BAB 6

13.7K 156 32
                                    


Laju Daniel memakirkan kereta di tingkat lima apartment yang didudukinya sebelum keluar dan menuju ke lif.

Dari dulu, dari 4 tahun dahulu. Getaran yang maha hebat akan terbit pada jantungnya tika bersama Rania.

Bukan 4 tahun dulu. Tapi 6 tahun yang lepas, waktu zaman persekolahan mereka. Atau mungkin juga sebelum tu lagi. Hati ni sentiasa mekar taktala bersua muka dengan Rania Adilla.

Dan rasa itu tak pernah berubah sehingga sekarang.

“Nia kau buat apa sorang-sorang dalam kelas ni? Tak rehat?”

Kenangan 6 tahun lalu kembali menerjah.

Rania angkat muka, kaca mata yang melurut ke hidung diangkat sedikit menutupi sepasang matanya yang bundar.
“Aku tak lapar.”
Ringkas je jawapan anak gadis muka nerd tu. Seraya kepala kembali ditunduk menghadap buku yang bersepah diatas meja.

“Kau tak lapar, tapi perut kau lapar”
Daniel menarik kerusi dari meja sebelah dan duduk berhadapan Rania.

Sekali lagi Rania mengangkat wajahnya, pandangan jatuh pada dada Daniel yang sedikit terlanjang dek 3 butang teratas yang sengaja dibuka. Tunjuk gangster lah tu. Puiih!
“Perut aku, kau peduli apa? Dah la. Kau jangan kacau aku, aku nak study ni. Next week exam.”

Rania menolak lengan berotot Daniel yang sengaja diletak keatas bukunya.

Daniel senyum.
“Kau belajar tinggi-tinggi pun, atlast kau duduk rumah jugak Nia. Jadi housewife”
Sekali lagi lengan Daniel diletak keatas buku teks sejarah yang terbuka luas.

Rania merengus kuat melihat tindakan Daniel. Dasar budak tak makan saman!
“Kau jangan kolot sangat la Nil! Kau ingat perempuan sekarang boleh lepak je kat rumah? Kalau dapat suami macam kau, habis kebulur lah aku nanti. Dah la malas belajar! Tak tahu nak jadi apa lepas sekolah nanti! Hurgh!”
Kedua tangan Rania makin gagah menolak lengan Daniel yang sengaja disangkut pada buku teksnya.

“Kau cakap, macam kau ada hati je dengan aku. Kau mimpi nak jadi bini aku ke?”
Daniel mendorong wajahnya menghampiri muka Rania, barisan gigi ditonjol sewaktu dia senyum.
Pipi Rania yang dah merah mengundang mekar dihati kecilnya. Ada peluang ke?

“Kau jangan perasan Nil! Aku sanggup gantung diri dari jadi bini kau! Kau tu bukan ada masa depan pun. Dah la malas belajar. “

Urggh! Tajam giler kot ayat budak Rania ni! Kalau minah lain yang cakap macam ni dah lama aku sekeh kepala tu lepas tu bagi penerajang maut sebiji!

Tapi sikap Rania ni lah yang Daniel suka. Budak lain kat sekolah ni mana berani nak cakap bukan-bukan pasal Daniel. Siapa yang tak kenal dengan Daniel Luqman, kaki pukul, kaki gangster, kaki ponteng, kaki yang selalu buat masalah kat sekolah. Semua kaki la bagi kat dia!

Nama Daniel naik bukan sebab mengharumkan sekolah dengan pelajaran tapi membusukan nama sekolah dengan pelbagai karenah buruk yang disampaikan sehingga guru-gurunya tak mampu berkata apa-apa lagi.

Daniel masih menghadap Rania yang terus tunduk menulis sesuatu dihadapannya. Sesekali kaca mata yang melurut kehidung diangkat naik. Ah! Cute teruk kot!

Perlahan tangan Daniel menyeluk poket seluarnya. Ada sesuatu yang dia ingin ambil dan beri pada gadis dihadapanya.

“Nia..”

Serentak bola mata Rania dan Daniel menghala ke pintu kelas. Seorang pemuda yang kemas berseragam sekolah melempar senyum pada Rania.

“Awak dah makan?”

Laju kepala Rania digelengkan saat pemuda itu bertanya.

“Awak tak lapar ke?”

“lapar..”

Errkk.. kepala Daniel menoleh laju mengarah pandang pada Rania yang sudah bangun dari duduknya. Jawapan gadis itu fake sangat! Bukan aku tanya tadi kata tak lapar ke?

Rania menjeling tajam taktala dia sedar Daniel merenung matannya.

“Jom makan kat kantin dengan saya.”
Pemuda tampan yang masih berdiri di muka pintu terus bermadah manis.

Tak sampai sesaat, Rania terus menutup buku teks sejarah yang dari tadi terkangkang diatas meja. Pen dijarinya diletakan kembali kedalam ‘pencil case’.
“Jom”
Rambut yang sedikit ‘messy’ dibetulkan sebelum kaki meluru pantas menghampiri pemuda tadi.

Sebentar kemudian sepasang kekasih itu berlalu pergi meninggalkan Daniel yang dipeluk sunyi kelas.

Uhhh... nafas dihela panjang. Belakangnya disandar ke kerusi kayu sebelum kaki panjangnya dileret kedepan. Lelah!

bukan sekali scene macam ni terjadi, dah banyak kali.
Daniel ibarat tunggul pada Rania Adilla.

