s e m b i l a n

10 4 0
                                    

'PERHATIAN, kepada semua penumpang KR 4556 sila bersedia utk turun ke Lapangan Terbang Incheon.'

Aku menukar fikiranku, aku akan hadir ke majlis perkahwinan mereka. Aku akan lupakan perasaan aku, demi persahabatan kami. Aku menelefon teksi.

Sampai sahaja di hotel, aku membuka telefonku. Jungkook menghantar pesanan kepadaku.

'Mingyu, aku harap sangat kau datang esok. Aku sayang kau.'

Aku tutup kembali telefonku. dan aku berbaring dan terlena dibuai mimpi. Tepat jam 6:30 pagi, aku bangun dan mandi utk menyiapkan diri aku. Aku memakai tuxedo hitam yg aku beli sempena utk majlis kawin Jungkook dan Haneul.

Aku menelefon teksi utk menghantar aku pulang ke rumah. Setelah sampai, aku menatap rumah yg sudah lama aku tinggalkan. Aku masuk ke dalam rumah tersebut. Gelap, mereka masih belum bangun.

Aku naik ke tingkat atas, aku membuka pintu bilik Haneul. Aku melihat Haneul masih lagi tidur, dan mata aku menangkap satu gaun putih yg tergantung di almari.

Aku tersenyum pahit. Aku menyedarkan diriku kembali. Aku terus ke katil Haneul. Aku duduk dan menepuknya perlahan.

"Haneul, aku dah balik. Bangun la, kau nak kawin kan harini." kataku. Haneul masih mamai, dia asyik menyebut nama Jungkook. Aku endahkan sahaja. Aku mengejutkan dia sekali lagi, dan dia menggosok matanya.
"Mingyu?" dia panggil namaku. "Ya..." aku jawab perlahan. Dia pantas bangun dari tidurnya dan memelukku erat.
"Mingyu! I miss you!!" dia menjerit di telingaku. Aku tersenyum.

"Mingyu, kau dah balik?" aku melepaskan pelukan Haneul dan bangun memeluk Jungkook. Air mataku hampir mengalir saat aku memeluk Jungkook.

Please Don't Where stories live. Discover now