"What are you going to do right now?", tanya Maya, pengurusnya.
Adriana masih lagi menangis memikirkan apa yang berlaku sebentar tadi. Dia berharap itu semua mimpi buruk. Dia menampar pipinya berulang kali sehingga menimbulkan rasa pedih pada bahagian pipinya.
Tapi itu semua realiti yang berlaku terhadap dirinya apabila Haikal betul-betul mencuranhi dirinya.
"I don't know. I can't think right now. Please bring me far away from here. I need some space to think", pinta Adriana dengan suara sengau akibat terlalu kuat menangis.
Maya menurut keinginan Adriana. Dia turut terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia ingin mencakar muka perempuan tersebut dengan kukunya yang panjang.
Tapi ditahan keinginan itu apabila melihat Adriana terlebih dahulu menarik rambut perempuan tersebut dengan sekuat hati. Puas hatinya melihat situasi tersebut. Memang patut perempuan tersebut diperlakukan seperti itu.
Sudahlah merampas tunangan orang, boleh pulak dia buat muka tak bersalah dan selamba.
Dia kasihan melihat Adriana yang tak henti-henti menangis setelah pulang daripada rumah Haikal. Tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku memandangkan dia fikir hanya dalam drama-drama sahaja perkara ini terjadi.
"Why not you pergi bercuti?. Tenangkan diri", Maya memberikan Adriana cadangan. "Bercuti?, Dekat mana?", tanya Adriana kembali. Satu cadangan yang bagus.
Memandangkan jadual shooting nya tidak terlalu padat, ada baiknya dia pergi tenangkan diri. "I ada kawan uruskan satu resort percutian di Terengganu. Why not you pergi sana?" balas Maya.
Terengganu.Adriana berfikir sedalamnya. Bagus juga cadangan Maya. Boleh dia lari sebentar daripada permasalahan yang timbul.
"Bagus juga cadangan you", kata Adriana yang sudah mula reda dengan tangisan. Maya membalas dengan senyuman.
Adriana melintasi pantai yang mendamaikan dengan memegang sandalnya. Tudungnya hampir tercabut disapa angin pantai. Dress labuh yang dipakai basah dihempas ombak pantai.
Melihatkan ombak yang menderu membuatkan hatinya disapa perasaan tenang. Lupa sebentar akan permasalahan yang sedang dialaminya sekarang. Percutian di tepi pantai atas saranan Maya betul-betul berbaloi untuk Adriana.
Dia berjalan dan terus berjalan di tepi gigi air sambil menikmati warna biru air laut. Sedang asyik berjalan dengan tiba-tiba dia terlanggar dengan seorang lelaki.
"Ouchh", lelaki tersebut mengerang kesakitan. Adriana terkejut dengan suara garau itu. Yang lebih memalukan lagi apabila kakinya terpijak kaki lelaki itu. Patutlah dia mengerang kesakitan.
"Maaf, maaf, saya tak sengaja", tunduk Adriana meminta maaf berulang kali terhadap lelaki itu. Dia mengangkat kepalanya dan terkejut melihat gerangan yang berada di hadapannya. Satu figura yang sangat perfect di mata. Handsome, tegap, muka bersih dan tinggi. Tapi yang lebih memeranjatkan lagi apabila dia kenal lelaki tersebut.
Daniel Aisy.
Satu nama yang tidak asing dalam industri hiburan. Seorang CEO muda yang berjiwa besar. Memiliki syarikat hiburan yang terbesar di malaysia, DA Entertainment. Seorang yang heartless. Itu gelaran yang diberikan oleh orang-orang industri hiburan apabila berurusan dengan Daniel Aisy.
Daniel terpaku melihat Adriana. Tidak pernah dia melihat wanita secantik Adriana. Kulit mulus, bibir mungil dan juga tinggi. Dia juga terkedu dengan suara Adriana yang begitu lembut menyapa telinga.
