KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, KEMAMAN
7.26 PAGI
Matahari mula beranjak naik ke langit. Seluruh pelosok negeri di Semenanjung Malaysia sudah mulai terang sejak 7.12 pagi tadi. Bagaimana pun keadaan itu sentiasa berubah-ubah setiap tahun disebabkan putaran paksi dan daya tarikan gravitinya sendiri.
Sejak dari awal pagi tadi, kebanyakkan warga Kemaman telah pun berangkat keluar dari rumah mereka untuk melakukan rutin harian mereka. Oleh sebab itu, kesibukkan jalan raya menuju ke bandar semakin pesat kenderaan bermotor. Namun begitu, lain pula kesibukan yang sedang melanda di sebuah kolej kemahiran di daerah Kemaman ini.
Satu demi satu mahasiswa memasuki perkarangan kolej sejak dari awal pagi lagi. Pada minggu inilah, mahasiswa-mahasiswa di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kemaman ini perlu melakukan persediaan untuk menghadapai peperiksaan semester yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi. Mereka perlulah mencari dan meyediakan bahan bacaan mereka sendiri dengan bantuan daripada pensyarah-pensyarah di situ.
Kini matahari bersinar dengan megahnya sambil menyebarkan bahangnya terus ke lantai bumi. Kesibukan para mahasiswa semakin meningkat biarpun sudah melepasi waktu tengahari. Pada masa ini, perpustakaan merupakan tempat paling sibuk sekali. Kini perpustakaan dibanjiri oleh mahasiswa yang ingin mengulangkaji pelajaran dan meminjam bahan bacaan di situ.
Rizal segera datang ke perpustakaan sebaik sahaja kelasnya pada hari ini berakhir. Nafasnya turun naik tanpa henti. Dia bergegas menuju ke perkarangan pintu masuk perpustakaan. Anak tangga demi anak tangga dilangkah menuju ke pintu masuk utama perpustakaan. Dia langsung tidak memandang ke hadapan tetapi memandang jam tangannya itu. Lalu Rizal terlanggar seseorang.
"Aduhh..." Seorang gadis berbaju kurung berwarna merah jambu bersuara kesakitan. Buku-buku miliknya kini terjatuh ke lantai. Spontan tangan kanannya menyentuh bahu kirinya yang berada dalam kesakitan. Seperti Rizal juga, dia turut tidak memandang ke hadapan ketika dia berjalan keluar dari perpustakaan tadi. Mujurlah dia tidak tersungkur jatuh di atas tangga semasa perlanggaran tadi.
"Sorry. Saya tidak sengaja." Ujar Rizal. Dia segera meminta maaf atas kesalahannya itu. Tidak dinafikan lagi, kecuaian sememangnya membawanya kepada masalah.
Gadis itu hanya berdiam tanpa berkata apa-apa. Tangan kirinya masih lagi menyentuh bahu kanannya. Riak wajahnya berubah. Dia berasa malu kerana dia juga berasa bersalah dalam hal ini tetapi orang lain yang meminta maaf.
"Sorry. Biar saya tolong ambilkan." Rizal sekali lagi memohon maaf atas kecuaiannya itu. Dia segera membongkokkan dirinya lalu mengutip semua buku milik gadis dihadapannya itu sebagai tanda minta maafnya. Manakala buku miliknya dibiarkan terdampar terlebih dahulu. Sejurus itu, buku-buku itu kembali ke pangkuan tuanya semula.
"Terima kasih." Jawab gadis itu sambil menerima buku miliknya dari tangan Rizal. Dia segera berjalan pergi meninggalkan Rizal. Mereka berdua langsung tidak sempat melihat wajah sesama sendiri.
Rizal kaku berdiri di situ. Suara yang menjalar masuk ke dalam telingganya tadi membuatkan dia tergamam seketika. Sepertinya dia pernah mendengar suara ini tiga tahun yang lalu. Sebuah suara milik seseorang yang amat dikenalinya pada ketika itu.
Rizal menoleh ke belakangnya. Matanya meliar mencari gadis tadi. Namun begitu, Gadis itu telah pun pergi dari sudut pandangannya. Pergi tanpa meninggalkan sebarang jejak tetapi menanamkan seribu satu persoalan di dalam kepala Rizal pada ketika itu.
Astaghfirullah. Apa yang aku sedang fikirkan ini. Itu tidak mungkin dia. Dia sudah lama perg. Rizal bergumam di dalam hati. Dia mengeluh tiga empat kali. Fikirannya bercelaru memikirkan apa yang sedang terjadi kepadanya.

YOU ARE READING
Mungkinkah Ini... Takdirnya.
RomanceTakdir hidup merupakan sesuatu yang manusia dapat merancang tetapi bukan menetukannya. Begitu juga dengan hidup sebuah pasangan iaitu Afina dan Rizal. Mereka inginkan hidup yang bahagia namun jawapan dunia adalah sebaliknya menyebabkan mereka telah...