan orang yang dia kenal sampaikan Hazim dengan staf dia di klinik pun perasan dengan perubahan sikapnya yang kurang bercakap.
Bercakap pun apabila perlu sahaja dan selebihnya Airish hanya mendiamkan diri takut dia melepaskan kemarahannya kepada orang yang tidak bersalah.
Pagi tadi dia terlambat sedikit masuk kerja kerana keretanya rosak di tengah jalan nasib baik Hazim ada untuk tolong dia tadi.
Airish sudah mencuba call Elman tetapi Elman tidak menjawab telefon malah dia whatsapp pun Elman tak buka hanya double tick sahaja. Mungkin Elman busy sampai tak sempat nak jawab call darinya. Dia cuba husnuzon kan sahaja lah.
Sudah masuk waktu lunch hour tetapi Elman tidak call mahupun melihat pesanannya. Dia sedaya upaya mencuba untuk tidak berfikiran negatif.
Airish pergi makan tengah hari seorang diri di cafe di seberang kliniknya kerana Hazim keluar lunch dengan bininya. Qarisa bini Hazim ada ajak join mereka tadi tapi dia malas nak ikut sebab dia malas kacau daun. Syikin tu pula ada kerja sikit dekat mahkamah. Maklumlah kes pembicaraan yang dia kendali belum selesai dari pagi tadi katanya.
Sampai sahaja di cafe Airish duduk di tempat kosong di hujung cafe sebab dia malas mahu duduk di tengah sebab sedikit bising. Dia sudah memesan makanan dan hanya menunggu makanan sampai.
Sementara makanan sampai dia sampai. Dia menilik telefonnya kalau Elman ada teks dia tetapi hampa macam biasa tiada balasan dari Elman.
Airish melihat gelanggat para pelanggan yang makan di cafe tersebut. Dia tersentak apabila melihat figura seseorang yang paling dia kenal sedang berseronok dengan seorang perempuan.
Elman!
Elman kelihatan sungguh gembira bersama perempuan tersebut. Oh patutlah dia call tak angkat chat tak reply sebab tengah berseronok dengan ikan bandaraya lain rupanya. Perempuan itu bukan main suka lagi sampai bertepuk tampar dengan Elman.
Menyampah Airish melihat perempuan itu tergedik sana tergedik sini tak padan dengan diri perempuan. Dia mengambil gambar tersebut untuk dia berdebat dengan Elman nanti.
Serentak dengan itu makanan yang di pesan oleh dia tadi sudah sampaim Airish makan sedikit sahaja kerana tiada selera. Dia balik ke klinik sedikit awal kerana moodnya merundum.
"Ehh akak sekejapnya akak keluar lunch. Tak makan tengah hari ke?" Tanya Amirul yang merupakan staf yang bertugas di kliniknya.
"Tak adalah Mirul. Akak makan tadi dekat cafe seberang klinik kita itu. Sebab itu akak sekejap aje makan. Kereta akak rosak tadi so akak decide makan dekat tempat dekat aje. Korang dah makan ke ni? Airish bertanya kepada Amirul.
"Dah kak. Kak Lily yang tolong tapaukan tadi. Kita orang makan dekat pantry aje tadi." Jawab Amirul.
"Oh okey lah Mirul akak nak masuk dalam. Kalau ada sesiapa cari akak. Cakap yang akak tak nak di ganggu tau." Pesan Airish kepada Amirul.
Amirul hanya mengangguk faham.
Airish masuk ke dalam bilik kerjanya. Dari tadi dia mencuba untuk membuat kerja tetapi dia tidak dapat memberi segala tumpuan sepenuhnya.
YOU ARE READING
𝐌𝐑 𝐋𝐔𝐍𝐀𝐓𝐈𝐂©️
De Todo𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓔𝓵𝓶𝓪𝓷 𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼𝓱×𝓢𝓱𝓪𝓻𝓲𝓯𝓪𝓱 𝓐𝓲𝓻𝓲𝓼𝓱 𝓜𝓲𝓴𝓱𝓪𝔂𝓵𝓪 Tengku Elman Farish, jutawan muda yang terkenal dengan kejayaannya di dunia korporat, memiliki sikap yang agak sengal di luar pejabat. Ketika sebuah insiden perlangg...