Jam 2.00 petang.
Rania dah sedia menyiapkan apa yang patut untuk Naim menghadiri mesyuaratnya.
Huh! Memang banyak lah kena sediakan. Bagus Rania jadi kerani biasa je. Biar lah gaji kecil asal kan tak penat otak nak fikir untuk berdepan dengan bos-bos besar!
Bermulannya mesyuarat hingga tamat, Rania pastikan dia tak lepaskan apa sahaja perkara yang dikira penting untuk Encik Naim dan unit mereka.
Setiap saat jantungnya bergetar laju, lebih-lebih lagi bila Encik Naim memberi pandangan serius kepadanya. Rasa semua organ nak terkeluar dari badan.
Memang lah Encik Naim dikira lelaki dambaan wanita, namun tika bekerja dia menjadi sangat serius.
Seusai habis, Rania mengekori Encik Naim kebilik lelaki itu. Semua yang dicatatnya sebentar tadi dihulur kepada ketuanya.
Hati makin berdebar saat menunggu Encik Naim membelek catatan yang ditulis oleh Rania.
Dan..
Pak!
Sedikit tersentak bahu Rania ketika Encik Naim menutup buku catatan secara tiba-tiba.
“Dah lewat ni. Awak balik la..”
Tu je?
Liur Rania ditelan pantas.
Sepasang kakinya masih terpaku dilantai.
Encik Naim angkat wajah, mata Rania direnung tajam.
“Awak taknak balik?”
“Ergh.. errr... saya keluar dulu ye Encik Naim.”
Tubuh Rania dipusing sebelum langkahnya laju keluar dari bilik.
Semua perasan bercampur baur, namun Rania biarkan. Cepat-cepat, dia mengemas mejanya sebelum mencapai tas tangan menuju ke parking kereta.
Petang itu dia memandu perlahan menuju kerumah.
Kekacauan fikiran dipejabat sebentar tadi, Rania tinggalkan. Dia perlu pulang awal kerumah. Sejak pagi tadi maknya tak habis memberitahu supaya Rania pulang awal. Bila ditanya kenapa? Tak pula maknya cerita kan.
Seusai mandi, Rania turun membantu maknya di dapur.
Pelik jugak bila tengok mak masak macam nak buat kenduri.
Nasi biasanya dimasak 2 pot, hari ni Halimah meletakan 5 pot. Siapa nak makan ramai-ramai?
“Dah sampai pun..masuk lah.”
Rania yang masih didapur memanjangkan leher melihat ke ruang tamu, taktala mendengar suara riang Halimah.
Sebentar kemudian, terkoncoh-koncoh Halimah masuk ke dapur dan menarik lengan Rania yang sedang membasuh periuk ke sinki.
“Nia. Jom ke depan, mak nak kenal kan seseorang dengan kamu”
Siapa?
Dahi Rania dikerut seribu.
Kedua tangan di lap dengan kain sebelum menurut langkah Halimah ke ruang tamu.
Oh God! Rania dah rasa nak tepuk dahi bila sepasang matanya bersilih ganti antara Makcik Badariah dan anak lelaki berusia 40an disebelah wanita itu.
Sah! Mak aku nak keneng kan dengan anak MakCik Bariah!
“Mak..”
Rania menarik lengan Halimah sambil berbisik kuat. Bibir diketap geram.
Halimah membesarkan matanya memandang kepada anak perempuanya sebelum kembali melebar senyum pada Makcik Badariah.
“Anak saya pemalu sikit..”
Pemalu?!
Adess! Rania bukan malu! Rania tahu apa mak nak buat. Tapi Rania taknak!
“Sama lah anak saya ni, pemalu sangat. Sebab tu susah perempuan nak dekat dengan dia.”
Bola mata Rania tepat mengarah kepada MakCik Badariah sebelum pandangannya jatuh pada anak lelaki wanita itu yang hanya mengukir senyum.
Erk.. geli pulak aku tengok! Hati Rania bergumam kasar.
