Bab 6

125 2 0
                                    

Waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Segala persiapan telah dibuat. Majlis nikah secara kecil-kecilan telah dibuat di rumah Adriana. Cuma dihadiri sedara mara yang terdekat. Tiada seorang pun rakan artis mahupun media dijemput. Semuanya dibuat secara tertutup atas permintaan Adriana. Adriana memakai sepersalinan baju kurung pahang berwarna putih. Wajahnya dioles dengan solekan minimal untuk menaikkan seri lagi di wajahnya.

Dia terpegun melihat kekacakkan Daniel yang lengkap berpakaian melayu dan bersampin. Persis lelaki melayu terakhir. Daniel melihat ke arah Adriana dan turut terpaku dengan kecantikkan Adriana. Adriana melarikan pandangannya apabila matanya bertemu dengan mata Daniel. Dia tertunduk malu.

Daniel tersenyum . Tok kadi sudah berada di hadapannya. Dia berdebar. Dengan sekali lafaz, dia dah menjadi suami kepada Adriana. Dia menuju ke arah Adriana untuk menyarungkan cincin. Adriana gementar. Tangannya sejuk dan mukanya berpeluh. Daniel menyarungkan cincin ke jari manis Adriana. Dia jugak berdebar. Dia teragak agak untuk mencium dahi Adriana tanda mereka Sudan dah menjadi suami isteri.

Seminggu sebelum pernikahan, mereka berjumpa lagi untuk membincangkan tentang perkara ini. Adriana setuju untuk berkahwin dengan Daniel. Dia sudah fikir masak masak akan hal ini. Daniel juga bersetuju sambil menetapkan syarat bahawa Adriana perlu resign dari syarikat Haikal. Dia tidak mahu Haikal mengganggu Adriana lagi. Adriana setuju dengan syarat tersebut memandangkan dia juga sudah tawar hati untuk berkerja di syarikat tersebut setelah apa yang berlaku.

"Kalau I resign, nanti I nak kerja apa? Dengan siapa? You tahu kan yang I ni model. Ni impian I", tanya Adriana. "Apa guna bakal suami you ni ada syarikat besar kalau tak boleh tolong bakal isteri dia?", balas Daniel dengan senyum. Adriana berfikir. Memang antara impiannya adalah untuk berkerjasama dengan syarikat Daniel. Sekarang inilah masanya. "Tapi I ada syarat. Syaratnya adalah, tiada siapa patut tahu yang kita ni dah kahwin. Bila sampai masanya, I akan reveal pasal hubungan kita kepada umum", kata Adriana. Biarlah perkahwinan ini menjadi rahsia dahulu. Dia tidak mahu menghebohkan lagi.
"Ok, I setuju", balas Daniel tanpa bantahan.

Daniel masuk ke dalam bilik. Dia melihat Adriana. Kelihatan Adriana sudah membuang tudungnya. Dia terpegun . Adriana sangat cantik. Rambutnya ikal mayang dan panjang pinggang.

"You, tolong I bukakkan zip baju ni. Tangan I tak sampai la", pinta Adriana . Daniel terus melakukan apa yang disuruh oleh Adriana. Ini malam pertamanya bersama Adriana. Dia berdebar melihat tubuh Adriana yang mulus dan putih tanpa sebarang cela. Sesaat dia terpegun dan bibirnya terkunci melihat keindahan di hadapan matanya. Dia menyentuh belakang badan Adriana. Dia dapat rasakan getaran di jantung saat kulit tangannya menyentuh kulit mulus Adriana.

"You, dah ke belum? Soal Adriana. "Eh, dah dah. Dah you pergi mandi. Malam ni kan first night kita", kata Daniel dengan muka gatal. Adriana mencebik muka mengendahkan kata kata Daniel. Dia turut berdebar dengan tingkah laku Daniel. Dia nak buat malam ni ke? Adriana berfikir sendiri.

Dia melihat Adriana selesai mandi dan sudah berbaju tidur lengkap berlengan panjang. Dia juga sudah selesai mandi. Kepenatan siang tadi hilang apabila air mengalir ke tubuhnya. Dia menoleh ke arah Adriana. Adriana malu. Dia menolak Adriana jatuh ke katil. Adriana tahu mereka sudah halal. Dan Daniel boleh melakukan apa apa ke atas dirinya. Dia bersedia walaupun hatinya belum terbuka lagi untuk Daniel. Daniel seakan tidak sabar. Wajah putih Adriana disapa lembut.

Dia membisikkan ke telinga Adriana, "I will not touch you until your heart belongs to me".
Adriana terpaku. Dia tidak menyangka Daniel akan berkata seperti itu. Daniel mencium bibir Adriana dan bangun untuk memakai baju. Daniel mempunyai prinsip. Dia tidak akan memaksa Adriana jika dia tidak bersedia walaupun mereka sudah sah menjadi suami isteri. Masih banyak masa lagi. Bisik hatinya.

"Can you call me abang?, pinta Daniel. Adriana terkedu. Ish, takkan nak panggil abang. Seganlah Aku. Bicara Adriana dalam hati. "Pleaseeee, minta Daniel dengan suara yang lembut mengalahkan suara bayi. Adriana lemah apabila mendengar rayuan itu. "Okay, from now on, I will call you abang, jawab Adriana dengan terseyum.

"Thank you, sayang", balas Daniel dengan riang.
Tiba-tiba muka Adriana terasa berbahang apabila Daniel memanggilnya sayang. Cepat cepat dia memalingkan mukanya ke arah lain sebelum Daniel tersedar akan perubahan mukanya. Dia sudah mengantuk dan tanpa sedar dia lena dalam dakapan hangat Daniel.

Would You Be Mine Forever?Where stories live. Discover now