Ep3

461 58 14
                                    

Setelah menempuh perjalanan yang amat jauh, dari seoul hingga sampai ke Malaysia. Akhirnya mereka tiba di sebuah kampung yang dinamakan Kampung Kuali Terbang.

"Jadi inilah yang dinamakan Kampung Kuali Terbang tu." ujar seonghwa sambil matanya liar melihat sekeliling.

"Hongjoong hyung.. Mana rumah yang kita nak duduk tu? Jinyoung tak guna tu cakap semua benda dia tanggung termasuk tempat tinggal.  So mana rumahnya?" Soal yeosang.

"Mengikut alamat yang dia bagi.. Ni lah rumahnya." Balas Hongjoong sambil menuding jarinya kearah sebuah rumah yang terletak betul-betul di hadapan mereka.

"what?! Rumah kayu?! Euww.. Tak ada kelas.."

"kau jangan nak menggedik ah yunho

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"kau jangan nak menggedik ah yunho.  Kau patutnya bersyukur sebab nenek kebayan tu bagi kita tempat tinggal pastu tanggung semua perbelanjaan kita masa kita jalankan misi ni. Kalau orang lain mana nak tanggung benda ni semua. Nak kerja kena keluar modal sendiri." Bebel wooyoung.

"Hah dengar tu yunho." San mula mencela.

"hmm yelah. Aku dengar.." Yunho menggosok-gosok telinganya.

"Guys.. Aku mengantuk lah.. Sejak kita semalam aku tak tidur.. Jom lah masuk." Mingi mula merengek kerana terlampau mengantuk.

"Ceh.. Mengantuk lah sangat. Masa dalam kapal terbang kau bukan dah membabi buta ke?! Itupon masih mengantuk lagi?" Ujar yunho.

"dah aku rasa mengantuk lagi nak buat cam mana." balas mingi.

"jap ehh.. hyung pergi buka pintu.." Hongjoong mengeluarkan segugus kunci lalu mula membuka pintu rumah itu.

"aik?? Asal tak boleh buka ni?!"

"kenapa hyung?" soal san.

"Ni hah.. Pintu ni buat hal pulak.."

"lah..  Emm kalau cam tu bagi aku buka.. Bab-bab buka pintu ni serahkan je pada aku..  Aku memang pakar dalam hal ni.. " San dengan bongkak terus berjalan menaiki tangga kecil untuk membuka pintu rumah.

Baru sahaja menapak dua-tiga anak tangga,  Anak tangga yang diperbuat dari kayu itu tiba-tiba patah sejurus san memijaknya lalu dia jatuh tergelincir. Alangkah malangnya apabila treasure milik san terhentak sedikit.

"Aduhh!! Sakitnya!!" San memegang treasurenya.

"hah tu lah..  Lain kali jangan jadi riak.. Kan Allah dah bagi cash on delivery.." Kata Jongho lalu menggigit buah epal.

"Kau diam lah gemok!!"

"Dah-dah lah tu san. Jangan dilayan orang tak berapa nak waras ni. Nanti kau jugak yang sakit hati." pujuk wooyoung.

"Apa hyung cakap?!"

"Enough!!!!!" seonghwa mula hilang sabar dengan perangai anak-anaknya.

"Hah jongho!! Daripada kau sibuk bagi dakwah sentap tak bebayar kau tu, baik kau tolong minion terkutuk ni bukakan pintu. Dapat jugak pahala." Bebel seonghwa.

"jahanam punya maknyah!! Boleh lagi dia kata aku ni minion terkutuk." Bisik hati hongjoong.

"Yelah-yelah.." Jongho dengan pasrah mula membantu hongjoong membuka pintu rumah.

Setelah berusaha selama 1 saat, akhirnya pintu rumah itu terbuka. Tapi~

"weh jongho.. Apa yang kau dah buat ni?!" soal mingi yang terkejut beruk.

"hehehe.." Jongho hanya mampu tersengih sambil memegang pintu rumah yang telah tercabut hasil perbuatannya sendiri.

"Haishh.. Ni lah padahnya dapat maknae yang terlebih kuat. Semua benda nak dijahanamkannya." Hongjoong menepuk dahinya.

"Dah-dah.. Jom masuk cepat. Hari dah nak senja ni. Orang tua-tua cakap tak baik kalau duduk luar masa maghrib, nanti ada yang ikut." seonghwa menasihati anak-anaknya.

"Baik omma!!"

Kesemua Ateez masing-masing mula melangkah masuk ke dalam rumah.

"emm guys. Pintu ni cam mana?" Tanya jongho kepada rakan-rakannya.

"Cam mana apanya lagi. Kau pergi lah betulkan. Selagi kau tak betulkan pintu ni, selagi tu kau tak boleh masuk. FAHAM!!" Tegas seonghwa.

"hmm baiklah.." Balas jongho dengan pasrah.

"Alah jongho, jangan lah sedih. Tak apa nanti aku tolong kau betulkan pintu ni. Ok??" ujar yeosang.

"Thanks hyung. Hyung sorang je lah yang paling baik kat dunia ni.  Yang lain cam setan. Asyik nak buli budak kecik je. Lagi-lagi San hyung. Dah lah perangai serupa bapak setan."

"betul betul betul..." Yeosang mengangguk laju.

"Hah!! Mengumpat-mengumpat!! Pintu tu bila nak siap?!" Kata seonghwa yang sedang memerhati mereka dari tingkap.

"on the way hyung on the way." Kata jongho.

"On the way lah sangat." Ujar seonghwa lalu pergi.

"Dah jom kita betulkan pintu ni cepat.  Kalau tak siap nanti mak tiri kau tu mengamuk cam singa hilang anak." Kata yeosang kepada jongho.

"Ok jom!"

Bersambung..

[OG] Kampung Boy <AteeZ>Where stories live. Discover now