NAK JADI SUCI BERSIH TANPA DOSA SEPERTI BAYI?
Kita kadang-kadang sedih, dan rasa putus-asa dengan hidup, seolah-olah tiada lagi harapan untuk kita di ampuni.
TAPI, hakikatnya, Allah sentiasa ada untuk mengampuni kita.
Cuma, kadang-kadang, kita lalai dan terus lalai, sehingga lupa untuk minta ampun.
NAMUN, walaupun kita tak minta ampun dan lalai, Allah masih nak ampunkan kita!!
Bagaimana?
Cara Allah nak ampunkan kita ialah, Allah akan UJI kita!
Bila kita redha atas ujian tersebut dan bersabar, Allah akan ampunkan SEMUA DOSA KITA, sehingga suci seperti bayi yang baru lahir!
Subhanallah!
Tapi, kalau kita tak sabar dan tak redha atas ujian tersebut, Nauzunillah, takut-takut Allah tak redha kita.
Nabi saw yang tercinta ada bersabda:
"Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman: Sungguh Aku bila menguji seorang hambaKu yang beriman, lalu dia memujiKu atas ujian yang aku timpakan kepadanya, maka pabila ia bangkit dari tempat tidurnya, dia akan bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya.."
(HR Ahmad)MasyaAllah!
Betapa agungnya pengampunan Allah!
Kerana itu, sahabatku, bila kita di uji dengan apa-apa musibah, jangan merungut, usah mengeluh. Jangan salahkan Allah.
Tapi, ketahuilah, Allah uji kita sebab Allah nak ampunkan kita.
Mungkin kita terlalu lalai untuk bertaubat, lalu Allah sentak hati kita dengan ujian, agar kita kembali sedar bahawa kita hamba. Dan, bila kita redha dengan ujian itu, Allah akan ampunkan semua dosa kita.
Segala puji bagiMu Allah!
Tiada tuhan melainkanMu!
YOU ARE READING
One Tazkirah A Day
PoetryKenapa kita kena ada tazkirah? Tazkirah ialah peringatan untuk renungan semua dan pedoman untuk menghadapi kehidupan kita. Tanpa peringatan, kita kecundang. Tanpa pedoman, kita bakal hilang arah tuju. Semoga kita sama-sama dapat muhasabah dan per...