KITA SOLAT BUKAN SEBAB KITA BAIK, TETAPI...
Jahat macamana pun kita, jangan tinggal solat.
Pernah berzina? Itu bukan alasan untuk tinggal solat.
Pernah minum arak, mencuri, tengok video lucah, couple, ketagih drama, mencarut, dan segala maksiat yang pernah kkta lakukan, itu bukan alasan untuk tinggal solat.
Kerana... Kalau betul kita islam, solatlah.
Kalau betul nak berubah, solatlah.
Kalau betul cinta Allah, solatlah.Kalau nak dapat kekuatan, solatlah.
Kalau nak berjaya, solatlah.
Kalau nak kebahgiaan, solatlah.Solat itu lama kelamaan akan menghakis jahiliah dalam diri kita, sehingga akhirnya kita jadi yang terbaik.
Kawan... Solatlah, jangan sesekali tinggalkan solat dengan sengaja.
Jika kita pernah tinggalkan solat, taubatlah dengan taubat nasuha, kemudian qadha' lah kembali solat yang kita telah tinggalkan, dan jangan ulangi lagi.
Ingat, kita solat bukan sebab kita baik. Tetapi kita solat sebab kita adalah HAMBA.
Moga Allah masukkan kita ke dalam golongan yang mendirikan solat!
YOU ARE READING
One Tazkirah A Day
PoetryKenapa kita kena ada tazkirah? Tazkirah ialah peringatan untuk renungan semua dan pedoman untuk menghadapi kehidupan kita. Tanpa peringatan, kita kecundang. Tanpa pedoman, kita bakal hilang arah tuju. Semoga kita sama-sama dapat muhasabah dan per...