B A B 0 6

8 1 0
                                    

Aku melihat seorang pelajar lelaki berbangsa cina disebelah cikgu Ain. Berkulit putih pucat, gaya rambut mangkuk, bibir pink bagaikan dicalit liptint dan bermata sepet. Tapi aku hairan dengan namanya.

"Kaif, perkenalkan diri awak kat kawan-kawan"

"My name is Kaif Muhammad. I hope we can be goodfriend" dia kembali duduk ditempatnya yang terletak dihadapan meja aku. Bersyukurlah dia kan dapat duduk sebelah orang yang sebangsa dengan dia. Dengan kemahiran bahasa melayu untuk exam tu kau ingat dia pandai ke nak bergaul dengan budak-budak melayu.

□●□●□

Aku cepat-cepat sarungkan kasut dan berlari mendapatkan kawan-kawan perempuan aku. Ini juga kerana aku nak mengelak dari Kaif yang aku sedari ada tanda-tanda mahu mendekati aku.

Diri aku yang masih berusia 14 tahun ni kononnya mahu setia dengan menaruh perasaan pada seorang lelaki saja. Ketika ini aku sudah menaruh perasaan pada senior lelaki tingkatan lima. Apa orang panggil, crush?

Ha itulah.

"Tadi aku nampak Amirul, hensem doh"

Aku yang dibelakang pasang telinga saja. Bab-bab ni aku kurang sikit sebab aku seorang yang suka menyendiri dan masih tak pandai bergaul dengan rakan sekelas sendiri walaupun ni tahun kedua aku di sekolah menengah.

Aku teruskan langkah ke kelas tanpa mereka ( pelajar perempuan islam ) yang singgah ke tandas.

"Sahira"

Aku toleh ke sebelah, memandang empunya suara yang memanggil nama aku. Danish.

"Hai" Danish ternyata bukan seorang seperti selalunya tapi dia bersama Kaif. Biasalah lelaki kan mudah berkawan.

"Nak apa?" aku masih straight pandang depan dan langkah diperlahankan tanpa sikit pun aku toleh ke tepi. Tengok mereka berdua dari ekor mata saja sudah cukup.

"Sudi tak jadi ustazah bersama aku, si ustaz Danish?"

Dah apa mengarut budak ni?

"Teman lah aku. Aku takut kalau aku ada salah kat mana-mana nanti Kaif terikut."

"Dia bukan islam dari lahir ke?"

"Aku convert masa darjah enam. Ikut family"

Okay. Budak sepet yang jalan sekali kat tepi macam tiang tiba-tiba menyampuk. But not bad bahasa melayu dia, tak pelat sangat.

"So nak start dari mana?"

□●□●□

Untuk pertama kalinya aku ke taman dengan Danish dan Kaif. Perjumpaan pertama trio sendu kata Danish. Kami bertiga duduk di bawah satu pondok. Untuk harini Danish ceramahlah Kaif apa yang boleh dan apa yang tak boleh seorang lelaki baligh lakukan.

"So kalau aku pegang tangan pondan tak dosalah?"

"Tak sebab dia lelaki yang menyerupai perempuan"

Kaif mengangguk faham.

"Okay. Thank you korang. Rasanya lepas ni kalau aku ada benda nak tanya aku boleh terus direct tanya jadi esok kita buat study group jelah. Taklah buang-buang masa"

Mungkin Kaif cakap macam tu sebab dalam perbualan kami bertiga tadi banyak senyapnya. Bila ada soalan je mulut bercakap. Kaif dengan aku lagilah awkward sangat.

"And one more thing. Korang boleh panggil aku Kai. Kaif tu nama baru but im still selesa dengan nama Kai."

Aku cuma mengangguk sekali dan tiba-tiba satu notifikasi diterima oleh phone aku.

cafunéWhere stories live. Discover now