Ingin karya anda dipromosikan?
Nova Elite telah menyediakan slot Promosi Karya untuk bantu para penulis promosikan karya.
Bagaimana cara?
Anda hanya perlu emailkan kepada kami Kulit Buku, Tajuk Karya, Sinopsis dan Nama Penulis.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Pemenang Anugerah Sampingan :
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Tajuk Karya : The Prince's Queen
Nama Penulis : @ndmra_
Sinopsis :
Disatukan kedua kerabat ini bukanlah disebabkan kehendak hati. Kisah disebaliknya lebih memeritkan. Akibat satu nyawa terkorban, satu nyawa lagi perlu dihapuskan. Pembunuh memerlukan seseorang untuk menjadi kambing hitam.
Malang sekali, Tengku Puteri Izzandra Rossa dituduh sebagai pembunuh seorang ahli kerabat, Tunku Firash Hayden.
Kerana tuduhan itu, dia terpaksa disatukan dengan Tuanku Putera Zachary Hayden, sepupu kepada mangsa pembunuhan. Benci berganti sayang... Setiap perkahwinan pasti akan merasakan hal yang sama.
Suatu hari, Izzandra dan Zachary digemparkan dengan berita kemalangan seluruh ahli keluarga Zachary. Kejadian itu memaksanya untuk mewarisi takhta sebagai seorang pemerintah mutlak. Izzandra sentiasa menyokongnya di kala susahnya. Bunga-bunga cinta kian mekar saban hari.
Saat baru sahaja ingin mengecap bahagia, pembunuh sebenar kembali. Kes pembunuhan Tunku Firash Hayden dibuka semula. Izzandra berdepan hukuman yang membawa kematian.
Mampukah Zachary mempertahankan dirinya walaupun Zachary tidak dapat menggunakan kuasanya untuk hal undang-undang? Siapakah pula Syed Fazwan Iqbal dan Nik Fathiha Nadira?