Bab 7

115 2 0
                                    

Adriana bangun apabila terdengar azan subuh berkumandang. Dia melihat di sisinya. Dia terkejut apabila melihat figura disebelahnya. Mukanya panas apabila dia tidur berbantalkan lengan sado Daniel. Tak lenguh ke tangan dia tahan kepala Aku. Gumam Adriana dalam hati. Dia terkejut apabila Daniel tersedar dari tidurnya.

"Sayang, dah pukul berapa ni?, Kenapa sayang dah bangun?,soal Daniel dalam keadaan mamai.
"Ermmm, dah pukul 5.45 pagi abang. Saya nak bangun, nak solat subuh", balas Adriana. " Kenapa sayang tak kejutkan abang", soal Daniel lagi. Adriana tersengih macam kerang busuk. Dia malu sebenarnya. Dia malu andai Daniel tahu yang sebenarnya dia tidur buas. Pasti Daniel akan gelakkannya.

"Sayang tunggu kejap tau. Kita solat sama-sama", pinta Daniel melihatkan Adriana sudah siap membentangka sejadah untuk solat.

"Ermmm, ok abang", balas Adriana. Dia nak solat sekali dengan aku ke? Dia nak jadi imam ke? Betul ke? Macam macam yang bermain dalam fikiran Adriana. 15 minit kemudian Daniel keluar daripada bilik air dengan memakai baju melayu dan berkain pelikat. Dia ingin menjadi imam solat subuh yang pertama selepas mereka sah bergelar suami isteri.

Adriana terpegun dan mulutnya terkunci rapat. Dia tidak menyangka yang Daniel mampu menjadi imam buatnya dan memiliki alunan suara yang merdu. Dia terpukau keenakkan suara Daniel membaca surah ketika solat subuh. Seusai solat subuh, Adriana bangun melipat sejadah dan telekungnya. Tapi dia terpinga pinga melihatkan Daniel masih berasa di atas sejadah.

"Sayang ada quran tafsir tak? Abang lupa nak bawak yang abang punya", tanya Daniel.

"Ada abang, jap saya ambilkan," balas Adriana. Dia mengambil Quran tafsir dan memberikan kepada Daniel.

Daniel membuka Quran tafsir dan mencari surah kegemarannya, surah al waqiah. Dia membaca surah tersebut dengan penuh penghayatan dan surprisingly tajwidnya betul. Buat kesekian kalinya Adriana terpaku lagi.

"Abang, saya turun bawah tau, nak buat breakfast. Nanti kita makan sama sama", kata Adriana.

Dia berjalan menuruni tangga sambil tesenyum. Tak sangka dengan keputusan yang diambilnya. Dia pergi ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Dia berkira kira hendak masak apa. Dia tidak tahu makanan kesukaan Daniel apa. Dia berfikir sekejap. Dia memutuskan untuk membuat nasi goreng kampung.

Daniel turun ke dapur membantu Adriana setelah selesai membaca al Quran. Memandangkan mereka berdua masih cuti, jadi dia ingin menolong Adriana. Setelah selesai alad nikah semalam, dia membawa Adriana pulang ke kondonya setelah meminta izin daripada kedua dua ibu bapa Adriana. Mereka mengizinkan Daniel membawa Adriana pulang ke rumahnya.

"Sayang buat apa tu?", tanya Daniel apabila menjengah ke dapur. Adriana menjerit kecil apabila mendengar suara Daniel. "Mummmyyyyy", jerit Adriana. Daniel gelak melihatkan muka terkejut Adriana.

"Emm, saya tak tahu nak masak apa dan saya tak tahu abang suka apa, jadi saya masak nasi goreng kampung. Abang ok ke? Ke nak saya masak benda lain?", balas Adriana.

"Eh apa tak ok nya. Abang tak cerewet. Tolak batu dengan kayu je. Semua abang bedal", balas Daniel sambil ketawa. Adriana senyum melihat Daniel ketawa. Fuhh, nasib baik tak cerewet. Kalau tak, tak tahulah aku. Gumam Adriana dalam hati.

