" balik nanty lepak cafe member saya nak? " jhope memasukkan roti sosej ke dalam mulutnya sekaligus.
Aku melihat pipinya kembung kerana roti didalam mulut. Comel. Aku mencucuk cucuk pipinya berulang kali sehingga kunyahan terakhir .
Dan tangannya kini dipipiku. Mencucuk. Daripada mencucuk aku mengubah ke mencubit pipinya dan dia mengikut apa yang aku lakukan ke atas pipinya. Aku meletakkan jariku ke bibirnya . Dia pon sama.
" hye bro . Sweet nampak . " tegur seorang lelaki . Mungkin junior . Aku tidak pasti . Dia membawa bekas seperti roti dan bercakap dengan jhope. Aku tidak pasti akan butirannya kerana aku tidak dapat fokus apa yang mereka bualkan sampaila jhope dipaksa makan roti didalam bekas itu kerana kalah dalam " permainan mereka ". Aku ralit memandang jhope yang sedang mengunyah roti itu dan ..
" bluerk . " jhope berlari anak ke sinki dan memuntahkan isi roti ke dalam sinki. Aku bangun dan melihat isi roti yang masih berbaki di dalam bekas roti itu . Ada wasabi. Aku memandang lelaki itu dengan perasaan yang agak marah. Aku sempat melihat nametag yang tersemat di bajunya .
Choi hansol .
Dia ketawa terbahak bahak sambil memegang perutnya. Aku mengendahkan dan berlari anak ke arah jhope. Aku usap belakangnya . Dia menadahkan tangannya ke pili paip . Air mencurah ke tapak tangan dan dia memasukkannya air ditapak tangan ke dalam mulutnya dan menelan.
Setelah 5 minit , dia menutup pili paip . Aku melihat mukanya berpeluh peluh. Bajunya juga terdapat kesan basah dibahagian belakang badan , leher dan ketiak . Aku menariknya sampai ke loker. Aku menyeluk poket dan mencari kunci . Aku membuka loker dan mengambil sehelai baju dan towel.
" nah amik nih . Tukar baju and towel nih boleh lap badan . " aku menghulurkan kedua dua barang itu ke hadapan dia. Dia Memandang aku dan barang ditangan secara bergilir sebelum mengambil barang itu di tangan ku.
" pegilah dekat bilik menukar baju . Saya tunggu dekat luar . " dia memasuki bilik menukar baju untuk lelaki .
Aku duduk di bangku dihadapan papan tanda -bilik menukar baju ( lelaki ) - . Aku memandang jam dan kembali melihat kiri dan kanan. Aku cuba membuat sesuatu untuk menghilangkan bosan. Aku membongkok dan mengemaskan lagi tali kasutku . Tiba tiba kepalaku berasa sejuk . Aku mengangkat kepala dan aku melihat krystal bersama kawan kawannya sedang memandang aku sinis . Ditangannya ada cawan yang sudah kehabisan air . Baru aku sedar air didalam cawan yang dipegang tadi sudah dituangkan di kepala aku.
" aku dah kata jangan sentuh oppa aku ! Takfaham ke ?! " dia menengking aku . Aku hanya tertunduk. Orang sekeliling yang melihat hanya mampu pandang simpati. Tidak dapat berbuat apa apa kerana mereka takut akan mereka.
" saya dengan dia kawan je . " aku memberanikan diri untuk menjawab persoalan dia tapi tidak mampu untuk mengangkat kepala dan memandang dia .
" dah berani menjawab. Kau nih nak kena kan ?! " dia mengangkat tangannya setinggi tinggi yang mampu seperti pemain bola tampar yang ingin bertindak balas bola ke pihak lawan.
Dan sebelum tangannya hinggap di pipi ku , ada satu lagi tangan yang menahan tangannya.
Ya itu tangan jhope. Jhope melepaskan tangan krystal kasar. Dia memandang krystal seperti mahu memakannya . Krystal memandang jhope dengan pandangan manja sambil mengigit bawah bibirnya .
" kalau tangan kau yang kotor nih hinggap dekat pipi hyomin , aku akan pastikan kau terseksa sampai mati ! " jhope sempat memberi amaran kepada krystal sebelum menarik lenganku ke tempat lain .
YOU ARE READING
The Truth . - Jung Hoseok ..
Mystery / Thriller" Aku yang bina hidup dia , jadi . Dia aku punya. ". - Jung Hoseok.