Cadia Riverlands kini digemparkan dengan kes pembunuhan yang kejam Di sekitar selatan Cadia Riverlands.
Ada pendapat bahawa itu adalah angkara Pemberontak Gelap The Black Dragon. Namun tiada sesiapa pernah nampak dalangnya.Di kuil Yin Yang ...
Zilong : Hmm... pelik nya kes pembunuhan yang berlaku ni...biasa nya mesti ada jejak.
Great Dragon : Betul ke kamu tak jumpa apa-apa? Dah periksa betul-betul?
Zilong : Ye , Tok Guru...saya dah tanya orang sekeliling dah pun. Tapi apa pun tak dapat...tapi ada seorang pakcik ni dia cakap Yang semua tu angkara The Cyan Finch.
Great Dragon : The Cyan Finch? T-tak mungkin.....
Zilong : Kenapa tok guru?
Great Dragon : Tak...tak mungkin! Kita kena pergi ke kuil selatan sekarang jugak!
Zilong : E-eh? B-baiklah Tok!
Mereka pun bergegas ke Kuil Selatan Cadia Riverlands.
Zilong : Errr Tok? Kenapa kita pergi ke kuil yang terbiar ni?
Great Dragon : Kenapa? Kamu takut? Apa Yang kamu takut Zilong?
Zilong : Takde lah...cuma-
Belum sempat zilong menghabiskan ayatnya...sebilah pedang Yang tajam melibas ke arahnya.
Namun Great Dragon sempat menepis serangan tersebut.Susuk tubuh yang mengerang tersebut mengelak dan melompat ke atas sebuah tiang.
Zilong : T-tinggi nya dia lompat.
??? : Hm~ macam ni rupanya keadaan korang
Great Dragon : K-kamu....
FLASHBACK
25 Tahun dahulu....
Kuil Barat
Kelihatan sekumpulan pelajar Di kuil tersebut sedang berlatih tombak.
Namun....seorang budak yang berpakaian biru Sian sahaja yang berlatih menggunakan pedang.
Dia berlatih dengan sorang lagi budak biasa Yang memakai tombak bercorak Naga.
Ling : Heh.... Aku menang lagi~ *senyum sinis*
Zilong : Cis! Mana boleh camtu!
Great Dragon : Eh apa Yang bising bising ni....
Zilong : Tengok Ling tu Tok!
Ling : Kenapa pulak?
Great Dragon : Dah² kamu berdua ni...asyik bergaduh je...
Zilong : Tok...kenapa dia tak guna tombak macam budak lain?
Great Dragon : Aish jangan cakap macam tu...setiap orang ada kelebihan Dan kekurangannya.
Dengan serta merta Ling menolak Zilong jatuh dan mengacukan pedangnya ke arah mukanya.
Ling : Kalau kau persoalkan lagi apa yang Aku buat...Aku tak teragak agak untuk cungkil Mata kau keluar!
Great Dragon : Ling! Zilong! Cukup!
Great Dragon terus menolak Ling ketepi dan mengangkat Zilong ke Dalam kuil.
Ling terkedu sambil dilihat orang budak lain.
Lalu dia berlari keluar kuil dengan membawa pedangnya.Ling : Cis! Asyik² Zilong je Yang dia lebih Kan! Pilih kasih!
Lalu dia menuju ke Kuil Selatan.
Bersambung~

ANDA SEDANG MEMBACA
The Oriental Fighters
FantasíaCadia Riverlands merupakan tanah suci tersembunyi yang menyimpan pelbagai rahsia. Guru utama Yin Yang , Great Dragon melindungi tanah suci tersebut dengan kuasa perlindungan Yin dan Yang. Namun , kini digemparkan dengan kes pembunuhan kejam yang ser...