Sekali lagi tangan menyeluk poket seluarnya. Sebiji ‘bun’ perisa jagung dikeluarkan. Hajat nak bagi pada Rania, tapi gadis tu gedik nak ikut pemuda lain.

At last, plastik ‘bun’ tersebut dibuka dan isinya disuap laju kedalam mulut.
Mmmm....

Ting!
Pintu lif dibuka, lamunan Daniel mati. Peristiwa 6 tahun lalu dibiar pergi.

Laju kakinya melangkah kerumah.

Sampai dimuka pintu, butang ‘passcode’ pada mesin ‘lock’ ditekan. Hanya dia dan Rania sahaja yang tahu nombor ‘passcode’ rumahnya.

Click! Pintu dibuka.
Tangan Daniel menolak daun pintu dan tubuhnya dimasukan kedalam.

Sebelum ‘boat shoe’ ditanggalkan dari kaki, matanya sempat menjeling sepasang wedge milik Rania yang terletak elok dilantai.

Dah sampai ke minah ni?

langkah diatur ke ruang tamu.
Kelihatan Rania sedang bersandar di sofa dan matanya mengarah pada televisyen berwarna gelap dihadapannya.

Pelik?

“Kau tengok apa Rania?”
Daniel menghampiri ruang tamu, beg kertas yang berisi barang pemberian Datin Maria tadi diletakan diatas meja kopi bersama kunci keretanya.

Kemudian dia berdiri dihadapan Rania sebelum tubuhnya ditundukan mendekati wajah wanita itu.

Rania yang tersedar pandangannya dihalang, mula menautkan bola matanya pada mata Daniel. Terkejut.

“Aku tanya.. kau tengok apa dengan tv yang tak terpasang?”
Bibir Daniel didekatkan pada tengah dahi Rania sebelum cup! Satu ciuman melekat pada wajah wanita itu.

Rania tak mengelak, dibiarkan sahaja pelakuan Daniel terhadap dirinya. Dah biasa.
“Aku stress la Nil...”

“Kenapa?”
Punggung Daniel dihenyak kesebelah tubuh Rania. Dua butang teratas kemeja yang dipakainya dibuka. Panas!

Rania tidak menjawab, nafasnya dihela lagi.

Melihat keadaan Rania, Daniel turut menarik nafas, lengannya disusup masuk keleher Rania sebelum menarik bahu kiri wanita itu merapatinya dan membiarkan sisi kepala Rania tersembam didada bidangnya.

Sekali lagi Rania membiarkan pelakuan Daniel. Dia selesa begini. Sungguh selesa. Mata dipejam erat. Amarahnya masih berbaki taktala ibunya masih tak puas memaksa Rania untuk setuju dengan pinangan MakCik Badariah!
Buntu!

Lama Daniel biarkan Rania dalam dakapannya sebelum wanita itu menolak dadanya dan kembali menjauhkan wajah.

“Perempuan mana peluk kau tadi Nil?”

Emmhh? Laju wajah Daniel menghala kepada Rania. Kening lebatnya terkatup. Maksud Rania?

“Aku dapat smell perfume lancome, takkan kau pakai perfume perempuan pulak?”

Daniel menarik kolar kemeja ke hujung hidung, bau pada bajunya disedut. Betul ke bau minyak wangi perempuan? Kenapa aku tak perasan pun?

“Perempuan mana kau peluk tadi?”
Sekali lagi Rania bertanya. Bau wangian Bella dari Lancome, memang kuat terbit di tubuh Daniel. Tak mungkin lelaki tu sembur Lancome kat tubuhnya.

Daniel kembali menyandarkan tubuhnya. Rambut yang sudah messy dikuak kebelakang.
“Aku date ngan Datin Maria tadi.”
Teringat mesej Datin Maria seusai kereta dipakirkan sebentar tadi
‘Drive safely.. im going miss you all night’
Errrgghh.. geli!

“Dah tamat lah servis kau dengan dia hari ni?”

Teruja betul kau Rania? Tak jealous ke?

“Tak sempat, aku bagi alasan balik kampung, lepas tu aku chaw dari dia”
Kedua lengan Daniel diampu pada dahinya yang mendongak, mata dipejam erat. Hati mula letih dengan ‘job’ yang dilakukan sejak 5 tahun yang lalu.

“Giler.. kau tak takut ke dia lari dari kau. Kau jugak cakap yang Datin Maria tu lubuk emas kau”
Rania memusingkan tubuh menghadap Daniel yang masih bersandar, kedua kaki dinaikan dan meriba diatas sofa.

“Aku lagi takut kau lari dari aku Rania..”
Daniel berbisik halus antara dengar tak dengar.

“Hah?! Apa kau cakap Nil? Aku tak dengar”
Pipi cembung Rania dirapatkan kewajah lelaki dihadapannya. Telinganya menangkap suara Daniel, namun tak jelas patah perkataan yang ditutur lelaki itu.

Dada Daniel diangkat tinggi sewaktu dia menarik nafas, sebentar kemudian dihembus pendek, mata dibuka. Wajah Rania dah hampir mengenai hujung hidungnya. Terlalu rapat.
Nafsu jantannya berombak kencang.
Kedua pipi wanita itu dikepit dengan tapak tangan besarnya.
“Aku cakap ‘adik’ aku dah berdenyut ni nak makan kau”

Argggh! Giler!
Laju Rania menarik kedua lengan Daniel dari terus mengepit pipinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 13, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MELANCHOLIA (18+) (Love in the dark)Where stories live. Discover now