Malam itu walau Rania terpaksa bertahan amarah atas tindakan Halimah. Namun dia tetap melayan hormat tetamu yang datang malam itu.
Nasib ada Sharizam, adik lelakinya yang turut buat muka bila sesekali pandangan memamah anak lelaki Mak Cik Badariah.
Seusai makan, mereka berlima kembali ke ruang tamu.
Rania awal-awal mintak diri untuk kembali kedapur membersihkan pinggang mangkuk.
Namun dek kerana jelingan padat dari sepasang mata Halimah, punggung Rania kembali beku diatas sofa.
Fahamlah Rania, yang maknya ingin dia terus berada di ruang tamu melayan Mak Cik Badariah dan anak lelakinya.
“Err.. untie boleh saya bercakap dengan Rania sekejap?”
Serta merta pasangan mata setiap orang terarah pada anak lelaki MakCik Badariah. Begitu juga Rania.
“Eh.. boleh je.. kenal-kenal dulu.. mana tahu menjadi nanti.”
Makcik Badariah dah menarik hujung bibirnya senyum hingga ke telinga. Bahu anak lelakinya di elus. Gentleman jugak anak aku ni kan. Hati kecilnya sikit berbangga.
Mana taknya.. ini lah kali pertama anak lelakinya setuju untuk berjumpa perempuan yang diperkenalkannya.
Melihat umur anak bujangnya yang dah cecah 40an, hati ibu mana tak risau? Anak nya punya segala, tapi bila cakap bab kahwin terus nak elak.
Ramai dah perempuan yang Makcik Badariah cuba kenalkan dengan anaknya, namun ditolak dengan pelbagai alasan.
Hingga dia mencadangkan anak bujangnya dengan Rania, entah kenapa lelaki itu terus setuju. Makin lebarlah senyum Makcik Badariah. Harap-harap ada lah jodoh anak dia dengan Rania.
Melihat raut manis diwajah MakCik Badariah dan Halimah, Rania cuba senyum walau payah.
“Pergi lah Nia.. kenal-kenal dulu.”
Kali ni suara mekar Halimah pula menyambar telinga Rania, sebelum tubuhnya ditolak untuk bangun dan mengikuti anak bujang Mak Cik Badariah ke luar rumah.
Dengan hati yang kabut dan kalut disertakan amarah yang meluap-luap, langkah Rania mengekor belakang anak bujang makcik Badariah hingga ke laman rumahnya.
“Rania Adilla..”
Rania sikit tersentak taktala nama penuhnya diseru Rizman, anak lelaki bongsu MakCik Badariah.
Lelaki itu berdiri membelakanginya sambil berpeluk tubuh.
“Maaf.. sebelum ni dah ramai perempuan yang umi cuba kenalkan dengan saya, ye saya tolak mentah-mentah sebab saya tak suka dikongkong oleh perempuan. Pada saya jika saya berkahwin, saya ada tanggungjawab pada perempuan tu dan everthing in my life going to be change.”
Rizman menghentikan ayat sebelum menghembus nafas berat. Seraya tubuh kentalnya di pusing menghadap Rania.
“But. I think, you and me can live together without argument.”
Kening Rania bertaut. Hati nya dah bagai-bagai rama-rama taktala jantan depan dia taknak teruskan prosedur ‘keneng-keneng’ ni. Adat lapuk. Tapi bila Rizman kata nak teruskan hidup dengannya. Serta merta jantung Rania beku.
“Saya tak kenal awak sangat Rania, tapi saya jenis yang particular, sebelum umi mintak saya jumpa awak, saya dah investigate pasal awak.”
What?!
“Awak takde hak nak siasat privacy saya, Rizman”
Rania yang hanya mendiamkan diri dari tadi terus memangkah ayat Rizman
Sepasang mata bundarnya dibesarkan. Geram!
“Saya dah cakap dengan awak, saya jenis yang particular. Lagipun tak salah kalau saya siasat siapa awak, kita bakal hidup berdua. Of course saya kena tahu tentang awak Rania.”
