BAB 5

12.3K 113 9
                                    

Daniel menyilang kaki duduk dihadapan Datin Maria
Entah bila wanita berusia 40an tu akan lari dari dia. Jemu dah rasanya melayan wanita yang sama.

Seperti janjinya pagi tadi, Datin Maria akan berjumpa dengan Daniel di tempat biasa. Tempat yang tiada siapa boleh jejak hubungan kotor mereka berdua.

Seperti biasa Restoren La Gradi, yang dibina ala-ala konsep restoren di Sepanyol, menjadi tumpuan mereka.

Pelanggan tak ramai, kalau ada pun mereka tak ambil tahu sangat hal sekeliling. Lagi mudah Datin Maria nak bercekerama dengan anak ikan yang dikenali hampir 8 bulan yang lepas.

Daniel Luqman, lelaki yang sukar untuk Datin Maria tinggalkan. Kerja anak ikan itu amat tip top. Ditambah pulak dengan raut Daniel yang over tampan hingga ovarinya tak sudah-sudah berdenyut.

Datin Maria seolah-olah dipukau dengan watak lelaki dihadapannya. Jika tak jumpa sehari, perasaan rindu makin meluap.

Setelah meletakan cawan kaca kembali keatas piring, Daniel mendongak kepala. Sedari wajahnya yang dari tadi menjadi tontonan Datin Maria. Pandangan manja wanita tua itu menampakan kegersangan yang nyata. Seram dorh..

Tidak semena bibir nipis Daniel melepas keluh.

“You okay ke sayang?”

Tersedar dari lamunan yang diciptanya, Daniel lantas mengukirkan senyuman pada Datin Maria, tak mahu tunjuk perasaan sebenar.
“I’m okay, but latetly i penat sikit.”

“Why my dear?”
Datin Maria menyorong wajahnya mendekati Daniel, kening bertaut rapat. Lengan kental lelaki itu ingin disentuh namun ditahan.
“Do you need money?”

Sedar wajah mereka hampir seinci rapat, perlahan Daniel menjarakan tubuh dari sisi meja sebelum menyandar belakangnya kekerusi. Meluat!
“No...”
Daniel mengeluh lagi.
“ My mom call i last week. She said dia dah dapatkan jodoh untuk i, perempuan satu kampung.”
Wajah serius mula dimainkan, pandai betul bibirnya mencipta penipuan supaya dapat meninggalkan wanita itu.

Kali ni Datin Maria tak teragak-agak memegang lengan Daniel. Hatinya parah mendengar ayat lelaki itu. Patut lah beberapa hari ni Daniel kurang bercakap, rupanya ada masalah yang besar.
Sial jugak mak dia ni, ada ke nak paksa anak untuk kahwin? Hurh!
“Then you setuju ke? Please sayang.. jangan tinggalkan I.. You tahu kan, i sayang sangat kat you.. please sayang..”

Sayang-sayang...
Eeee! Umur dah sebaya arwah mak aku dah Datin ni tapi masih tak sedar diri!

“ I sayang kan you, i’m really love you, but how come I bantah cakap my mom?, I satu-satunya anak dia you”

Mom? Hah? Mama dah meninggal sejak Daniel masih dibangku sekolah lagi. Hidupnya keseorangan hingga sekarang. Ayahnya pula dah lama arwah sebelum mama.
Nil mintak maaf sebab guna nama mama.. moga roh mama tenang di alam sana.
Sepasang mata bundarnya dipejam sejenak membiarkan wajah arwah ibunya bermain indah di fikiran.

Datin Maria menjarakan tubuh lantas kedua tangan disilang kedada. Bibir digigit geram.
“You cakap apa yang perlu I buat supaya your mom tak kahwin kan you dengan perempuan lain? I sanggup lakukan apa saja. I boleh bayar perempuan tu untuk tinggal kan you?”

Tegar betul tindakan Datin Maria semata-mata untuk puaskan nafsu syaitannya.

Daniel meraup wajahnya sekali.
Stupid Bloodyshit!
Kau ingat semua masalah boleh selesai dengan duit? Sampai kebahagiaan pun kau boleh beli dengan duit! Hati Daniel berasak teruk

Kepalanya sedikit sakit, dalam ramai-ramai pelanggan, Datin Maria lah yang paling lama bertahan dengannya. Berkali-kali cuba ditolak namun perempuan tu tak habis-habis nak dekat dengan dia.

MELANCHOLIA (18+) (Love in the dark)Where stories live. Discover now