Mereka berdua bersarapan bersama sebagai suami isteri. "Sedapnya sayang masak. Tak pernah lagi abang rasa nasi goreng kampung sesedap ini. Pandai sayang masak", kata Daniel dengan teruja. Dia memuji masakan Adriana. Baginya, Adriana bukan sahaja cantik, malahan seorang yang pandai masak. Tepat pilihannya.

"Mana ada bang. Saya main campak campak je", balas Adriana malu. Dia malu apabila masakannya mendapat pujian yang melangit. Rupanya Daniel seorang yang tidak cerewet pasal makanan.

"Nanti, sayang siap siap eh. Abang nak bawak sayang pergi beli groceries. Abang tengok kat dapur tu dah banyak barang yang habis. Nanti Kita dinner kat luar eh", kata Daniel seusai habis makan.

"Eh, abang tak takut ke kalau orang nampak kita berdua? Kan kita dah janji taknak reveal kan lagi hubungan kita sebagai suami isteri. Macam mana nanti kalau orang ramai tengok kita berdua. Mesti dia orang akan syak bukan bukan", balas Adriana.

Daniel tersengih mendengar jawapan Adriana. Baginya, itu adalah masalah kecil. Dia takkan buat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu.

"Sayang jangan risaulah. Tempat yang abang bawa ni, orang takkan kenal kita", kata Daniel lagi. Adriana masih ragu ragu. Betul ke apa yang dia cakap ni? Ke dia bohong aku? Tapi takkanlah dia nak menjerat diri dia. Ish takpelah. Ikut jelah mana dia pergi. Bicara hati kecilnya.

Disebabkan hanya untuk membeli barangan dapur, dia memilih pakaian santai iaitu berbaju blouse labuh dan berseluar jeans. Dia memilihkan untuk memakai instanst shawl untuk memudahkannya. Walaupun begitu, dia kelihatan begitu cantik. Tidak hairanlah mata Daniel selalu melekat kepadanya. Daniel turut berpakaian ringkas namun tetap nampak kacak. Mereka umpama pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.

Daniel meluncurkan kereta membelah lebuh raya yang ketika ini agak padat dengan lautan kenderaan. Walaupun hari ini hari bekerja, namun, keadaan lebuh raya di ibu kota tidak pernah sunyi daripada jutaan kenderaan.

Mereka sampai di tempat yang dituju. Daniel meletakkan kenderaannya di entrance dan memberikan kunci kepada pengawal bertugad untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir kereta.

Adriana melihat di sekeliling. Kenapa tiada satu pun kenderaan lain. Supermarket tutup ke? Kalau dah tutup, kenapa Daniel membawanya ke sini? Adriana berkata dalam hati.

"Sayang, kenapa tercegat lagi tu? Tadi cakap nak beli barang dapur. Kita dah sampai ni, marilah masuk", tegur Daniel yang melihat Adriana masih tercengang. Dia tahu apa yang difikirkan Adriana. "Kenapa abang bawa saya kesini? Macam takde orang pun", jawab Adriana tanda tanya.

"Memanglah takde orang. Abang dah suruh manager tutup supermarket harini. Biar kita berdua je dating dalam tu", balas Daniel sambil tersengih. Amboi, mentang kau ada duit, suka hati je suruh manager tutup kedai. Dengus Adriana dalam hati.

"Sebenarnya supermarket ni sebahagian daripada syarikat abang jugak. Tapi ramai yang tak tahu pasal ni", balas Daniel lagi untuk menoktahkan tanda tanya dalam otak Adriana.

"Oh yeke, baru saya tahu", jawab Adriana sambil tersengih. Mereka masuk ke dalam supermarket itu. Susunan dalam supermarket itu sangat teratur dan bersih. Senang untuk mencari barang yang dikehendaki.

Would You Be Mine Forever?Where stories live. Discover now