Hidup berdua? Siapa kata aku nak hidup dengan kau? Hujung bibir Rania diangkat tinggi, kedua lengan disilang ke dada. Tak mahu mengalah.
“Awak..”
“Rania.”
Rizman memangkah ayat Rania yang baru sepatah.
“Kita tak perlu nak argue lagi, saya setuju dengan cadangan ni, saya akan kahwin dengan awak dan lepas tu awak boleh terus kan life awak dan saya taknak awak ganggu life saya.”
“Wait! Saya tak cakap saya nak kahwin dengan awak Rizman.”
Ah! Melampau?! Ingat aku apa? Patung?! Tunggul kayu?! Awal-awal dah tunjuk belang! Sekali lagi Rania juih bibir.
Rizman menghalakan pandangan tajamnya kearah Rania. Kedua lengan diturunkan dari dada dan dibawa kesisi tubuh.
“Awak tak kahwin dengan saya, awak nak kahwin dengan siapa? Ada ke lelaki nak perempuan jenis macam awak? Mudah ikut jantan kemana saja?”
Hah?!
Kali ni bola mata Rania dah macam nak terkeluar dari kantung. Renungan tajam Rizman dilawan. Jantung mula berombak laju.
Apa maksud Rizman?
Lama mereka diam sebelum Rizman kembali bersuara setelah bibirnya menghembus keluh.
“Rania... i have everything, kerjaya, rumah, harta. Awak Cuma basuh kaki je kalau kahwin dengan saya. Then Awak boleh tutup segala kerja buruk awak and saya boleh teruskan hidup tanpa ada desakan Umi yang tak habis-habis mintak saya kahwin. Two bird, one stone. Simple”
Rania terus memandang aksi Rizman yang berkata-kata tanpa rasa bersalah. Hati makin dirundum gelisah. Lelaki dihadapanya seolah-olah tahu segalanya pasal beliau. Jika diteruskan pergaduhan ni sah-sah rahsia hidup Rania akan bocor. Kalau maknya tahu lagi parah Rania dikerjakan.
Liur kelat diteguk laju. Nafas ditarik dalam sebelum kembali bersuara.
“Encik Rizman.. listen. Saya taknak kahwin dengan awak walaupun mak saya paksa saya.”
Tubuh Rania dipusing membelakangi Rizman, hajat hati untuk meninggalkan lelaki itu.
“Rania. Awak akan senang kalau hidup dengan saya.”
Langkah Rania terhenti, namun tubuhnya masih dihadapan Rizman tanpa sedikit pun menoleh pada lelaki itu. Perasan marah makin berbaur.
Tak sampai sesaat Rizman sudah melangkah dan berdiri disebelahnya. Wajah lelaki itu dirapatkan kecuping telinga Rania.
“Think about that Rania Adilla..”
Jantung Rania terus beku saat suara garau Rizman menerpa koklea telinganya.
Sesuai bersuara, Rizman melangkah laju masuk kedalam rumah meninggalkan Rania yang terus diburu rasa sakit hati!
Nak dilawan, takut segala kisah hidup Rania bocor, jika dibiar dia takut dia terpaksa mengikut cadangan maknya untuk berkahwin dengan Rizman.
Harggh! Serabut!_________________________
Sorry sebab lambat nak update MELANCHOLIA.
Sebelum tu nak cakap yang i memang tak pandai guna wattpad.. sebab tu lembap skit.. 🙏🙏
Btw MELANCHOLIA is more about mature scene.. siapa yang rasa tak sanggup nak baca.. jangan teruskan.
Dan yang ingin teruskan pembacaan sila vote dan komen
tq 🤗🤗💖💖

YOU ARE READING
MELANCHOLIA (18+) (Love in the dark)
Spiritüel#ranked 1 : skandal GIGOLO DAN MISTRESS BERTEMU.. CUBA BERSATU DALAM KISAH YANG KIAN KELAM. Hanya kerana dia ANAK IKAN maka dia akan masuk neraka? Hanya kerana dia PEREMPUAN SIMPANAN maka kulitnya akan disiat api kejahilan? Dan hanya kerana kita yan...