"Hello", Adriana melambai lambai tangan di hadapan muka Daniel. Daniel tersedar dan mukanya merah akibat malu dengan perbuatannya sendiri.
"Awak tak apa-apa ke?", tanya Adriana dengan wajah yang risau. Daniel membalas dengan senyuman. Adriana terpaku melihat senyuman Daniel. Dengan lesung pipit di pipi kiri, menambah lagi kehandsomeman seorang insan bernama Daniel Aisy.
"Nothing to worry, just a little bit pain", balas Daniel.
Adriana mula risau dan kesal dengan perbuatannya. Itulah, termenung jauh lagi. Kan dah terlanggar orang. Desas hatinya. Dia mengigit bibirkan tanda nervous. Dia sedang berhadapan dengan orang paling berpengaruh dalam industri hiburan. Tangannya tiba tiba sejuk.
Dengan tidak semena-mena, dia melarikan diri akibat terlalu nervous berhadapan dengan Daniel. Daniel cuba memanggilnya namun Adriana tidak berani untuk menoleh kebelakang.
"Jay, aku ada tugas untuk kau", kata Daniel di hujung talian menghubungi setiausaha merangkap best friend forever nya. "Tugas apa tu boss?", tanya Jay dengan nada hairan.
Kebiasaanya apabila Daniel bercuti, dia jarang memberi kerja atau tugas kepada Jay memandangkan prinsip Daniel yang tidak akan mencampuradukkan urusan kerja dengan peribadi.
"Aku nak kau siasat tentang seorang wanita", jelas Daniel. Wanita yang dimaksudkan adalah Adriana. Nampaknya dia sudah terpaut dengan kelembutan Adriana.
"Baik, boss", balas Jay tanpa banyak soal.Adriana mundar mandir di dalam biliknya. Perasaan resah dan gelisah masih belum hilang sejak kejadian tadi. Dia keluar dari biliknya Dan menuju ke kafe yang berdekatan. Dia memesan iced latte bersama croissant sebagai santapan untuk mengisi perutnya yang sudah berbunyi.
Sedang melayan perasaan, tiba-tiba satu kelibat muncul di hadapannya. Mujur tidak tersembur air yang diminumnya. Daniel Aisy, desas hatinya. Apa yang dia buat dekat sini? Nak balas dendam ke? Soal Adriana dalam hati.
Melihatkan wajah Adriana yang kalut dan resah menimbulkan perasaan lucu di hati Daniel. Dia suka melihat wajah kalut Adriana. Comel. Kata hatinya.
"Hi, can I join you?, Seems like there no sit left", tanya Daniel dengan penuh lembut sambil memandang sekeliling kafe tersebut "Yes, yes sure", balas Adriana. "What's your name? Seems like I have seen you before?", soal Daniel. Jujur dia cakap yang Adriana memang familiar tapi dia tidak ingat.
"Adriana. Iman Adriana", balas Adriana malu-malu. "Did you just said Iman Adriana? The famous hijabi model one? What a coincidence? You look pretty in real life", balas Daniel dengan wajah terkejut.
Patutlah lawa, model rupanya. Siapa yang tidak kenal Iman Adriana? Model hijabi pertama Malaysia yang berjaya menembusi pasaran luar negara. Menjadi model hijabi pertama berkolabarasi dengan syarikat model terkenal di Itali.
Namun, dia merupakan model syarikat pesaingnya, HaIs Entertainment di bawah kendalian Haikal Iskandar.
Namun, Daniel tidak memperdulikan akan hal itu. Dia tetap ingin berkenalan dengan Adriana.
Suatu kemahuan yang akan dicapai jua. Desis hati Daniel. Dia senyum sendiri.
YOU ARE READING
Would You Be Mine Forever?
RandomBekas tunang curang saat perkahwinan menjelang tiba membuatkan Iman Adriana, seorang model terkenal membawa diri untuk menutupi luka di hati. Pertemuan dengan Daniel Aisy secara tidak sengaja ketika bercuti di pantai mula membibitkan rasa cinta di...